Diasaskan oleh bekas kakitangan analisis kuantitatif Optiver dan IMC, platform ini disokong oleh pelabur malaikat dari Citadel, Jane Street dan JPMorgan
NEW YORK, 25 April 2025 /PRNewswire / -- Theo, rangkaian baharu yang menghubungkan modal dalam rantaian ke pasaran global melalui infrastruktur perdagangan bergred institusi, pada hari ini mengumumkan bahawa firma itu telah berjaya mengumpul dana sebanyak $20 juta. Pusingan ini diketuai bersama oleh Hack VC dan Anthos Capital, dengan penyertaan dari banyak firma modal usaha niaga lain, termasuk Manifold Trading, Mirana Ventures, Metalayer Ventures, Flowdesk, SCB, MEXC, Amber Group dan Selini Capital, serta pelabur malaikat dari pelbagai firma perdagangan TradFi terkemuka termasuk Citadel, Jane Street, HRT, Optiver, IMC, 5 Rings dan JPMorgan.
Diasaskan oleh bekas pedagang analisis kuantitatif; Abhi Pingle, Arijit Pingle dan TK Kwon yang mengasah kepakaran mereka di firma perdagangan elit Optiver dan IMC Trading, Theo diwujudkan daripada pengiktirafan: sementara modal dalam rantaian berkembang secara eksponen, akses kepada strategi tradisional dan bergred institusi kekal di luar jangkauan pengguna harian. Theo menyasar untuk merapatkan jurang ini - menyampaikan kecanggihan Wall Street kepada pelabur runcit.
Platform Theo menyediakan akses kepada infrastruktur perdagangan bergred institusi yang menyokong pelbagai strategi yang secara tradisinya dikhaskan untuk dana lindung nilai dan firma perdagangan proprietari. Pada terasnya, Theo mengendali sekumpulan pengesah kependaman rendah tersuai yang memastikan jaminan penjagaan untuk pengguna, sambil menguatkuasakan akses berasaskan peraturan untuk rakan niaga institusi seperti penggerak pasaran dan firma perdagangan.
Pengesah ini memudahkan pelaksanaan masa nyata merentasi bursa berpusat (CEXes) dan protokol terpencar (DeFi), sambil menguatkuasakan keperluan margin dan mengekalkan lebih cagaran di seluruh sistem. Pengguna runcit boleh mengakses strategi ini melalui deposit mudah ke dalam bilik kebal khusus mengikut strategi—tanpa kerumitan berbilang akaun bursa atau pengetahuan perdagangan algoritma.
"Pada hari ini, pasaran kripto berpecah-pecah dan tidak cekap, menghalang institusi dan pengguna harian daripada mengakses janji penuh kewangan global tanpa keizinan," kata Abhi Pingle, pengasas bersama Theo. "Theo menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan infrastruktur yang teguh dan boleh dikembangkan yang menghubungkan pemain tradisional yang besar dan peserta runcit dalam rantaian dengan lancar—membuka tahap kecekapan modal yang baharu."
Strategi Theo membolehkan sesiapa sahaja mengakses strategi perdagangan profesional secara pasif dengan hanya mendepositkan aset, bersama platform yang mengendalikan pelaksanaan, risiko dan peruntukan modal dinamik merentasi pendekatan seperti arbitraj dengan frekuensi tinggi, pengoptimuman kadar pembiayaan silang rantaian dan lindung nilai termaju.
Memandangkan keadaan pasaran berubah, infrastruktur Theo secara dinamik memperuntukkan semula modal untuk mengekalkan prestasi, apabila platform strategi tunggal sering melihat pulangan yang berkurangan. Fleksibiliti ini memastikan kestabilan dan prestasi yang lebih baik untuk peserta runcit.
Bagi firma perdagangan, Theo mendayakan kecekapan modal yang jauh lebih baik. Dengan memanfaatkan modal pengguna melalui penyertaan bilik kebal, firma boleh membuat peletakan strategi silang margin terhadap dagangan proprietari masing-masing—membuka peluang mengaut pulangan pelaburan yang mengatasi penanda aras sambil pengguna berkongsi potensi peningkatan dalam nilai pelaburan. Ini mewujudkan ekosistem yang saling menguntungkan: strategi bergred institusi, kebolehcapaian runcit dan penciptaan nilai bersama.
Seni bina Theo berada pada kedudukan unik untuk menghubungkan tempat kewangan tradisional dan natif kripto. Memandangkan industri berkembang, peranan Theo sebagai lapisan infrastruktur akan menjadi amat penting dalam merapatkan pasaran legasi dan ekonomi dalam rantaian—mendemokrasikan akses kepada alatan kewangan termaju di seluruh dunia.
Maklumat Tentang Theo
Theo ialah platform infrastruktur perdagangan bergred institusi yang diasaskan oleh bekas pedagang analisis kuantitatif dari IMC Trading and Optiver. Platform ini mendayakan pengguna runcit mengakses perdagangan berfrekuensi tinggi yang canggih dan strategi menggerakkan pasaran yang sebelum ini hanya tersedia untuk firma Wall Street, sambil menyediakan firma perdagangan dengan peluang baharu untuk mencapai pulangan pelaburan yang mengatasi penanda aras melalui kepakaran pasaran masing-masing dengan kecekapan modal yang jauh lebih baik. Ketahui lebih lanjut di theo.xyz