omniture

Hisense Lancar TV ULED MiniLED U8 Series Baharu, Tingkatkan Hiburan Rumah ke Tahap Sinematik Lebih Tinggi

Hisense
2025-04-22 22:16 99

QINGDAO, China, 22 April 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, peneraju global bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah, hari ini melancarkan TV ULED MiniLED U8 Series rintisnya. Sebagai pembuat No. 1 bagi TV 100-inci+ di peringkat global, Hisense terus mendahului revolusi skrin besar, membawakan skala sinematik dan prestasi premium ke ruang tamu. Direka untuk penggemar filem, pemain permainan dan peminat sukan, TV U8 Series mentakrifkan semula hiburan rumah. Dengan Mini-LED PRO termaju dan Hi-View AI Engine PRO, setiap bingkai berseri-seri dengan warna terang, perincian tepat dan kontras yang menarik — daripada hitam yang sebenar-benarnya hinggalah sorotan terang-benderang.

Hisense U8 Series TV
Hisense U8 Series TV

TV U8 Series menetapkan penanda aras baharu untuk kualiti gambar. Teknologi Mini-LED PRO memberikan kecerahan yang tiada tandingan dan kegelapan sebenar yang mendalam. Kawalan cahaya latar yang teliti memberikan setiap nuansa dengan ketepatan yang asli, sama ada anda menonton sukan oktana tinggi atau adegan filem yang intim. Hasilnya ialah paparan yang menawan hati dengan julat dinamik dan kejelasan tampak hidup. Dikuasakan oleh Hi-View AI Engine PRO dengan Gambar AI, Bunyi AI, Senario AI dan Tenaga AI—TV U8 Series mengoptimumkan visual, audio, latar adegan dan penggunaan tenaga dengan pintar demi pengalaman yang dipertingkat. Direkayasa untuk kandungan dinamik, TV U8 Series menawarkan kadar segar semula 165Hz natif dan Kadar Segar Semula Boleh Ubah (VRR), bagi memastikan visual yang amat lancar, tanpa jeda — ideal untuk permainan kompetitif dan aksi bergerak pantas.

Hisense menangani keadaan tontonan yang pelbagai dengan teknologi Anti-Reflection PRO (Antipantulan PRO), mengurangkan silau dalam persekitaran terang dan juga malap untuk paparan yang jelas secara konsisten. Sistem Warna QLED yang disahkan oleh standard Pantone, memberikan lebih satu bilion warna yang kelihatan benar-benar hidup, mengubah setiap adegan menjadi karya agung visual.

Selain daripada kehandalan visualnya, TV U8 Series menawarkan pengalaman audio yang menarik dengan sistem bunyi berbilang saluran 4.1.2 yang canggih. Mengintegrasikan pembesar suara sisi, subwufer belakang dan unit letusan ke atas, TV U8 Series mencipta landskap bunyi (soundscape) imersif yang melengkapkan visualnya dengan sempurna. Setiap bunyi diberikan dengan kejelasan yang luar biasa, manakala pensijilan Devialet—boleh dikonfigurasikan melalui kemas kini OTA (over-the-air)—memastikan prestasi terkini yang berterusan.

Ketersambungan pintar diintegrasikan dengan lancar, lalu membolehkan pengguna mengakses pelbagai jenis kandungan melalui platform penstriman popular. Dengan sokongan kawalan suara melalui "Hey Google/VIDAA", navigasi menjadi intuitif, lantas meletakkan dunia hiburan dan fungsian rumah pintar di hujung jari anda.

TV ULED MiniLED U8 Series menetapkan standard baharu dalam hiburan rumah dengan menggabungkan teknologi terkini dengan reka bentuk yang elegan. Ia merupakan bukti komitmen Hisense terhadap inovasi dan kecemerlangan, menawarkan pengalaman disatukan di mana visual berwawasan dan audio imersif bertemu untuk mentakrifkan semula apa yang mungkin dicapai di ruang tamu.

Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense membawakan TV U8 Series ke rumah di seluruh dunia—menyampaikan gambar dan bunyi tahap pawagam yang membuatkan setiap perlawanan bola sepak, permainan atau filem terasa lebih hebat daripada hakikat sebenar, terus dari sofa anda.

TV U8 Series Hisense kini tersedia di seluruh dunia, dengan tarikh keluaran khas ditentukan oleh saluran tempatan. Ia ditawarkan dalam enam saiz—55, 65, 75, 85, dan 100 inci—untuk disesuaikan secara sempurna dengan mana-mana persekitaran rumah. (*Ketersediaan pilihan saiz mungkin berbeza-beza mengikut wilayah.)

Latar Belakang Hisense 

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di seluruh dunia bagi jumlah penghantaran TV (2022-2024) dan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023-2024). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Semiconductors New products/services Artificial Intelligence