KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 April 2025 /PRNewswire/ -- Anker Innovations, peneraju global bagi pengecasan mudah alih dan barangan elektronik pengguna, sekali lagi menetapkan standard untuk kecemerlangan dalam teknologi inovatif, merangkul 17 anugerah yang mengagumkan di Red Dot Awards: Product Design 2025 yang berprestij. Pencapaian ini termasuk pengiktirafan terhadap beberapa produk dalam pelbagai kategori daripada jenama-jenama Anker Innovations, seperti Anker, eufy dan soundcore, menunjukkan selanjutnya dedikasi syarikat ini terhadap kecemerlangan reka bentuk dan teknologi. Siri Pengecas Anker Prime dan Bank Kuasa Anker Zolo (Kabel Boleh Tarik) menonjol terutamanya dalam kategori pengecasan, memperoleh anugerah untuk reka bentuk inovatifnya dan prestasi yang cemerlang.
A 42-second showcase of Anker’s “Charge Up, SEA!” campaign, using AR/CGI to transform Southeast Asia’s landmarks into power-packed visuals.
"Di Anker, misi kami adalah untuk mencetuskan kemungkinan melalui inovasi terunggul," kata Leon Wu, Pengurus Besar Asia Tenggara di Anker Innovations. "Memenangi 17 Red Dot Awards pada tahun 2025 mengesahkan sekali lagi komitmen kami untuk mencipta produk rintis yang dapat menyelesaikan cabaran dunia sebenar. Tatkala kami terus berinovasi, kami tetap fokus untuk menjalin hubungan yang lebih mendalam bersama pengguna Asia Tenggara kami dan memimpin gelombang teknologi yang seterusnya."
Dalam iF Design Awards yang diumumkan baru-baru ini, Anker Innovations turut meraih 13 anugerah reka bentuk yang mengagumkan. Antara para pemenang, Siri Pengecas Anker Prime dan Bank Kuasa Anker Zolo (Kabel Boleh Tarik) sekali lagi diiktiraf atas reka bentuknya yang cemerlang.
Menerobos Sempadan Inovasi
Dorongannya yang berterusan untuk mencapai inovasi mendorong kejayaan Anker, terutamanya dalam bidang teknologi pengecasan. Sebagai perintis global dalam mengintegrasikan teknologi Galium Nitrida (GaN), Anker merevolusikan bidang pengecasan mudah alih. Dengan memanfaatkan GaN, Anker meningkatkan kecekapan pengecasan dengan ketara, menawarkan kelajuan yang lebih pantas, mengurangkan penjanaan haba dan reka bentuk yang lebih kompak berbanding pengecas berasaskan silikon tradisional. Kemajuan ini mencerminkan komitmen Anker untuk menerobos sempadan apa yang mungkin dicapai dalam teknologi pengecasan.
Dengan menggunakan teknologi GaN termaju, siri Anker Prime merevolusikan pengecasan dengan kelajuan yang lebih pantas, keselamatan yang dipertingkat dan reka bentuk interaksi yang intuitif. Direka berdasarkan pandangan pengguna, ia memastikan pengalaman pengecasan yang lancar dan andal sama ada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Siri Prime melangkaui perkakasan asas, mentransformasikan peranti pengecas menjadi ekosistem yang interaktif dan bersambung, mengutamakan kemudahan penggunaan dan penglibatan pengguna. Menerusi ciri-ciri seperti pengecaman peranti automatik, kemas kini status pada masa nyata dan tetapan diperibadikan, ia memberikan pengalaman yang lancar dan tanpa kesulitan. Dengan meningkatkan kecekapan dan kemudahan, siri Anker Prime menyelesaikan masalah utama pengecasan setiap hari dan mentakrifkan semula bagaimana pengguna berinteraksi dengan peranti pengecas mereka, lantas memantapkan kedudukan Anker sebagai peneraju dalam penyelesaian pengecasan generasi seterusnya.
Bank Kuasa Anker Zolo (Kabel Boleh Tarik) membolehkan pengguna mengecas beberapa peranti dengan pantas secara serentak dengan output 165W berkuasa tinggi dan berbilang antara muka USB-C/USB-A. Bank kuasa yang berprestasi tinggi ini direka untuk mengecas beberapa peranti secara serentak—sama ada telefon pintar, tablet atau fon telinga tanpa wayar—bagi menangani cabaran kuasa harian. Dengan pemantauan suhu terbina dalam, pelesapan haba yang cekap dan sarung pelambat nyala yang tahan lama, bank kuasa ini memberikan prestasi dan juga keselamatan, amat sesuai untuk pengembara moden dan mereka yang menjalankan berbilang tugas. Sama ada dalam penerbangan jarak jauh, perjalanan perniagaan atau percutian keluarga, peranti ini memastikan alat penting tetap berkuasa sepanjang perjalanan.
Kedua-dua siri Prime dan Bank Kuasa Anker Zolo (Kabel Boleh Tarik) menggabungkan prestasi yang mantap dengan reka bentuk bergaya, menawarkan penyelesaian pengecasan mudah alih andal yang disesuaikan untuk senario pengembaraan, pejabat, rumah dan semasa dalam perjalanan. Sama ada anda bekerja dari jauh, berulang-alik atau hanya memerlukan sumber kuasa yang boleh diharapkan dalam situasi harian, produk-produk ini memastikan peranti anda kekal bercas dan sedia digunakan, lalu memberikan kemudahan dan kecekapan dalam semua aspek kehidupan anda.
Charge Up, SEA! Menghubungkan Pengguna Melalui Inovasi Digital
Anker Innovations bukan sahaja menerobos sempadan teknologi tetapi juga mentakrifkan semula bagaimana ia berinteraksi dengan orang ramai melalui bentuk komunikasi yang inovatif. Selaras dengan komitmen Anker terhadap inovasi dan penglibatan pengguna, kempen Charge Up, SEA! menerangi mercu tanda ikonik merentas lima negara Asia Tenggara—Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Malaysia—menggunakan realiti terimbuh (AR) dan imejan janaan komputer (CGI).
Siri Prime merupakan nadi kepada kempen Charge Up, SEA! rintis. Produk yang menonjol dalam siri Prime, Pengecas Anker Prime (250W, 6 Port, GaNPrime), terserlah secara gilang-gemilang dalam kempen ini yang melambangkan keupayaan termaju siri ini. Apabila dail Pengecas Anker Prime (250W, 6 Port, GaNPrime) berputar, ia memberi kuasa kepada Jewel Rain Vortex Singapura dan Menara Merdeka 118 Malaysia. Pengecas Zolo Anker 30W memberi tenaga kepada Muzium Negara Filipina, Bundaran HI Indonesia dan Landmark 81 Vietnam dengan kesan ais kutub dan salji, manakala emoji masa nyata yang dipaparkan pada Bank Kuasa Anker Zolo (Kabel Boleh Tarik) dan Pengecas Anker 140W menghidupkan lagi pengalaman digital ini.
Inisiatif ini merapatkan jurang antara teknologi moden dan warisan budaya, mengundang pengguna untuk merasai pengalaman mercu tanda tempatan mereka dengan cara yang interaktif dan transformatif sekali gus menunjukkan komitmen Anker terhadap inovasi dan juga penglibatan awam yang bermakna.
Kejayaan Anker Innovations di Red Dot Awards 2025 dan iF Design Awards 2025 merupakan bukti usaha tanpa henti mengejar kecemerlangan dalam teknologi pengecasan dan reka bentuk. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi berpusatkan pengguna dan penglibatan digital, Anker terus memimpin jalan dalam memperkasakan masa depan elektronik mudah alih.
Latar Belakang Anker Innovations
Anker Innovations ialah peneraju global bagi teknologi pengecasan dan storan tenaga rumah serta pembangun bagi produk elektronik pengguna unik yang menyokong audio premium, hiburan mudah alih dan ruang rumah pintar baru muncul. Terokai lebih banyak lagi di anker.com.