omniture

Vantage Markets dan Vantage Foundation Bekerjasama Sokong Program Pemandu Wanita Grab Indonesia

Vantage Foundation
2025-04-24 14:58 104

JAKARTA, Indonesia, 24 April 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets, melalui kolaborasi bersama cabang amalnya, Vantage Foundation melalui inisiatif #TradeforHope, berjaya menyokong Program Pemandu Wanita Grab Indonesia – program Wiramudi Grab. Inisiatif ini memperkasakan lebih 3,400 orang wanita merentas pelbagai bandar di Indonesia, mencipta peluang ekonomi dalam industri e-panggilan dengan menyediakan modal permulaan, peralatan penting dan insentif kewangan untuk membantu mereka mewujudkan sumber pendapatan yang mampan.

Vantage Markets and Vantage Foundation Partner to Support Grab Indonesia’s Women Driver Program
Vantage Markets and Vantage Foundation Partner to Support Grab Indonesia’s Women Driver Program

Program ini, yang berlangsung mulai November 2024 hingga Januari 2025, mencapai hasil yang memberangsangkan. Ia melibatkan 1,400 pemandu wanita baharu dan mengaktifkan semula 2,000 pemandu tidak aktif di Jakarta, Bali, Medan, Bandung, Makassar, Semarang, dan Yogyakarta. Para peserta menerima kit pemandu percuma, termasuk jaket dan topi keledar, serta insentif pengaktifan semula untuk menggalakkan penyertaan yang berterusan dalam tenaga kerja.

Inisiatif ini mempunyai kesan ekonomi yang ketara, dengan pemandu yang mengambil bahagian mengalami peningkatan perjalanan sebanyak 13% berbanding mereka yang tidak menerima sokongan. Selain daripada bantuan kewangan, program ini memberikan para peserta rasa yakin, berdikari dan sokongan komuniti yang diperbaharui.

Bagi Purwati, program ini adalah lebih daripada sekadar peluang untuk memperoleh pendapatan—ia juga membantunya membina keyakinan dalam laluan kerjaya baharu: "Menyertainya sebagai pemandu Grab wanita merupakan sesuatu yang sangat membantu dalam memperoleh pendapatan saya sendiri dan mendapat ilmu baharu. Tambahan pula, saya menerima faedah hebat seperti jaket, topi keledar dan juga kosmetik! Tanda penghargaan kecil ini begitu bermakna buat saya. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan!"

Vantage Markets and Vantage Foundation Partner to Support Grab Indonesia’s Women Driver Program
Vantage Markets and Vantage Foundation Partner to Support Grab Indonesia’s Women Driver Program

Program Wiramudi Grab menunjukkan kuasa tanggungjawab korporat dan perkongsian strategik dalam memupuk pemerkasaan ekonomi dan keterangkuman tenaga kerja. Dengan memecahkan halangan untuk turut serta, program ini menyediakan peluang kepada beribu-ribu wanita untuk menjana pendapatan mampan sekali gus menggalakkan kepelbagaian jantina yang lebih besar dalam sektor e-panggilan Indonesia.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets, menekankan kepentingan kolaborasi ini: "Di Vantage Markets, kami percaya bahawa kebebasan kewangan harus boleh diakses oleh semua orang dan kami komited untuk menyokong inisiatif yang menghasilkan impak sebenar dan berkekalan. Perkongsian kami bersama Vantage Foundation dan Grab Indonesia merupakan bukti kuasa tindakan kolektif dalam memacu perubahan bermakna. Dengan memperkasakan wanita dengan sumber, latihan dan sokongan kewangan, kami bukan sahaja membantu mereka mendapat pendapatan yang stabil bahkan turut memupuk masa depan yang lebih inklusif dan mampan. Kami berharap dapat memperluas perkongsian ini dan terus menyokong komuniti yang memerlukan."

Kempen #TradeForHope merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Vantage untuk mengintegrasikan tanggungjawab sosial ke dalam operasinya. Dengan menyumbang kembali melalui inisiatif seperti ini, Vantage membuka jalan untuk masa depan yang lebih inklusif dan mampan untuk komuniti yang mendapat khidmatnya.

Latar Belakang Grab 

Grab ialah aplikasi super yang terkemuka di Asia Tenggara, beroperasi dalam sektor penghantaran, mobiliti dan perkhidmatan kewangan digital. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih 700 bandar di lapan negara Asia Tenggara – Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam – Grab membolehkan berjuta-juta orang pada setiap hari memesan makanan atau barangan runcit, menghantar bungkusan, memanggil pemandu peribadi atau teksi, membayar pembelian dalam talian atau mengakses perkhidmatan seperti pemberian pinjaman dan insurans, kesemuanya melalui satu aplikasi. Grab ditubuhkan pada tahun 2012 dengan misi untuk memacu Asia Tenggara ke hadapan dengan mewujudkan pemerkasaan ekonomi untuk semua orang. Grab berusaha untuk memberikan triple bottom line – kami menyasarkan untuk menyampaikan prestasi kewangan secara serentak untuk para pemegang saham kami dan memberikan impak sosial yang positif termasuk pemerkasaan ekonomi untuk berjuta-juta orang di rantau ini dan dalam masa yang sama mengurangkan jejak alam sekitar kita.

Latar Belakang Vantage Foundation 

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK pada tahun 2023. Yayasan ini bekerjasama dengan organisasi-organisasi amal di seluruh dunia, termasuk iREDE Foundation di Nigeria, Teach For Malaysia di Malaysia dan Instituto Claret di Brazil.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation

Penafian: Siaran akhbar ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan atau tawaran bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Aktiviti-aktiviti amal yang diterangkan di sini dikendalikan oleh Vantage Foundation dengan sokongan daripada Vantage Markets. Aktiviti-aktiviti ini diasingkan sepenuhnya daripada mana-mana perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh Vantage Markets. Artikel ini bertujuan semata-mata untuk menerangkan usaha tanggungjawab sosial korporat dan tidak mengimplikasikan apa-apa pengendorsan atau perkongsian yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kewangan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Source: Vantage Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Railroads and Intermodal Transportation Transportation Women-related news DEI Page Cision Influencer List - ESG