omniture

Sycomp Perluaskan Lokasi dan Kapasiti Gudang untuk Menyokong Pelanggan Global

Sycomp
2025-05-07 08:21 90

FOSTER CITY, California, 7 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Sycomp A Technology Company, Inc. hari ini mengumumkan peluasan operasi globalnya dengan pembukaan lokasi baharu di Jerman, Iceland, Nigeria, Arab Saudi, Sepanyol, Sri Lanka dan Uruguay. Pada masa yang sama, syarikat turut meningkatkan kapasiti gudangnya di Amerika Syarikat dan Asia melebihi 50 peratus. Dengan peluasan ini, Sycomp kini beroperasi di 54 buah negara dan telah berjaya melaksanakan projek IT global di lebih 150 negara, menyokong organisasi multinasional serta penyedia teknologi terkemuka dan pengeluar peralatan asal (OEM).

"Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, Sycomp telah menggandakan operasinya dan membuka lokasi baharu secara strategik bagi menyokong pelanggan dan rakan kongsi kami di seluruh dunia," kata Michael Symons, Ketua Pegawai Eksekutif Sycomp. "Usaha peluasan berterusan kami membolehkan kami menyediakan penyelesaian IT global kepada pelanggan sambil membantu mereka mengurus kerumitan pertukaran mata wang asing dan logistik rantaian bekalan IT."

Sycomp meraikan ulang tahun ke-30 pada tahun 2024 dan telah berkembang secara organik, beralih daripada penjual semula IT serantau kepada salah satu penyedia penyelesaian IT global terkemuka. Selain usaha peluasan global, Sycomp turut melabur dalam pengukuhan amalan perkhidmatannya dengan penawaran baharu dalam bidang kecerdasan buatan (AI), perisian dan pembangunan tersuai, serta perkhidmatan terurus bagi pengurusan kitar hayat infrastruktur dan peranti hujung, di samping pelaburan berterusan dalam lapan Pusat Integrasi (IC) miliknya.

Maklumat tentang Sycomp A Technology Company, Inc. 
Sycomp ialah penyedia perkhidmatan IT dan logistik bertaraf global dengan kepakaran mendalam dalam penyelesaian awan, pusat data, pengurusan hujung ke hujung serta keselamatan. Pasukan perunding dan jurutera Sycomp yang pelbagai latar belakang merealisasikan misi syarikat untuk menangani projek IT global yang mencabar melalui pusat integrasi dan gudang berteknologi tinggi serta kerjasama strategik teknologi di seluruh dunia. Beribu pejabat di pusat Silicon Valley, California, Sycomp telah berjaya menghantar, melaksanakan dan mengurus projek IT yang kompleks serta aset sokongan di lebih 150 negara, membantu pelanggan Fortune 500 dan rakan kongsi global merealisasikan dunia tanpa sempadan.  Lawati sycomp.com untuk maklumat lanjut.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2338338/sycomp_logo_full_color_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Sycomp
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion