![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 6 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets bangga untuk mengakhiri penampilan yang benar-benar berjaya di iFX Expo Mexico LATAM 2025, di mana jenama ini bukan sahaja berhubung dengan pihak berkepentingan industri, tetapi turut menerima pengiktirafan yang meluas untuk inovasi, teknologi dan kolaborasi industri yang kukuh.
Diadakan di bandar raya México yang meriah, acara ini menghimpunkan beberapa nama terbesar dalam industri perdagangan dalam talian dan teknologi kewangan (fintech). Bagi Vantage, minggu berkenaan dipenuhi dengan kepimpinan pemikiran, perbincangan strategik, hiburan yang menarik dan hubungan bermakna bersama pemimpin industri.
Aspek utama ekspo ini adalah perbincangan yang hebat berkisarkan masa depan perdagangan, inovasi fintech dan penglibatan industri. Alejandro Zelniker, Ahli Strategi Perniagaan Ahli Gabungan dan Rakan Kongsi, naik ke pentas sebagai ahli panel untuk membincangkan trend yang membentuk ekosistem perdagangan, manakala Federico Pereira, Ketua Pembangunan Perniagaan Serantau, mengendalikan bengkel berwawasan bagi berkongsi perspektif berharga bersama hadirin.
Di samping itu, Alejandro dan Juliana Reyes, Pakar Pemasaran dan Perkongsian, diundang dalam satu wawancara eksklusif bersama El Economista, salah satu penerbitan kewangan Mexico yang terkemuka. Penyertaan mereka turut dipaparkan dalam audio siar "Oye Cracks", di mana mereka menyelami ekosistem gabungan dan berkongsi perspektif mengenai peranan wanita yang semakin berkembang dalam industri fintech.
Vantage berbesar hati menerima dua anugerah berprestij semasa ekspo ini – "Broker Berbilang Aset Terbaik" dan "Aplikasi Perdagangan Terbaik". Pengiktirafan ini menonjolkan komitmen Vantage untuk memberikan pengalaman perdagangan premium yang disokong oleh teknologi termaju, ketelusan dan kepelbagaian produk.
Bagi meraikan kejayaan pameran ini dan berhubung dengan pihak berkepentingan industri, Vantage menganjurkan Pesta Koktel yang tidak dapat dilupakan dengan kehadiran lebih 100 tetamu. Malam itu merupakan suatu perayaan sebenar terhadap komuniti, menampilkan muzik saksofon secara langsung, mariachi, pertunjukan tarian alebrijes yang memukau, set DJ yang bertenaga dan pengalaman mixologi yang meriah.
"Kami benar-benar berbangga dengan apa yang telah kami capai di iFX Expo Mexico LATAM 2025," kata Alejandro Zelniker. "Bermula dengan memenangi anugerah-anugerah utama hinggalah berkongsi kepakaran kami dan berhubung dengan pemimpin yang paling berpengaruh di rantau ini. Kami teruja dengan apa yang menanti di hadapan."
Penyertaan Vantage di iFX Expo Mexico LATAM 2025 mencerminkan komitmen jenama ini untuk berhubung dengan komuniti fintech yang lebih luas, berkongsi sumber pendidikan dan menyokong dialog industri.
Untuk kekal berhubung dengan kemas kini Vantage, ikuti saluran rasmi kami atau kunjungi www.vantagemarkets.com.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih pintar @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.