omniture

Tema "Bersama-sama Demi Dunia Lebih Pintar" ChangAn di Auto Shanghai 2025 Bentang Strategi Serampang Tiga Mata untuk Mobiliti Pintar, Lestari di Peringkat Global

ChangAn Automobile
2025-04-25 09:26 77

SHANGHAI, 25 April 2025 /PRNewswire/ -- ChangAn Automobile ("ChangAn" atau "Syarikat"), sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon pintar, memperkenalkan tema "Bersama-sama Demi Dunia Lebih Pintar" ("Together for a Smarter World") di Auto Shanghai 2025 pada 23 April, meneliti kemajuan dalam tiga inisiatif utamanya — Misi Shangri-La, Pelan Dubhe 2.0 dan Pelan Lautan Luas (Vast Ocean Plan) — menyaksikan fasa baharu dalam usahanya terhadap tenaga baharu, kecerdasan dan pengembangan global.


En. Zhu Huarong, Pengerusi ChangAn Automobile, mengulas: "Industri automotif memasuki 'separuh kedua kecerdasan,' di mana kejayaan akan ditentukan oleh kepimpinan dalam kecerdasan, globalisasi dan pempelbagaian tenaga—tiga tonggak utama ChangAn. Ketika landskap berkembang, kami akan tetap komited terhadap strategi kami untuk mencapai kemajuan yang mantap dan berani tatkala kami beralih menjadi sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon yang pintar."

Misi Shangri-La ChangAn untuk kenderaan tenaga baharu semakin berkembang pesat. Bagi memenuhi keperluan ramai pelanggan dalam pasaran global yang amat besar, Syarikat ini mewujudkan jenama-jenama elektrik AVATR, DEEPAL dan CHANG-AN serta melancarkan 22 model tenaga baharu setakat ini. Dengan lebih 400 kejayaan penting dalam bidang teras teknologi "tiga-elektrik"—bateri, motor dan kawalan elektrik—kejayaan ini melibatkan Golden Shield Battery dengan pengecasan pantas 5C, mengurangkan masa pengecasan semula daripada 30% kepada 80% dalam tempoh kurang daripada 10 minit dan sistem tutup kuasa pintar. Rangkaian kuasa bersepadu BlueCore 3.0 baharu memperkenalkan teknologi tambahan jarak yang inovatif. Selain itu, sistem pemacu elektrik dwimotor dalam hibrid pemalam menawarkan penukaran yang lancar antara mod hibrid dan mod penambah jarak. ChangAn bekerjasama dengan CATL untuk pembangunan bateri keadaan pepejal dan kitar semula bateri, seterusnya meningkatkan ekosistem tenaga baharu.

Pelan Dubhe 2.0 ChangAn untuk kecerdasan membentuk sebuah pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terdiri daripada 5,000 orang. Dengan 100% daripada seluruh barisan produk disambungkan secara pintar pada tahun 2020, lebih 20 teknologi yang utama dalam industri termasuk sistem pemanduan berbantu Pemacu TS Pintar, Kokpit TY Pintar dan Casis TH Pintar, bersama-sama dengan teknologi seperti belokan 3 titik serta-merta dan peletakan kenderaan autonomi gaya pendulum, telahpun diperkenalkan. Pada tahun 2020, 100% daripada seluruh barisan produk disambungkan secara pintar dan lebih daripada 20 teknologi yang utama dalam industri seperti Pemacu TS Pintar, Kokpit TY Pintar dan Casis TH Pintar yang membawakan teknologi seperti pusingan-U serta-merta dan peletakan kenderaan pendulum diperkenalkan. Berasaskan platform CHANG-AN SDA, sistem Pemacu TS Pintar CHANG-AN menampilkan ciri pengelakan pelanggaran dalam cuaca gelap dan teruk, dengan penglihatan malam tahap teratas. ChangAn turut menjalin perkongsian yang strategik dengan syarikat-syarikat teknologi terkemuka, mengintegrasikan sumber bertaraf dunia bagi membangunkan jenama-jenama tenaga baharu.

Pelan Lautan Luas ChangAn dilaksanakan dengan pantas, dengan jualan antarabangsa melepasi 536,000 buah kenderaan pada tahun 2024, tersenarai antara tiga teratas dalam industri ini. ChangAn berkembang dengan enam subsidiari di Thailand, Mexico dan Jerman serta sembilan kilang KD. Pangkalan pembuatan kenderaan tenaga baharu antarabangsa pertama Syarikat ini, ChangAn Auto Thailand Factory, dijangka akan memulakan proses pengeluaran dalam masa terdekat. Sejak pelancaran Pelan Lautan Luas pada tahun 2023, Syarikat ini mengadakan 22 persidangan jenama serantau, menembusi 11 pasaran baharu dan menubuhkan 750 saluran baharu, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak lebih 9,000 lokasi di seluruh dunia.


Menerusi strategi serampang tiga matanya yang berjalan rancak, ChangAn memacu industri automotif menuju era baharu mobiliti pintar dan rendah karbon dengan visi global, teknologi termaju dan tumpuan yang kukuh terhadap kelestarian.

Latar Belakang ChangAn Automobile 

ChangAn ialah sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon pintar. Pada April 2025, ChangAn mengeluarkan Laporan ESG 2024—laporan ke-17 sejak tahun 2008. Syarikat menyokong inisiatif seperti bantuan bencana di Asia Tenggara, Bengkel Luban di Peru dan kawalan penggurunan di Arab Saudi. Komitmennya terhadap kelestarian melayakkannya mendapat tempat dalam senarai "100 Syarikat tersenarai-ESG Teratas di China" buat julung kalinya.

Source: ChangAn Automobile
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services Trade show news Cision Influencer List - ESG