Pengambilalihan Menyokong Pertumbuhan Syarikat dalam Tawaran Gaya Hidup Berinovatif
BETHESDA, Md., 29 April 2025 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, Marriott International (Nasdaq: MAR) mengumumkan bahawa syarikat itu telah mencapai persetujuan untuk mengambil alih jenama gaya hidup citizenM, tawaran unik dan berinovatif dalam segmen perkhidmatan terpilih. Transaksi itu dijangkakan akan mempercepat pengembangan global Marriott bagi tawaran penginapan perkhidmatan terpilih dan gaya hidup, memandangkan syarikat itu terus memberikan tumpuan kepada mengembangkan portfolio dalam usaha menyediakan pilihan yang lebih menarik untuk tetamu dan ahli Marriott Bonvoy di seluruh dunia.
Kini, portfolio global citizenM mempunyai 36 hotel terbuka, yang terdiri daripada 8,544 bilik, merentasi lebih daripada 20 bandar yang merangkumi Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Pasifik, termasuk bandar pintu masuk seperti New York, London, Paris dan Rom. Perancangan semasa jenama itu termasuk tiga hotel sedang dalam pembinaan mempunyai sejumlah lebih 600 bilik yang dijangka akan dibuka pada pertengahan tahun 2026, dengan prospek pertumbuhan tambahan yang ketara di seluruh rantau global Marriott dalam tempoh sedekad yang akan datang.
Jenama citizenM terkenal dengan perkhidmatan sebenar, pengalaman dalam hotel yang celik teknologi, penggunaan ruang yang sangat cekap dan memberikan tumpuan kepada seni dan reka bentuk. Jenama yang diasaskan pada tahun 2008 itu, memenuhi demografi pelancong yang semakin meningkat, iaitu mereka yang mementingkan nilai serta mencari tempat penginapan yang dipacu teknologi dengan ciri seperti reka bentuk dalam bilik pintar, ruang umum dalaman dan luaran yang menampilkan karya seni dan artifak tempatan yang mengasyikkan, ruang tamu selesa yang berfungsi sebagai ruang kerja kolaboratif, bilik mesyuarat kreatif, pilihan makanan dan minuman yang sedia untuk dinikmati, serta dek atas bumbung yang cukup meriah.
"Sambil kami terus memacu pengalaman terbaik seumpamanya untuk pelancong, pengumuman yang dibuat pada hari ini dibina berdasarkan komitmen Marriott untuk meningkatkan pilihan bagi tetamu dan ahli Marriott Bonvoy," kata Anthony Capuano, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Marriott International. "Kami amat teruja untuk menambah citizenM sebagai tawaran unik dan berbeza kepada portfolio jenama perkhidmatan terpilih kami kerana kami terus memperkukuh kedudukan Marriott dalam segmen pasaran bernilai ini di seluruh dunia. Marriott mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam mengembangkan jenama yang diambil alih dengan ketara melalui memanfaatkan ekosistem pembangunan global kami, manfaat struktur kos gabungan terkemuka industri dan kuasa platform kesetiaan Marriott Bonvoy kami yang memenangi anugerah."
Pada masa penyempurnaan transaksi, Marriott akan membayar sebanyak $355 juta untuk mengambil alih jenama dan harta intelek berkaitan. Berikutan penyempurnaan itu, portfolio citizenM akan menjadi sebahagian daripada sistem Marriott, dengan hotel yang dimiliki dan dipajak oleh penjual tertakluk kepada perjanjian francais jangka panjang baharu dengan Marriott. Yuran yang stabil untuk portfolio perancangan terbuka dan dalam pembinaan dijangkakan berjumlah kira-kira $30 juta setiap tahun. Penjual juga boleh memperoleh bayaran hasil sehingga $110 juta yang berdasarkan pertumbuhan masa depan jenama tersebut dalam jangka masa berbilang tahun yang ditentukan. Bayaran ini tidak akan bermula sehingga tahun keempat sebaik sahaja penyempurnaan transaksi.
"Kami amat teruja tentang perjanjian kami dengan Marriott dan menantikan langkah penting yang seterusnya untuk pertumbuhan masa depan kami. Saya membayangkan hubungan ini akan meningkatkan jangkauan global dan impak jenama citizenM. Marriott sebagai organisasi berkongsi nilai dan budaya kami, dan saya yakin dengan komitmen mendalam syarikat itu dalam meneruskan DNA jenama kami ke masa depan," kata Rattan Chadha, Pengasas dan Pengerusi citizenM.
"Saya amat teruja tentang masa depan citizenM dengan Marriott International. citizenM dicipta untuk individu yang kerap melakukan perjalanan dan keupayaan pengedaran Marriott akan membolehkan kami mengalu-alukan tetamu moden yang baharu. Bersama kekuatan enjin pembangunan Marriott, kami menantikan prospek banyak hartanah tambahan citizenM di destinasi baharu di seluruh dunia. Kami akan terus memiliki hartanah kami dan mengendalikan semua hotel kami. Hubungan ini akan membolehkan kami bekerjasama untuk memaksimumkan pulangan," kata Lennert de Jong, Ketua Pegawai Eksekutif citizenM.
Penyempurnaan transaksi adalah tertakluk kepada pelbagai syarat lazim, termasuk kelulusan kawal selia Amerika Syarikat.
Dengan mengandaikan penyempurnaan transaksi pada tahun 2025, kini Marriott menjangkakan pertumbuhan bersih untuk bilik bagi tahun 2025 akan menghampiri 5 peratus.
Morgan Stanley & Co. International plc dan Eastdil Secured bertindak sebagai penasihat kewangan kepada penjual dalam transaksi ini.
Akses galeri penuh imej hartanah citizenM dengan resolusi tinggi di sini.
CATATAN MENGENAI PERNYATAAN PANDANG KE HADAPAN
Semua pernyataan dalam siaran akhbar ini dibuat pada 28 April 2025. Marriott tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan ini secara terbuka, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa pada masa akan datang atau sebaliknya. Siaran akhbar ini mengandungi "pernyataan pandang ke hadapan" dalam pengertian undang-undang sekuriti persekutuan, termasuk pernyataan berkaitan jangkaan Marriott berkenaan penyempurnaan transaksi; peluang pertumbuhan masa depan, rancangan dan jangkaan; yuran yang dijangkakan; manfaat transaksi; pertumbuhan bersih untuk bilik pada tahun 2025; dan pernyataan serupa mengenai kemungkinan peristiwa pada masa akan datang atau jangkaan yang bukan fakta sejarah. Marriott memberi amaran kepada anda bahawa penyataan ini bukan jaminan prestasi masa depan dan tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang berubah-ubah yang mungkin tidak dapat diramalkan atau dinilai oleh syarikat dengan tepat, termasuk kegagalan memenuhi syarat sehingga transaksi selesai, termasuk penerimaan kelulusan kawal selia yang diperlukan; kesan pengumuman atau penangguhan transaksi ke atas perniagaan citizenM; Keupayaan Marriott untuk berjaya menyepadukan dan mengembangkan jenama citizenM selepas transaksi disempurnakan; dan faktor risiko lain yang Marriott huraikan dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Amerika Syarikat, termasuk Laporan Tahunan mengenai Borang 10-K atau Laporan Suku Tahunan mengenai Borang 10-Q terkini syarikat. Mana-mana faktor ini boleh menyebabkan keputusan sebenar menjadi berbeza dengan besar berbanding jangkaan yang dinyatakan atau tersirat oleh Marriott dalam siaran akhbar ini.
MAKLUMAT TENTANG MARRIOTT INTERNATIONAL, INC.
Marriott International, Inc. (Nasdaq: MAR) berpangkalan di Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat dan merangkumi portfolio lebih 9,300 hartanah merentasi lebih daripada 30 jenama terkemuka di 144 negara dan wilayah. Marriott mengendalikan, melakukan pemfrancaisan dan melesenkan hotel, kediaman, hartanah kongsi masa dan penginapan lain di seluruh dunia. Syarikat tersebut menawarkan Marriott Bonvoy®, platform perjalanan yang berkualiti tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web kami di www.marriott.comdan untuk berita terkini syarikat, kunjungi www.marriottnewscenter.com. Di samping itu, berhubung dengan kami di Facebook dan @MarriottIntl di X dan Instagram.
Marriott menggalakkan pelabur, media dan individu lain yang berminat dengan syarikat itu untuk menyemak dan melanggan maklumat yang disiarkan oleh Marriott di laman web perhubungan pelabur di www.marriott.com/investor atau laman web pusat berita Marriott di www.marriottnewscenter.com, yang mungkin penting. Kandungan laman web ini tidak digabungkan mengikut rujukan kepada siaran akhbar ini atau mana-mana laporan atau dokumen yang difailkan oleh Marriott dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Amerika Syarikat dan mana-mana rujukan kepada laman web tersebut adalah bertujuan untuk menjadi rujukan teks yang tidak aktif sahaja.
IRPR#1