omniture

Taman Safari Indonesia: Alami Kehidupan Liar Secara Lestari Safari Gaya Afrika di Tengah-tengah Indonesia

Taman Safari Indonesia (TSI) Group
2025-04-19 13:17 30

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 April 2025 /PRNewswire/ -- Mengimpikan pengembaraan hidupan liar Safari hanya dengan perjalanan dalam tempoh singkat dari rumah? Taman Safari Indonesia membawakan keterujaan safari gaya Afrika yang asli terus kepada anda! Kunjungi kami di MATTA Fair 2025 pada 19 April 2025, dapatkan Tawaran Istimewa dan terokai mengapa Taman Safari merupakan percutian pengembaraan yang sempurna dengan hanya penerbangan terus yang singkat dari Malaysia. Acara ini akan meningkatkan jumlah kunjungan daripada pelancong Malaysia dan akan menyumbang secara positif kepada usaha Kerajaan Indonesia untuk meningkatkan imej negara sebagai destinasi pelancongan antarabangsa terulung.

Taman Safari Indonesia: Go Wild the Sustainable Way African Style Safari in the Heart of Indonesia
Taman Safari Indonesia: Go Wild the Sustainable Way African Style Safari in the Heart of Indonesia

Pengembaraan Safari Di Seluruh Indonesia – Dari Jakarta hingga Bali

Terokai Taman Safari Indonesia, dengan taman-taman di seluruh Jakarta hingga ke Bali, setiap satu menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bagi pengalaman percutian dalam air di bandar, kunjungi Jakarta Aquarium & Safari dengan kembara Akua dan santapan dalam air. Bagi mereka yang menginginkan pengalaman safari yang lebih imersif, berkunjunglah ke Taman Safari Bogor. Nikmati safari pandu lalu, Night Safari yang ajaib dan penginapan santai di Safari Resort Bogor yang diilhamkan oleh alam semula jadi. Keluarga juga akan gemar meneroka Enchanting Valley, yang terkenal dengan Super Wheel ikonik, taman permainan Lila's World dan aktiviti luar yang tidak berkesudahan.

Jangan ketinggalan Pertunjukan Varuna dan Pertunjukan Bali Agung di Marine Safari Bali, tempat di mana budaya bertemu keajaiban hidupan liar. Taman Safari Indonesia turut menjanjikan kegembiraan dan pengembaraan tanpa batasan merentas taman-tamannya yang lain, seperti Taman Safari Prigen di Jawa Timur, Solo Safari di Jawa Tengah dan Beach Safari Batang, di mana setiap destinasi menawarkan pengalaman safari tersendiri yang dibentuk oleh landskap semula jadinya yang unik.

Percutian Safari Lebih Dekat Daripada Yang Anda Sangkakan

Dengan penerbangan terus yang singkat dari Malaysia, Taman Safari Indonesia menawarkan percutian yang mudah dan mengujakan ke alam liar yang amat sesuai untuk percutian hujung minggu atau percutian keluarga. Ia merupakan destinasi di mana pengembaraan yang tidak dapat dilupakan bertemu layanan mesra, santapan mesra vegetarian dan penginapan yang membawa anda lebih dekat dengan alam semula jadi.

"Kami berasa teruja untuk mengalu-alukan pengembara Malaysia bagi merasai keajaiban Taman Safari. Dengan kekayaan biodiversiti kami, pengembaraan yang menyeronokkan dan layanan Indonesia yang mesra, kami menjanjikan perjalanan yang tidak dapat dilupakan untuk semua peringkat usia," kata Alexander Zulkarnain, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Taman Safari Indonesia.

Melalui lawatan ini, Taman Safari komited untuk memperkukuh hubungan serantau dan dalam masa yang sama memaparkan kecemerlangan Indonesia dalam pemuliharaan hidupan liar, pendidikan alam sekitar dan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti tinggi.

Mulalah merancang percutian safari terunggul anda hari ini! Kunjungi https://tamansafari.com untuk maklumat lanjut.

Source: Taman Safari Indonesia (TSI) Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel New products/services