HANGZHOU, China, 28 April 2025 /PRNewswire/ -- Meizu mengambil bahagian dalam Ekspo Mobiliti Pintar Global Geely pada 25 April 2025. Meizu menyediakan reruai pameran di Geely Building Plaza di Hangzhou dan menyampaikan ucaptama semasa sesi bengkel, memperkenalkan telefon pintar, cermin mata pintar AR, kokpit pintar dan produk-produk lain kepada pengguna global serta menunjukkan daya tarikan ekosistem AI bersepadunya di dunia.
Sebagai bahagian penting dalam kempen promosi Geely untuk Auto Shanghai 2025, Ekspo Mobiliti Pintar Global Geely menarik minat lebih 400 tetamu. Melalui aktiviti interaktif yang pelbagai, acara ini memaparkan pencapaian termaju Geely dan strategi ekosistemnya dalam sektor mobiliti pintar.
Di reruai Meizu, telefon pintar dan peranti boleh pakai yang direka untuk pasaran luar negara menarik perhatian yang ketara. Beberapa wartawan asing merasai pengalaman produk seperti cermin mata pintar AR, menunjukkan minat khusus terhadap StarV View dan StarV Air2. StarV View, menggunakan penyelesaian BirdBath, menawarkan pengguna dengan skrin maya 188-inci imersif yang bersamaan dengan jarak pandang 6-meter, mengupayakan hiburan imersif di mana-mana sahaja. Ia juga merupakan satu-satunya cermin mata pintar dalam julat harganya yang memberikan pelarasan miopia 0-600°. Semasa sebuah acara pelancaran Dubai baru-baru ini, hadirin tempatan dengan teruja menunjuk ke arah StarV View dan berteriak, "Saya perlu membeli cermin mata ini!"
StarV Air2 turut menarik perhatian wartawan asing. Apabila menyaksikan terjemahan masa nyata pembentangan dalam bahasa Cina ke dalam bahasa Inggeris dipaparkan terus pada cermin mata, ramai tetamu berteriak "Menakjubkan!" dan merakam detik hebat itu melalui kamera. Ketika ini menyokong 14 bahasa untuk terjemahan dua hala, ciri "terjemahan masa nyata dikuasakan AI berbilang bahasa" StarV Air2 digunakan selama lebih 390,000 jam, menemani pengguna untuk mengembara merentas lebih 30 negara dan wilayah. Ia memudahkan komunikasi yang lancar dalam mesyuarat perniagaan dan pengembaraan.
Selain daripada terjemahan, StarV Air2 mengintegrasikan fungsi-fungsi seperti telepandu, navigasi AR, bantuan mesyuarat, muzik dan lain-lain. Ciri suara-ke-teksnya turut merapatkan jurang komunikasi untuk pengguna tunakerna dengan menukar pertuturan kepada teks pada masa nyata.
Semasa bengkel ini, Peng Bo, Pengarah Produk Meizu, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Memperkasakan Cermin Mata Pintar: Bagaimana Teknologi AI Memacu Inovasi dan Aplikasi Praktikal". Peng Bo menekankan bahawa cermin mata pintar didayakan AI meluaskan deria manusia, mengubahnya menjadi terminal serba boleh yang diintegrasikan ke dalam kehidupan seharian dan cermin mata pintar mungkin muncul sebagai peranti pengkomputeran peribadi dan terminal AI generasi akan datang bagi membuka pasaran besar yang bernilai beratus-ratus bilion yuan. Melangkah ke hadapan, Meizu akan terus menginovasikan cermin mata pintar AR dengan meningkatkan prestasi produk dan hayat bateri melalui integrasi AI dan dalam masa yang sama berkolaborasi dengan lebih ramai rakan kongsi untuk memperluas senario aplikasi cermin mata pintar AR.
Reruai Meizu melambangkan pengembangan globalnya yang semakin pesat. Bermula daripada pembangunan produk, Meizu mentakrifkan produk bagi memenuhi keperluan pengguna dari negara-negara dan wilayah-wilayah yang berbeza untuk menyokong globalisasinya. Produk-produk ini diiktiraf dan dialu-alukan oleh pengguna luar negara. Dengan jejak luar negaranya yang semakin berkembang, produk ekosistem Meizu dijual di banyak negara dan wilayah seperti Asia-Pasifik, Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Tengah dan Eropah manakala kereta yang dilengkapi dengan Flyme Auto dieksport ke Timur Tengah, Eropah Timur, Asia-Pasifik dan wilayah-wilayah lain. Produk ekosistem AI luar negara Meizu yang mengintegrasikan "orang, kereta dan rumah" telahpun terbentuk.
Meizu ialah jenama telefon pintar DreamSmart Group yang membawakan produk-eko AI dalam tiga bidang produk iaitu telefon pintar, XR dan kereta pintar. Dengan kepakaran teknologi yang mendalam dalam pelbagai industri, DreamSmart diiktiraf sebagai peneraju dalam ekosistem pintar.
Pada tahun 2025, Meizu memajukan strategi globalisasinya, bekerjasama dengan Geely untuk menganjurkan acara pelancaran dan interaksi produk baharu di Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Vietnam, Australia, UAE dan negara-negara lain. Pada masa depan, Meizu akan mengadakan lebih daripada 10 acara produk di luar negara untuk melancarkan lebih banyak produk baharu untuk pasaran global dan membina kedai pengalaman ekologi yang mempersembahkan telefon pintar, kereta dan cermin mata di luar negara. Meizu juga akan bekerjasama dengan Geely untuk membina jenama ekosistem teknologi premium untuk mengeksport produk, teknologi dan ekosistem, lantas menunjukkan daya tarikan ekosistem AI bersepadu kepada lebih ramai pengguna luar negara.