omniture

World Phygital Community (Komuniti Fizital Dunia) Mengumumkan Global Qualifying Tournament Season 2025/2026 (Musim Kejohanan Kelayakan Global 2025/2026)

World Phygital Community (WPC)
2025-04-16 04:44 104

Kejohanan Musim ini dijangka menjadi acara terbesar sebelum Games of the Future 2026 (Sukan Masa Depan 2026) di Kazakhstan

HONG KONG, 16 April 2025 /PRNewswire / -- Pada hari ini, World Phygital Community (Komuniti Fizital Dunia - WPC) mengumumkan musim kejohanan kedudukan 2025/2026 bagi atlet dan kelab yang menyasar untuk layak ke Games of the Future (Sukan Masa Depan) di Kazakhstan pada tahun depan. Bakal dilangsungkan dari 1 Ogos hingga 15 Disember 2025, kejohanan yang dianjurkan oleh ahli WPC di seluruh dunia, akan memberi peluang kepada kelab dan atlet untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam sukan fizital dan layak untuk bersaing di acara sukan fizital global terbesar pada tahun depan.

 
An overview of the WPC ranking tournaments around the world

Sepanjang musim ini, pesaing fizital akan menyertai pusingan kejohanan serantau di setiap negara yang mengambil bahagian dikenali sebagai Phygital Origins (Asal Usul Fizital), diikuti oleh kejohanan kebangsaan, yang dipanggil Phygital Rivals (Saingan Fizital).

Dan Merkley, Pengerusi WPC, berkata, "Musim baharu ini akan menjadi acara yang terbesar. Bersama 96 ahli World Phygital Community (Komuniti Fizital Dunia) merentasi 92 negara, ini merupakan peluang bagi sesiapa sahaja yang mahu menjadi sebahagian daripada fenomena yang sedang berkembang pesat ini untuk memperhebat dan membuktikan diri mereka. Sukan fizital ialah untuk semua individu dan kami tidak sabar untuk melihat bintang fizital yang bakal muncul musim ini."

Kejohanan boleh menampilkan disiplin teras berikut: Phygital Football (Bola Sepak Fizital), Phygital Basketball (Bola Keranjang Fizital), Phygital Shooter (Penembak Fizital) dan Phygital Dancing (Tarian Fizital). Tiga disiplin pertama terdiri daripada dua peringkat—pusingan digital, apabila atlet bersaing dalam versi permainan video disiplin, diikuti oleh pusingan fizikal, apabila mereka bersemuka dalam versi dunia sebenar disiplin berkenaan. Kejohanan Phygital Dancing (Tarian Fizital) menggunakan permainan video tarian yang terkenal bertujuan menyampaikan pengalaman fizital dalam peringkat tunggal.

Berikutan berakhirnya kejohanan ini pada bulan Disember, kedudukan dikira dan dua kelab dan atlet teratas dalam setiap disiplin akan terus layak ke Games of the Future 2026 (Sukan Masa Depan 2026), manakala kelab dan atlet yang berada di tempat ke-3 – ke-26 akan dimasukkan ke kejohanan Phygital Contenders (Pencabar Fizital) untuk merebut tempat masing-masing di acara tersebut.

Sebelum musim bermula, semua ahli WPC boleh memohon untuk menganjurkan kejohanan Phygital Origins (Asal Usul Fizital) dan Phygital Rivals (Saingan Fizital) dari 1 Mei hingga 31 Julai 2025.

Catatan kepada Editor:

Maklumat Tentang World Phygital Community (Komuniti Fizital Dunia - WPC):

World Phygital Community (Komuniti Fizital Dunia - WPC) ialah organisasi antarabangsa bukan untung yang menyasar untuk menggalakkan sukan fizital di seluruh dunia dengan menyatukan komuniti global fizikal dan digital. Organisasi ini bertanggungjawab menyediakan penjagaan peraturan dan undang-undang sukan fizital dan menganjurkan kejohanan Phygital Origins (Asal Usul Fizital) dan Phygital Rivals (Saingan Fizital). Pemenang dari kejohanan Phygital Origins (Asal Usul Fizital) mara ke kejohanan Phygital Rivals (Saingan Fizital), berdepan dengan pemenang kejohanan Phygital Origins (Asal Usul Fizital) yang lain, untuk peluang bersaing di Games of the Future (Sukan Masa Depan).

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://worldphygital.org/

Maklumat Tentang Games of the Future (Sukan Masa Depan - GOTF): 
 
Games of the Future (Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan fizital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira sukan fizital generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran fizital. Games of the Future 2025 (Sukan Masa Depan 2025) akan diadakan di UAE manakala Games of the Future 2026 (Sukan Masa Depan 2026) akan diadakan di Kazakhstan.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games/

Video - https://mma.prnasia.com/media2/2665161/World_Phygital_Community.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2665164/WPC_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2665162/WPC_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2665185/5268813/WPC_Logo.jpg?p=medium600

Phygital athletes competing in the digital part of a phygital ranking tournament.
Phygital athletes competing in the digital part of a phygital ranking tournament.

 

Phygital athletes competing in the physical part of a phygital ranking tournament.
Phygital athletes competing in the physical part of a phygital ranking tournament.

 

Source: World Phygital Community (WPC)
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Sporting Events Sports New products/services Not for profit