![]() |
Penyelesaian baharu akan menyampaikan keterlihatan tertinggi, penjimatan yang lebih mendalam dan kawalan tindanan Saas yang tiada tandingannya.
NOIDA, India, 29 April 2025 /PRNewswire/ -- HCLSoftware, peneraju global dalam penyelesaian perisian perusahaan, pada hari ini mengumumkan perkongsian dengan CloudEagle.ai, platform pengurusan SaaS yang terkemuka, untuk menyampaikan penyelesaian menyeluruh bagi tadbir urus perisian pada kedua-dua peranti dan Awan. Gabungan penyelesaian pengurusan aset perisian di premis HCL BigFix dan pengurusan titik akhir dengan platform pengurusan SaaS CloudEagle akan membolehkan perniagaan di seluruh dunia mencapai peningkatan pulangan pelaburan ke atas keseluruhan portfolio aplikasi perisian masing-masing.
"Perkongsian strategik kami dengan CloudEagle.ai meningkatkan matlamat menyeluruh kami dengan HCL BigFix, iaitu untuk menyampaikan tadbir urus menyeluruh bagi semua perisian—sama ada SaaS, desktop atau pusat data" kata Kristin Hazlewood, Naib Presiden Kanan, HCLSoftware dan HCL BigFix. "HCLSoftware komited untuk membolehkan pelanggan kami dengan keterlihatan dan pengurusan penuh persekitaran masing-masing yang semakin berkembang. Perkongsian ini memperluas komitmen tersebut kepada aplikasi SaaS."
Pada masa ini, organisasi memerlukan berbilang vendor dan penyepaduan untuk menguruskan semua kelayakan aplikasi perisian masing-masing, tanpa mengambil kira sama ada perisian tersebut ada pada peranti atau di Awan. Buat pertama kalinya, sumber tunggal boleh mengawal semua aplikasi perisian, tanpa mengambil kira penggunaan. Ini amat memudahkan tadbir urus perisian, dengan penambahbaikan yang selanjutnya dijangkakan apabila HCL BigFix dan CloudEagle.ai bekerjasama.
"Memandangkan organisasi mempercepat penerimagunaan awan masing-masing, CIO dan CISO memerlukan keterlihatan yang disatukan merentasi titik akhir dan aplikasi SaaS untuk membuat keputusan termaklum mengenai risiko, perbelanjaan dan pematuhan," kata Chirag Mehta, Naib Presiden dan Penganalisis Utama di Constellation Research. "Perkongsian antara HCL BIGFIX dan CloudEagle ialah langkah yang tepat pada masanya—menggabungkan pengurusan aset perisian dan tadbir urus SaaS untuk memudahkan operasi, mengukuhkan keselamatan dan menjimatkan kos di seluruh landskap IT"
Gartner melaporkan bahawa organisasi membazirkan kira-kira 25% daripada purata $1000 setiap pengguna setahununtuk aplikasi SaaS. Digabungkan dengan kesukaran yang diketahui dalam menguruskan aplikasi perisian pada peranti, terdapat peluang besar untuk mengurangkan kerumitan dan bilangan vendor semasa menguruskan keseluruhan ekosistem aplikasi perisian.
"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan HCL BigFix, penyelesaian Pengurusan Titik Akhir yang cemerlang di pasaran" kata Nidhi Jain, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas CloudEagle.ai. "Pengurusan titik akhir silang platform BigFix dan pemulihan masa nyata sejajar dengan penemuan SaaS yang dipacu AI, tadbir urus akses dan automasi perolehan. Bersama-sama, kami menyampaikan penyelesaian yang disatukan, serta memberikan perusahaan keterlihatan dan kawalan penuh merentasi peranti dan aplikasi SaaS—menambah baik keselamatan, menjimatkan perbelanjaan dan memudahkan pematuhan dalam landskap IT hibrid hari ini," kata Nidhi Jain, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas CloudEagle.ai.
Untuk maklumat lanjut, pergi ke Laman Web Pengurusan HCL BigFix SaaS
Untuk menghubungi kami: Sila kunjungi di sini
Untuk maklumat lanjut mengenai CloudEagle, pergi ke Cloudeagle.ai
Maklumat Tentang HCLSoftware
HCLSoftware ialah peneraju global dalam inovasi perisian dan merupakan bahagian perisian HCLTech. Kami membangunkan, memasarkan, menjual dan menyokong penyelesaian transformatif merentasi pelbagai industri, termasuk perniagaan dan industri, operasi pintar, jumlah pengalaman, data dan analisis, serta keselamatan siber. Komitmen kami terhadap kejayaan pelanggan dan nilai teras integriti, keterangkuman, penciptaan nilai, berteraskan individu dan tanggungjawab sosial mendorong kami menyampaikan produk perisian terbaik seumpamanya yang memperkasa organisasi untuk mencapai matlamat masing-masing. Dengan warisan semangat rintisan yang kaya, HCLSoftware memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 20,000 organisasi, termasuk majoriti syarikat Fortune 100 dan hampir separuh daripada syarikat Fortune 500. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami boleh membantu anda mencapai matlamat anda.
Maklumat Tentang CloudEagle.ai
CloudEagle.ai ialah platform pengurusan dan tadbir urus SaaS dikuasakan AI terkemuka yang membantu pasukan IT, kewangan, keselamatan dan perolehan menguruskan, mentadbir urus dan memperbaharui semua aplikasi SaaS dari satu tempat. Platform ini telah memproses lebih $3.5B dalam perbelanjaan SaaS dan menjimatkan perusahaan seperti RingCentral dan Automation Anywhere lebih $250 Juta dalam perbelanjaan perisian. Bersama 500+ penyepaduan langsung, CloudEagle menyediakan keterlihatan lengkap, mengautomasikan suai tugas/proses pelepasan pekerja, semakan akses, pengoptimuman lesen dan pembaharuan sambil mengukuhkan pematuhan untuk SOX, GDPR, ISO 27001 dan banyak lagi. Inovasi kami didorong oleh satu fokus teras dan itu ialah menyampaikan nilai sebenar kepada pelanggan kami. Setiap ciri dibina dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi kerana kejayaan pelanggan mendorong semua yang kami lakukan.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2519486/4942151/HCLSoftware_Logo.jpg?p=medium600