omniture

Huion Lancar Kamvas Slate 11 & 13: Tablet Android untuk Kreativiti Di Mana-mana Sahaja

Huion
2025-04-21 20:13 18

LOS ANGELES, 21 April 2025 /PRNewswire/ -- Sebagai peneraju global bagi peranti dan penyelesaian lukisan digital, hari ini Huion mengumumkan Kamvas Slate 11 dan Kamvas Slate 13, rangkaian tablet Android Kamvas Slate 10. Pengumuman ini menunjukkan komitmen Huion untuk meneroka bidang baharu dan memperluas barisan produknya.


Prebiu sorotan 

Kamvas Slate 11 & 13 ditujukan kepada artis dan pencatat nota yang menuntut peralatan kreatif kendiri dengan kejelasan, hiburan dan kemudahalihan yang tinggi.

Bagi penggemar kanvas yang lebih besar, Kamvas Slate 13 menampilkan skrin 12.7-inci 4:3 QHD (2176 x 1600), menawarkan lebih banyak ruang untuk melukis. Bagi pengguna yang lebih suka ciri mudah alih yang hebat, Kamvas Slate 11 mempunyai skrin 10.95-inci FHD+ (1920 x 1200), menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana untuk kegunaan semasa dalam perjalanan.


Dengan kadar segar semula 90Hz dan skrin antisilau terkunar-nano, pengguna boleh menikmati pengalaman visual yang selesa pada mata dan lancar sama ada maratonton atau bermain permainan, tanpa jeda.

Kedua-dua tablet dilengkapi dengan H-Pencil, menawarkan rasa yang selesa pada tangan. Ia membolehkan pengguna bertukar-tukar antara fungsi menggunakan kekunci pantas dan membawakan 4096 tahap tekanan pen dan pengecaman kecondongan 60°.

Berkenaan prestasi, Kamvas 11 & 13 dikuasakan oleh MediaTek Helio G99, pemproses 8-teras, dengan storan 128GB (untuk Kamvas Slate 11) atau 256GB (untuk Kamvas Slate 13) yang boleh dibesarkan kepada 1TB. Ini memastikan tiada jeda walaupun semasa mengendalikan berbilang lapisan dan projek.

Kamvas Slate 11 & 13 menggunakan Android 14 dan disertakan dengan aplikasi pramuat, yang bererti anda boleh menggunakannya terus apabila dikeluarkan daripada kotak dengan keluk pembelajaran minimum, lantas membantu anda mencipta pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

"Siri Kamvas Slate menunjukkan usaha Huion untuk menghasilkan tablet Android kelas pertengahan yang berkualiti tinggi untuk pengguna kami. Ia boleh mengendalikan tugas produktiviti dan kreativiti atau hiburan mudah alih," kata Simon, Pengarah Produk di Huion.

Ikuti Huion 

Laman Web Rasmi: www.huion.com

Instagram: https://www.instagram.com/huiontablet/

 

 

Source: Huion
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications New products/services