![]() |
SINGAPURA, 16 April 2025 /PRNewswire/ -- GTN, teknologi kewangan global yang mentakrifkan semula perdagangan dan pelaburan untuk semua, pada hari ini mengumumkan perkongsian dengan Webull Singapore ("Webull"), platform pelaburan global terkemuka, untuk membuka pelaburan pendapatan tetap.
Pengguna Webull di seluruh APAC kini boleh memanfaatkan tawaran pecahan pendapatan tetap GTN yang unik, memecahkan halangan pelaburan tradisional. Pengguna Webull mendapat akses kepada pecahan perbendaharaan Amerika Syarikat yang dipilih dengan teliti, serta rangkaian aset pendapatan tetap bukan pecahan yang menyeluruh.
Melalui integrasi rangka kerja API tunggal GTN yang teguh untuk akses data pasaran, perdagangan dan pengurusan akaun yang lancar, Webull memperkasa pengguna dengan keupayaan e-dagang yang mudah dan bergerak aktif untuk pasaran pendapatan tetap tradisional yang kompleks, secara langsung melalui peranti mudah alih.
"Saya gembira dapat bekerjasama dengan GTN kerana syarikat itu adalah peneraju dalam bidang ini. Kerjasama ini cukup munasabah bagi kami; Webull Singapore menawarkan platform terbaik seumpamanya kepada pelanggan kami dan dengan menambah satu lagi kelas aset, iaitu pendapatan tetap – dan Perbendaharaan Amerika Syarikat terutamanya – ini membolehkan Webull memenuhi keperluan dan pilihan pelaburan pelabur," kata Ketua Pegawai Eksekutif Webull Singapore, Jonathan Man.
Ankit Shah, Ketua Teknologi Kewangan Global di GTN, berkata: "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Webull untuk mengembangkan akses pendapatan tetap kepada pelabur di APAC. Teknologi kami direka bentuk untuk menjadikan pelaburan dalam aset utama seperti Perbendaharaan Amerika Syarikat lancar dan cekap seperti perdagangan ekuiti. Bersama pemecahan, kami berjaya menghapuskan halangan besar dan memperkasa lebih ramai individu untuk membina portfolio yang benar-benar berdaya tahan dan canggih dalam keadaan pasaran yang tidak menentu pada hari ini."
Dengan peningkatan minat dalam pelaburan pendapatan tetap, GTN dan Webull komited untuk mendemokrasikan pelaburan dan memperkasa pengguna untuk mempelbagaikan portfolio masing-masing. Perkongsian ini membuka potensi baharu kepada semua pelabur di APAC, menyediakan alatan dan akses untuk membina strategi pelaburan yang lebih berdaya tahan dan seimbang.
Maklumat Tentang GTN
GTN ialah syarikat kewangan teknologi global yang memegang lesen broker-wakil niaga dan perkhidmatan pasaran modal dalam pelbagai bidang kuasa melalui anak syarikat. Kami komited untuk memperkasa broker, bank, pengurus aset dan teknologi kewangan dengan penyelesaian pelaburan dan perdagangan yang berskala dan berinovatif yang membolehkan akses kepada rangkaian menyeluruh pasaran global dan pelbagai kelas aset, menjadikan pelaburan dan perdagangan boleh diakses oleh semua.
Tersebar merentasi 14 negara, GTN menghimpunkan pasukan berbakat yang terdiri daripada lebih 500 ahli profesional yang disatukan oleh semangat dan tujuan yang sama: memperkasa pelanggan dan mengubah kebolehcapaian kepada peluang pelaburan dan perdagangan untuk semua.
GTN disokong oleh pelabur strategik, IFC, anggota Kumpulan Bank Dunia dan SBI Group, satu daripada firma perkhidmatan kewangan terbesar yang disenaraikan di Bursa Saham Tokyo. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.gtngroup.com atau ikuti kami di LinkedIn.
Maklumat Tentang Webull
Webull Securities (Singapore) Pte. Ltd. ("Webull Singapore"), diperbadankan pada tahun 2021, ialah anak syarikat Webull Corporation, platform pelaburan digital terkemuka yang dibina berdasarkan infrastruktur global generasi akan datang. Webull Singapore dikawal selia oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMS) di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan 2001. Webull Singapore menyasar untuk menawarkan platform pelaburan arah sendiri serba lengkap yang memberikan pengalaman pengguna yang berkualiti, serta alatan dan perkhidmatan canggih. Bersama perdagangan yang menjimatkan kos ke atas pelbagai aset, Webull Singapore merevolusikan cara individu mendekati pelaburan. Ketahui lebih lanjut di https://www.webull.com.sg/.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2665488/GTN_Logo.jpg?p=medium600