omniture

Shanghai Electric Jalin Perkongsian Utama dengan Masdar dan Mawarid untuk Projek Tenaga Boleh Baharu

Shanghai Electric
2025-04-23 12:18 23

Perkongsian strategik mencakupi tenaga solar dan angin, memajukan peralihan Timur Tengah kepada tenaga hijau. 

SHANGHAI, 23 April 2025 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) memeterai dua perjanjian kerjasama yang penting di Timur Tengah pada awal April, menandatangani perjanjian projek fotovolta 2-gigawatt dengan Abu Dhabi Future Energy ("Masdar") di Arab Saudi dan perjanjian kerjasama kuasa angin komprehensif dengan Mawarid Group Oman. Perjanjian-perjanjian ini menyokong inisiatif Visi 2030 Arab Saudi dan Visi 2040 Oman. Mereka menyasarkan untuk memajukan transformasi tenaga Timur Tengah melalui eksport teknologi, pembuatan setempat dan kolaborasi pelbagai sektor.

Projek fotovolta Sadawi 2-gigawatt yang dibangunkan melalui kerjasama dengan Masdar, ialah projek EPC solar terbesar Shanghai Electric di peringkat global. Menjangkau keluasan 40 kilometer persegi, ia menjana lebih daripada 6 bilion kWj setiap tahun, memenuhi keperluan elektrik 700,000 isi rumah dan mengurangkan emisi karbon sebanyak 3 juta tan. Projek ini memanfaatkan teknologi fotovolta termaju untuk memaksimumkan cahaya matahari yang banyak di Arab Saudi dan merupakan komponen utama dalam Program Tenaga Boleh Baharu Nasional negara berkenaan.

Di Oman, perkongsian Shanghai Electric dengan Mawarid Group termasuk bekalan turbin angin, pemindahan teknologi dan reka bentuk kilang setempat. Kolaborasi ini bertujuan untuk memanfaatkan sumber asli Oman, mewujudkan rantaian bekalan tempatan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh jangka panjang.

"Ini merupakan titik permulaan yang baharu untuk Shanghai Electric dan Masdar bagi melaksanakan kerjasama yang komprehensif dan satu peristiwa penting untuk Shanghai Electric agar dapat terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tenaga baharu Timur Tengah," kata Wu Lei, Pengerusi Shanghai Electric Group. "Saya berharap kedua-dua pihak akan saling bekerjasama untuk mencipta projek demonstrasi penanda aras dan menyumbang lebih banyak lagi kepada peralihan tenaga global."

Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al Ramahi mengulas, "Masdar benar-benar mementingkan perkongsiannya dengan Shanghai Electric dan berharap untuk memperdalam lagi kerjasama dengan mereka dalam bidang kuasa angin, fotovolta, storan tenaga dan bidang-bidang lain pada masa depan untuk bersama-sama menggalakkan transformasi struktur tenaga global."

Salim Al Aufi, Menteri Tenaga dan Galian Oman, memuji kepakaran teknologi dan inovasi Shanghai Electric dalam kuasa angin. Beliau berkata kerajaan Oman menghargai perkongsiannya dengan Shanghai Electric dan melihat penandatanganan perjanjian projek kuasa angin ini sebagai satu peluang untuk meluaskan kerjasama. Al Aufi menyatakan keinginan yang tinggi oleh pihak kerajaan untuk memperdalam kolaborasi dalam bidang-bidang seperti storan tenaga, tenaga hidrogen dan fotovolta yang bermatlamat untuk bersama-sama memacu transformasi sektor tenaga Oman.

Wu Lei berkata, "Visi 2040 dan Strategi Hidrogen Hijau kerajaan Oman yang berpandangan jauh sejajar dengan matlamat pembangunan strategik Shanghai Electric. Kami tidak sabar untuk memanfaatkan projek ini sebagai peluang untuk mengintegrasikan teknologi canggih dan produk berkualiti tinggi dalam sektor tenaga baharu dengan kekuatan sumber dan potensi pasaran Oman. Melalui pelesenan teknologi dan pembangunan rantaian bekalan setempat, kami menyasarkan untuk memacu pelaksanaan lebih banyak projek yang berkualiti tinggi, menyumbang kepada transformasi tenaga Oman dan membantu menghasilkan lembaran baharu dalam kerjasama tenaga China-Arab."

Kepentingan strategik dan nilai industri perjanjian ini adalah besar. Projek kuasa angin di Oman dijangka memajukan peralihan negara daripada sumber tenaga tradisional kepada tenaga bersih terpelbagai, termasuk angin dan hidrogen, sekali gus mempererat kerjasama teknikal China-Arab. Sementara itu, projek fotovolta di Arab Saudi menyokong usaha kerajaan secara langsung untuk mengurangkan pergantungannya kepada bahan api fosil, menyumbang kepada pempelbagaian ekonomi dan mewujudkan asas untuk pengembangan Shanghai Electric yang lebih luas dalam pasaran tenaga solar Timur Tengah.

Dwikolaborasi di Timur Tengah ini memaparkan pendekatan setempat yang dipacu teknologi oleh Shanghai Electric, lantas memperkukuh statusnya sebagai peneraju global dalam tenaga boleh baharu melalui kepakaran dan inovasinya dalam kuasa angin dan solar.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements