omniture

Vantage Memperkenalkan Kempen Yang Mempamerkan Perkongsian & Nilai Bersama dengan Scuderia Ferrari HP

Vantage
2025-05-07 15:26 83

PORT VILA, Vanuatu, 7 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets bangga untuk melancarkan kempen yang meraikan intipati perkongsian mereka dengan Scuderia Ferrari HP yang dibina berasaskan usaha dalam mengejar kecemerlangan, cita-cita, keghairahan dan inovasi. Kempen ini mempamerkan sinergi antara dua jenama, menonjolkan komitmen mereka untuk mencabar status quo dan kemajuan yang berterusan dalam industri masing-masing.

Vantage Unveils Campaign Showcasing Partnership & Shared Values with Scuderia Ferrari HP
Vantage Unveils Campaign Showcasing Partnership & Shared Values with Scuderia Ferrari HP

Usaha mengejar kecemerlangan, kejituan dan prestasi merupakan nadi bagi kedua-dua syarikat. Sama seperti pasukan Scuderia Ferrari HP yang mengusahakan setiap elemen pada kereta Formula 1 dengan teliti untuk mencapai kecekapan puncak, Vantage terus meningkatkan penawarannya untuk menyediakan pengguna dengan akses kepada platform yang lancar dan andal.

Cita-cita memacu kejayaan, sama ada mendominasi trek atau memberikan pengalaman yang cekap, kempen ini mencerminkan dorongan bersama Vantage dan juga Scuderia Ferrari HP untuk menerobos batasan, menyahut cabaran dan menetapkan standard baharu untuk kecemerlangan.

Keghairahan merupakan kuasa yang mendorong inovasi dan kemajuan. Vantage bersatu dengan Scuderia Ferrari HP menerusi keghairahan yang berakar umbi untuk bidang masing-masing. Kempen ini merangkumkan semangat dan dedikasi yang tidak henti-henti ini untuk mentransformasikan visi mereka menjadi kenyataan.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif di Vantage Markets, menyatakan semangatnya: "Di Vantage, kami berkongsi dedikasi Scuderia Ferrari HP terhadap kecemerlangan dan inovasi. Kempen ini mencerminkan nilai bersama kami—kecemerlangan, keghairahan, cita-cita dan inovasi. Kami bersama-sama berusaha untuk menerobos sempadan dan membaktikan diri kami kepada kemajuan yang berterusan."

Tatkala kempen ini berlangsung, peminat boleh menantikan kandungan eksklusif, pengalaman imersif dan pengaktifan unik yang menghidupkan perkongsian ini. Kekal berhubung untuk mendapatkan lebih banyak perkembangan terkini mengenai Perkongsian Vantage x Scuderia Ferrari HP, kunjungi Vantage Markets.

Latar Belakang Vantage 

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memberikan pelanggan akses kepada peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @ vantage 

AMARAN RISIKO : CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

 

 

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology