![]() |
SHANGHAI, 21 April 2025 /PRNewswire/ -- Thermo King, jenama strategik Trane Technologies (NYSE: TT), penginovasi iklim global, melancarkan siri LEGEND unggulan menerusi barisan pengeluaran unit penyejukan treler buatan Asia yang pertama di kilangnya di Wujiang, China yang dijangka memenuhi keperluan seluruh pasaran Asia Pasifik.
Selaras dengan Inisiatif Kilang Masa Depan syarikat ini, barisan pengeluaran baharu meningkatkan penyetempatan rantaian bekalan LEGEND sebanyak 60%, meningkatkan kelajuan penghantaran, kestabilan dan kefleksibelan bagi memacu logistik rangkaian sejuk ke arah masa depan yang lebih cekap, pintar dan lestari.
"Melalui kemajuan teknikal dan kolaborasi bersama pembekal tempatan, kami membangunkan teknologi motor '3-dalam-1' yang utama dalam industri ini," kata HelenLing, naib presiden Trane Technologies Asia Pacific, "Pengeluaran setempat LEGEND menunjukkan keupayaan lengkap Thermo King bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas hinggalah pengeluaran besar-besaran."
Berasaskan platform treler TK yang terkemuka di dunia, siri LEGEND menggabungkan tiga kekuatan teras: kawalan suhu yang tepat, operasi pintar dan kecekapan tenaga. Seni bina elektriknya yang canggih dan teknologi kawalan aliran udara bebas menyesuaikan penyejukan dengan jenis kargo dan keadaan transit. Pilihan tunggu sedia setempat yang direka khas untuk pelanggan Asia Pasifik dapat mengurangkan lagi kos operasi dan emisi karbon.
Dengan memperkenalkan penyelesaian penyepaduan elektrik perintis yang menggabungkan antara motor, penjana magnet kekal dan penerus aktif, ia mengurangkan komponen sebanyak 27% berbanding dengan penyelesaian pemacu mekanikal tradisional, meningkatkan kecekapan bahan api sebanyak 15% dengan kos penyelenggaraan yang lebih rendah sebanyak 30% dan pengurangan masa henti sebanyak 52%.
Siri LEGEND turut membawakan sistem kawalan pintar. Sistem telematik Tbox standard menggunakan algoritma pintar untuk memantau prestasi unit pada masa nyata, manakala panel kawalan berbilang bahasa dilindungi IP67 menawarkan data penggunaan bahan api masa nyata dan fungsi semakan Pretrip automatik. Integrasi algoritma pintar dan komponen utama ini memberikan kecekapan bahan api sehingga 20% dalam senario sebenar.
Diperakui untuk peraturan emisi GB IV China, unit ini kini digunakan dalam pengangkutan sejuk jarak jauh, dengan rancangan yang dipercepat untuk mencapai pematuhan Peringkat V EU dan berkembang ke dalam aplikasi kereta api.
Latar Belakang Thermo King
Thermo King – oleh Trane Technologies (NYSE: TT), penginovasi iklim global – merupakan peneraju dunia bagi penyelesaian kawalan suhu pengangkutan mampan. Thermo King menyediakan penyelesaian kawalan suhu pengangkutan untuk pelbagai aplikasi, termasuk treler, badan trak, bas, udara, kontena atas kapal dan gerabak kereta api sejak tahun 1938. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.tranetechnologies.cn.