omniture

Midea menjadi Penyokong Global pertandingan kelab AFC

Midea Group
2025-04-26 03:07 19

JEDDAH, Arab Saudi, 26 April 2025 /PRNewswire/ -- Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan sukacitanya mengumumkan satu perkongsian global yang baharu bersama Midea, jenama yang terkemuka di dunia bagi barangan putih, pembersih vakum dan peralatan dapur.

Midea and AFC Announce Global Supporter Partenrship
Midea and AFC Announce Global Supporter Partenrship

Perjanjian berbilang tahun ini akan menyaksikan Midea menjadi Penyokong Global bagi pertandingan kelab AFC, termasuk AFC Champions League Elite™ bermula daripada peringkat akhir musim 2024/25 hingga musim 2028/29 dan AFC Champions League Two™ serta AFC Women's Champions League™ bermula daripada musim 2025/26 hingga musim 2028/29.

Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung AFC, berkata: "Kami berbesar hati menyambut Midea sebagai Penyokong Global dalam perjalanan yang menarik ini, yang menekankan selanjutnya daya tarikan global pertandingan kelab bertaraf dunia AFC dan turut berasa teruja untuk bekerjasama erat bersama mereka bagi mencipta lebih banyak detik yang tidak dapat dilupakan untuk kumpulan peminat bola sepak Asia kami yang begitu bersemangat."

Lewis Fu, Presiden Midea International Business, berkata: "Midea teruja untuk bekerjasama dengan AFC sebagai Penyokong Global bagi AFC Champions League Elite™, AFC Champions League Two™ dan AFC Women's Champions League™. Pertandingan-pertandingan kelab AFC ini menawarkan peluang unik kepada Midea untuk mendekati khalayak global yang besar dan dalam masa yang sama berbicara terus dengan peminat dan pengguna di kawasan tempatan di seluruh Asia dan Timur Tengah.

Sebagai Penyokong Global, Midea akan mendapat hak eksklusif untuk mempromosikan produk mereka di kesemua pertandingan kelab AFC seluruh dunia, seterusnya mengukuhkan kehadiran jenama mereka dan berinteraksi dengan berjuta-juta peminat bola sepak.

Latar Belakang AFC

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ialah badan pentadbiran bagi sukan bola sepak Asia dan salah satu daripada enam Konfederasi yang membentuk FIFA. Ditubuhkan pada tahun 1954, AFC beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia dan terdiri daripada 47 Persatuan Ahli. AFC menganjurkan AFC Asian Cup™ dan AFC Women's Asian Cup™ sementara AFC Champions League Elite™ dan AFC Women's Champions League™ merupakan pertandingan utama untuk kelab-kelab Asia.

Latar Belakang Midea 

Midea ialah jenama peralatan rumah pintar yang terkemuka di dunia dan meliputi rangkaian luas kategori produk termasuk penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh, mesin basuh pinggan mangkuk, ketuhar, penggoreng kering dan pembersih vakum robot. Midea Group, ditubuhkan pada tahun 1968, ialah sebuah syarikat teknologi global terkemuka yang mempunyai lebih 190,000 pekerja di seluruh dunia, hasil tahunan sebanyak USD57.5 bilion pada tahun 2024 dan menduduki kedudukan #277 dalam senarai Fortune Global 500 2024. Ketahui lebih lanjut mengenai peralatan rumah Midea di midea.com/global dan Midea Group di midea.com.cn/en

Source: Midea Group
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Licensing/marketing agreements