ANQING, China, 20 April 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 18 April, Chery menggapai satu lagi pencapaian dalam strategi globalnya: LEPAS L8, kenderaan pertama di bawah jenama antarabangsa baharu Chery, LEPAS, dikeluarkan secara rasmi daripada barisan pengeluaran. Sebagai satu langkah yang strategik dalam kedudukan premium Chery, LEPAS bukan sahaja mengatasi jurang pasaran tetapi turut mentakrifkan semula mobiliti elegan dengan falsafahnya iaitu "KEHIDUPAN BERWARNA-WARNI, PEMANDUAN YANG MAHIR" ("COLORFUL LIFE, MASTERFUL DRIVE").
Dengan khalayak yang melihat dengan penuh harapan, En. Zhu Shaodong, Naib Presiden Eksekutif Chery International dan En. Cao Bin, Ketua Pegawai Teknologi Chery, bersama-sama para pemimpin syarikat yang lain, melancarkan kenderaan baharu yang pertama daripada LEPAS—L8—mendedahkan reka bentuknya yang bergaya dan elegan sepenuhnya buat julung kalinya. Wakil-wakil daripada rakan kongsi global dan tetamu media hadir untuk menyaksikan detik bersejarah ini.
Pelancaran LEPAS menandakan kemuncak kepakaran automotif dan keupayaan global Chery selama hampir tiga dekad lamanya. Ia bertujuan untuk memperkaya kehidupan pengguna melalui teknologi dan reka bentuk yang inovatif sekali gus memberikan pengalaman pemanduan yang tenang dan yakin namun menggirangkan. Sebagai asas kepada strategi pasaran kelas tinggi Chery, LEPAS melangkaui peranan fungsian kereta, mentransformasikannya menjadi ekspresi estetika gaya hidup. Nama jenama ini menggabungkan "LEAP" ("LONJAKAN") dan "PASSION" ("KEGHAIRAHAN") yang melambangkan kedinamikan dan kevitalan sambil mengimbangi keanggunan dengan penuh semangat. Reka bentuk "Estetika Harimau Bintang" ("Leopard Aesthetics") mencipta ciri visual tersendiri yang menerobos sempadan. Disokong oleh lapan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) global Chery, LEPAS mencipta semula "kawalan elegan."
LEPAS L8, model sulung jenama ini, menetapkan penanda aras baharu untuk SUV arus perdana. Dengan gayanya yang anggun, kabin yang menerapkan teknologi, keselesaan yang luas dan ciri-ciri keselamatan yang komprehensif, ia memenuhi keperluan golongan elit bandar yang menginginkan gaya hidup premium. Selain L8, LEPAS akan memperluas barisan produknya bagi meliputi kesemua segmen arus perdana, membina portfolio produk yang pelbagai yang disesuaikan dengan pelanggan yang arif - bermula daripada golongan elit berorientasikan keluarga hinggalah mereka yang mempunyai cita rasa yang tinggi.
Penampilan sulung LEPAS L8 menandakan pelancaran globalnya di Persidangan Perniagaan Chery 2025 pada akhir April. Berpusatkan pada tema "KEHIDUPAN BERWARNA-WARNI, PEMANDUAN YANG MAHIR," acara ini akan mempamerkan gabungan yang sempurna antara keanggunan dan teknologi kepada khalayak seluruh dunia. Di tengah-tengah dwitrend kecerdasan automotif dan penaiktarafan penggunaan, ketibaan LEPAS bukan sahaja menunjukkan bukti kehandalan teknologi Chery tetapi juga penciptaan semula yang berani bagi masa depan estetika mobiliti. Menepati visinya—"Menjadikan LEPAS sebagai pilihan untuk mobiliti yang bergaya dan elegan"—perjalanan ini yang bermula di Wuhu, China, kini menjadi semakin pantas menuju ke persada dunia.