omniture

Huawei Lancar AI Data Lake Solution, Diberi Kedudukan Percepat Kecerdasan Industri

Huawei
2025-05-01 17:03 73

MUNICH, 1 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 29 April 2025, di Forum Infrastruktur Data Inovatif (IDI) Huawei ke-4 di Munich, Jerman, Huawei melancarkan AI Data Lake Solution yang direka untuk mempercepat penggunaan AI dalam industri-industri. Peter Zhou, Naib Presiden Huawei dan Presiden Huawei Data Storage Product Line memperkenalkan penyelesaian ini dalam ucaptamanya: "Kebangkitan Data, Mempercepat Kecerdasan dengan Infrastruktur Data Sedia-AI."

Peter Zhou, Vice President of Huawei and President of Huawei Data Storage Product Line, delivering his keynote speech
Peter Zhou, Vice President of Huawei and President of Huawei Data Storage Product Line, delivering his keynote speech

Biarpun transformasi digital telahpun berkembang selama beberapa dekad lamanya dan membawa perubahan yang besar, satu perkara masih lagi kekal: kepentingan kritikal data. Hal ini diketengahkan dalam ucapan Zhou: "Agar menjadi sedia-AI, pastikan sedia-data. Pendigitalan industri yang terus menjadi semakin mendalam ialah suatu proses mentransformasikan data menjadi maklumat dan ilmu pengetahuan."

Dengan mengintegrasikan storan data, pengurusan data, pengurusan sumber dan rantaian alat AI, AI Data Lake Solution menyampaikan korpus AI berkualiti tinggi dan mempercepat latihan dan inferens model, seterusnya memperkasakan perusahaan untuk menerima AI.

Dalam ucapannya, Zhou memberikan butiran tentang produk dan teknologi yang merupakan sebahagian daripada penyelesaian Data Lake:

  • Storan data: inovasi berterusan dalam prestasi, kapasiti dan kebingkasan 
  1. Latihan dan inferens model AI dipercepat: Storan AI berprestasi tinggi siri A Huawei OceanStor memberikan prestasi yang luar biasa. Sebagai contoh, ia mengupayakan pembangun teknologi AI iFLYTEK, antara lain, untuk meningkatkan kecekapan latihan kluster dengan ketara. Teknologi pecutan inferens termajunya meningkatkan prestasi inferens, mengurangkan kependaman dan meningkatkan pengalaman pengguna aplikasi—mempercepat penggunaan aplikasi inferens model besar dalam persekitaran pengeluaran.
  2. Storan data AI massa yang cekap: Storan Skala-Keluar Skala Kilat-Penuh OceanStor Pacific menawarkan ketumpatan berkapasiti tinggi 4 PB/2 U dan penggunaan kuasa ultra-rendah sebanyak 0.25 W/TB. Direka untuk mengurus data skala-eksabait dengan mudah, ia sangat sesuai untuk beban kerja intensif-data merentas pendidikan, penyelidikan saintifik, pengimejan perubatan dan media.
  3. Sandaran korpus AI dan pangkalan data vektor:  Storan Sandaran OceanProtect Huawei memberikan prestasi sandaran 10 kali lebih tinggi berbanding pilihan arus perdana yang lain dan mempunyai 99.99% ketepatan pengesanan serangan perisian tebusan, melindungi data utama korpus latihan dan pangkalan data vektor dalam bidang-bidang seperti minyak dan gas serta MSP.
  • Pengurusan data: keterlihatan, kebolehurusan dan mobiliti data merentas kawasan

Huawei DME ialah platform pengurusan data yang mengintegrasikan Omni-Dataverse untuk membantu pelanggan menghapuskan silo data di pusat data yang tersebar dari segi geografi. Selain itu, keupayaan DME untuk mendapatkan semula data daripada lebih 100 bilion fail dalam beberapa saat membantu pelanggan memproses data dengan cekap dan menyerlahkan potensi penuhnya.

  • Pengurusan sumber: pengumpulan pelbagai xPU dan penjadualan pintar sumber AI

Dikuasakan oleh teknologi kemayaan dan bekas, platform DCS menyediakan pengumpulan sumber xPU yang cekap dan penjadualan pintar, lalu meningkatkan penggunaan sumber. Di samping itu, DataMaster dalam DME mengupayakan O&M semua senario, dikuasakan AI dengan AI Copilot, menawarkan pelbagai aplikasi AI seperti Soal Jawab pintar, pembantu O&M dan pakar pemeriksaan, lantas mewujudkan pengalaman O&M yang luar biasa.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news Artificial Intelligence