SINGAPURA, 18 April 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, Dyna.Ai mengumumkan pelancaran global Agentic AI Suite, satu platform AI gred-perusahaan yang dibina khas untuk ejen kolaboratif pintar yang berkomunikasi melalui pelbagai bahasa, berbilang saluran dan pelbagai modaliti. Direka untuk meningkatkan automasi, kolaborasi rentas ejen dan penyetempatan, platform ini memulakan era baharu transformasi perniagaan natif-AI.
"Agentic AI Suite mencerminkan visi jangka panjang kami untuk mendemokrasikan AI perusahaan melalui teknologi yang boleh diakses, berbilang bahasa dan agentik," kata Tomas Skoumal, Pengerusi dan Pengasas Bersama Dyna.Ai. "Kami percaya gelombang transformasi digital yang seterusnya akan dipacu oleh ejen AI yang boleh berfungsi bersama-sama—merentas sistem, jabatan dan sempadan—untuk mengupayakan operasi yang lebih pintar dan pertumbuhan yang lebih inklusif."
Platform Semua-dalam-Satu untuk AI Perusahaan Generasi Seterusnya
Agentic AI Suite menggabungkan rangka kerja pembangunan ejen serba boleh, enjin orkestrasi berbilang ejen dan lapisan aplikasi perusahaan yang teguh, kesemuanya dioptimumkan untuk penggunaan yang berprestasi tinggi, selamat dan boleh skala.
Bahagian teras platform ini ialah Agent Studio, persekitaran pembangunan kod rendah yang membolehkan perniagaan mencipta, melatih dan menggunakan ejen AI dengan mudah. Ia merupakan model-agnostik, menyokong pelbagai model yang utama—termasuk Dyna LLM, model sumber terbuka dan LLM komersial—membolehkan pembangunan ejen yang fleksibel dan boleh skala. Ciri-ciri utama Agent Studio termasuk:
Agent Store: Siap Pasang atau Tempahan Khas pada Skala Besar
Bagi mempercepat penggunaan AI, Dyna.Ai memperkenalkan Agent Store, pasaran global yang menawarkan rangkaian luas ejen AI khusus-industri pralatih. Perniagaan boleh memilih daripada ejen yang disesuaikan untuk perbankan, telekomunikasi, peruncitan, BPO dan banyak lagi. Ejen-ejen ini direka untuk memenuhi keperluan industri-industri yang berbeza sekali gus menawarkan pilihan penyesuaian bagi memastikan ia berfungsi secara optimum untuk setiap operasi yang unik.
Agent Store turut membawakan sistem penarafan berasaskan prestasi yang membantu perniagaan mengenal pasti ejen AI berprestasi tinggi, seterusnya mengoptimumkannya untuk aplikasi dunia sebenar. Melalui pasaran ini, syarikat-syarikat berupaya menggunakan ejen prabina dengan cepat atau menyesuaikannya agar sepadan dengan proses perniagaan tertentu—menjimatkan masa dan sumber yang berharga dan dalam masa yang sama memastikan penyepaduan yang lancar ke dalam aliran kerja sedia ada.
Agentic Apps: Penyelesaian AI Tersuai untuk Setiap Fungsi Perniagaan
Agentic Apps, dibina pada platform Dyna Agentic AI, direka untuk mengautomasikan dan mengoptimumkan aliran kerja intensif-pengetahuan merentas industri-industri. Aplikasi ini membolehkan orkestrasi sistem berbilang ejen yang lancar, menyediakan kebolehsesuaian masa nyata dan ketepatan dalam melaksanakan tugas yang rumit.
Semasa pelancaran, Dyna.Ai mendemonstrasikan beberapa penyelesaian termaju, termasuk:
Aplikasi-aplikasi ini menonjolkan penyepaduan pelbagai ejen AI yang lancar, berfungsi bersama-sama bagi meningkatkan kecekapan perniagaan dan penglibatan pelanggan.
Jangkauan Global dan Tumpuan pada Pasaran Baru Muncul
Platform ini direka untuk bersepadu lancar dengan sistem perusahaan—Platform Media Sosial, API, CRM, ERP, gudang data. Dengan reka bentuk inklusif dan keupayaan berbilang bahasanya, Dyna.Ai membolehkan organisasi-organisasi di pasaran baru muncul untuk melonjak ke era AI, dengan kawalan penuh ke atas penyetempatan, pematuhan dan kebolehskalaan.
"Seni bina AI kami—mencakupi infrastruktur pengkomputeran, model asas, AI khusus-domain, automasi aliran kerja dan penyampaian aplikasi—membolehkan perusahaan memasang dan menggunakan ejen AI prabina atau membangunkan penyelesaian tersuai dengan pantas yang meningkatkan pengalaman pelanggan dan juga pekerja," tambah Joao Tapadinhas, Ketua Arkitek Dyna.Ai. "Agentic AI Suite mengatasi cabaran sebenar AI perusahaan, menyediakan kolaborasi berbilang ejen, prestasi kependaman rendah dan penggunaan lancar pada skala global."
Agentic AI Suite Dyna.Ai tersedia di peringkat global, menawarkan pilihan penggunaan awan dan juga pada premis. Perusahaan boleh mula menggunakan penyelesaian prabina daripada Agent Store atau memanfaatkan Agent Studio untuk mencipta dan menggunakan ejen AI khas yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka yang unik.
Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.dyna.ai.
Latar Belakang Dyna.Ai
Dyna.Ai ialah sebuah syarikat AI-sebagai-satu-Perkhidmatan terkemuka yang beribu pejabat di Singapura, mengkhusus untuk mentransformasikan industri kewangan dan selanjutnya dengan produk dan penyelesaian dipacu AI termaju.
Kepakaran kami mencakupi model AI canggih, algoritma sofistikated, teknologi interaksi AI-manusia dan analitis data raya. Keupayaan ini membolehkan kami menyampaikan penyelesaian AI bertaraf tinggi yang memperkasakan pelanggan kami untuk mencapai kejayaan perniagaan dan mengekalkan kelebihan daya saing dalam pasaran yang berkembang pesat.
Di Dyna.Ai, kami komited untuk memanfaatkan penyelesaian AI yang canggih bagi menyediakan penyelesaian khusus-industri yang inovatif untuk sektor kewangan dan selanjutnya, meningkatkan pemasaran, pengurusan risiko, pengalaman pelanggan dan pengalaman pekerja sekali gus mendorong produktiviti dan kecekapan perusahaan.