![]() |
![]() |
![]() |
ABU DHABI, UAE, 18 April 2025 /PRNewswire/ -- Entiti global terkemuka yang berpangkalan di Abu Dhabi, ADQ, IHC dan Modon Holding telah menjalin usaha sama bagi membentuk platform infrastruktur khusus yang akan memacu pembangunan infrastruktur secara aktif untuk perkongsian swasta dan awam-swasta. Beroperasi di bawah Modon Holding, Gridora akan berfungsi sebagai platform strategik untuk kerjasama dengan rakan kongsi pakar dan penyedia modal, membolehkan penyempurnaan projek infrastruktur yang berskala besar dan berimpak tinggi.
Memanfaatkan infrastruktur kebangsaan, serantau dan antarabangsa, serta kepakaran pembangunan Modon Holding, entiti baharu itu akan mempercepat penyempurnaan projek utama di seluruh UAE dan global. Ini akan meningkatkan kapasiti untuk penempatan, memperkemas perolehan dan pelaksanaan kontrak infrastruktur utama.
Gridora akan distrukturkan di sekitar dua pernyataan perniagaan pelengkap, Projek Infrastruktur dan Pelaburan Infrastruktur, yang mencerminkan asal usul projek dan keupayaan pengurusan aset rakan kongsi pengasas. Model dwifokus ini direka bentuk untuk menjana pulangan, sambil menangani anjakan transformatif yang diperlukan untuk mengembangkan pelaksanaan infrastruktur pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
Dengan memegang peranan kepimpinan dalam proses penyempurnaan kritikal, Gridora akan mencipta nilai sepanjang kitaran hayat infrastruktur – daripada perancangan peringkat awal hingga operasi – membuka peluang baharu untuk pendapatan berasaskan yuran dan hasil pelaburan jangka panjang. Bersama kekuatan gabungan tiga rakan pengasas, Gridora berada pada kedudukan strategik untuk memupuk kerjasama jangka panjang antara sektor awam dan swasta.
Mengulas mengenai perkongsian itu, Tuan Yang Terutama Jassem Mohamed Bu Ataba Al Zaabi, Pengerusi Modon Holding, berkata: "Ekonomi Abu Dhabi yang berkembang maju dan penduduk yang semakin meningkat memerlukan infrastruktur bertaraf dunia. Dengan memanfaatkan kepakaran dan sumber kolektif ADQ, IHC dan Modon Holding, Gridora akan menjadi peneraju tempatan, serantau dan antarabangsa untuk pembangunan infrastruktur dan memacu perubahan langkah dalam menyempurnakan projek strategik."
Tuan Yang Terutama Mohamed Hassan Alsuwaidi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADQ, berkata: "Sebagai pelabur jangka panjang dengan pendedahan mendalam merentasi pelaburan infrastruktur, penubuhan Gridora menunjukkan komitmen kami terhadap mereka bentuk dan membolehkan pembangunan transformatif untuk projek yang mempunyai kepentingan strategik. Perkongsian kami dengan institusi bertaraf dunia, seperti Modon dan IHC, bertujuan mendapatkan lebih banyak nilai melalui platform ini dan ini mencerminkan keyakinan kami yang semakin meningkat untuk memacu inovasi dan kecekapan yang dibina bagi impak jangka panjang untuk amiriah dan seterusnya."
Syed Basar Shueb, Ketua Pegawai Eksekutif IHC, menambah: "Gridora mencerminkan tumpuan berterusan IHC dalam membina platform sedia masa depan yang menggabungkan inovasi, skala dan kerjasama strategik. Sebagai pelabur jangka panjang, kami melihat potensi yang kukuh dalam memanfaatkan pelaburan infrastruktur untuk membuka nilai ekonomi baharu, memperdalam penyertaan sektor swasta dan memacu pertumbuhan yang diterajui infrastruktur merentasi pasaran. Bersama Modon sebagai sebahagian daripada IHC Group, usaha sama ini memperkukuh strategi kami untuk memperkasa rangkaian nilai dinamik kami bagi menerajui sektor penting kepada pembangunan kebangsaan dan serantau."
Bill O'Regan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Modon Holding, berkata: "Usaha sama ini memperkukuh misi Modon untuk mencipta bandar pintar yang ditakrifkan oleh kehidupan pintar dan terhubung. Inisiatif ini menyediakan penyelesaian yang disasarkan untuk memenuhi keperluan infrastruktur, mempercepat penyempurnaan projek kritikal dengan ketara sambil memperluas bidang rakan kongsi penyempurnaan sektor swasta pakar. Gridora akan memanfaatkan keupayaan rintisan Modon Holding untuk menyalurkan kepakaran dan modal ke dalam projek utama dan membina rangka kerja Abu Dhabi yang terbukti untuk pembangunan infrastruktur transformatif. Di samping mempercepat penyempurnaan infrastruktur terkini, ini juga akan membuka aliran pendapatan baharu dan peluang jangka panjang yang menarik untuk Modon Holding dan rakan kongsi kami."
Maklumat Tentang ADQ:
Ditubuhkan pada tahun 2018, ADQ merupakan pelabur negara yang aktif dengan tumpuan kepada infrastruktur kritikal dan rantaian bekalan global. Sebagai rakan kongsi strategik kepada Kerajaan Abu Dhabi, ADQ melabur dalam pertumbuhan platform perniagaan yang diperkukuh di Amiriah, serta memberi nilai kepada komuniti tempatan dan pulangan kewangan jangka panjang kepada para pemegang saham. Jumlah aset ADQ sebanyak USD 225 bilion pada 30 Jun 2024. Portfolio syarikat yang berkembang pesat merangkumi syarikat di pelbagai sektor teras ekonomi, termasuk tenaga dan utiliti, pengangkutan dan logistik, makanan dan pertanian, serta penjagaan kesihatan dan sains hayat.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi adq.ae atau tulis kepada media@adq.ae.
Anda juga boleh mengikuti ADQ di Instagram, LinkedIn dan X.
Maklumat Tentang IHC:
Ditubuhkan pada tahun 1999, IHC telah menjadi syarikat induk yang paling bernilai di Timur Tengah dan satu daripada firma pelaburan terbesar di dunia, dengan permodalan pasaran sebanyak AED 876.5 bilion (USD 238.5 bilion). Sejak itu, syarikat berkenaan telah berubah dengan mewakili generasi pelabur baharu. Komitmen IHC terhadap kelestarian, inovasi dan kepelbagaian ekonomi merangkumi lebih 1,200 anak syarikat, memacu pertumbuhan merentasi industri seperti Pengurusan Aset, Penjagaan Kesihatan, Hartanah, Perkhidmatan Kewangan, IT dan banyak lagi.
IHC sentiasa melihat melangkaui nilai aset tersendiri untuk peluang, melangkah keluar daripada pendekatan tradisional dan halangan buatan untuk membuka peluang di seluruh portfolio, membolehkan Rangkaian Nilai Dinamik sektor agnostik dan mencipta pencapaian yang kerap jauh lebih besar berbanding jumlah bahagian masing-masing.
Di IHC, kami mengambil serius tanggungjawab kami terhadap pemegang saham, pelanggan dan pekerja. Komitmen kami terhadap pelaburan yang bertanggungjawab memastikan kami mencipta nilai mampan dengan terus berhubung bersama komuniti yang mendapat khidmat daripada kami, membuat perbezaan positif dengan setiap pelaburan.
Maklumat Tentang Modon:
Modon ialah syarikat induk antarabangsa, beribu pejabat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dan disenaraikan di Bursa Sekuriti Abu Dhabi (ADX). Kami berada di barisan hadapan bagi inovasi bandar, mencipta reka bentuk dan pengalaman ikonik yang terus melangkaui jangkaan. Sektor perniagaan utama kami termasuk hartanah, hospitaliti, pengurusan aset, pelaburan, acara dan pelancongan. Matlamat kami ialah untuk menyempurnakan nilai jangka panjang yang mampan, meletakkan asas untuk kehidupan yang pintar dan terhubung.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
press@modon.com
ir@modon.com
www.modon.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2666701/Bridge_to_Hudayriyat_Island.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2666716/Modon.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2666702/ADQ_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2666720/ihc_uae_logo.jpg?p=medium600