omniture

Pameran Canton ke-137 Labuh Tirai dengan Jayanya di Guangzhou dengan Bilangan Kehadiran Luar Negara Mencatat Rekod

Pameran Canton
2025-05-07 23:09 108

GUANGZHOU, China, 7 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-137 (Pameran Canton) melabuhkan tirai dengan jayanya pada 5 Mei, mencipta rekod baharu bagi kehadiran pembeli antarabangsa. Sehingga 4 Mei, sesi ini menarik minat 288,938 pembeli luar negara dari 219 negara dan wilayah, peningkatan 17.3% daripada sesi ke-135, dengan perjanjian eksport terhasrat mencecah $25.44 bilion, meningkat sebanyak 3%.

En. Zhou Shanqing, Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, menyatakan bahawa pasaran baru muncul kekal sebagai sumber pembeli terbesar dengan negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan menyumbang kepada 187,450 hadirin, pertumbuhan sebanyak 17.4%, menyumbang 64.9% daripada jumlah keseluruhan. Negara-negara BRICS menyumbang 72,417 pembeli lagi, meningkat 24.1%, manakala dari negara-negara anggota RCEP mencecah 64,808 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 6.9%. Di samping itu, Pameran ini mengalu-alukan delegasi yang besar daripada pelbagai institusi perniagaan, dengan 140 organisasi perniagaan menghadirinya, lantas mencerminkan pertumbuhan sebanyak 17.6%. Selain itu, penyertaan daripada syarikat-syarikat penyumberan multinasional yang terkemuka mencapai tahap tertinggi yang bersejarah, dengan sebanyak 376 syarikat terlibat.

Pameran ini turut menyaksikan pertumbuhan yang mantap dalam perjanjian eksport terhasrat, dengan urus niaga dari negara-negara Jalur dan Jalan merangkumi lebih 60% daripada jumlah keseluruhan. Sumbangan penting ini menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan, manakala pasaran tradisional mengekalkan prestasi yang kukuh.

Satu lagi sorotan yang ketara ialah lonjakan dalam produk baharu yang menampilkan teknologi dan reka bentuk termaju memfokuskan pada penyelesaian tenaga hijau dan teknologi pintar yang menarik perhatian yang cukup besar dalam kalangan hadirin. Lebih 4.55 juta produk dipamerkan termasuk 1.02 juta item baharu berserta 880,000 produk hijau dan rendah karbon serta 320,000 produk pintar. Zon Robot Perkhidmatan yang baru ditubuhkan khususnya menjadi amat popular, mempamerkan lebih 500 jenis robot daripada 46 syarikat robot yang terkemuka di China.

Pavilion antarabangsa Pameran ini juga sama berjaya. Antara 736 syarikat dari 50 negara dan wilayah, 67% daripadanya adalah dari negara-negara Jalur dan Jalan. Telahpun memasang hasrat untuk menjalin kerjasama dengan banyak pembeli Cina, syarikat-syarikat yang mengadakan pameran dari Rusia, Thailand dan Turkiye melaporkan hasil yang berjaya dan produk mereka dijangka menembusi pasaran China dengan pantas.

Di samping itu, sejumlah 1,206 aktiviti promosi perdagangan telahpun diadakan semasa sesi ini yang menumpukan kepada topik-topik sohor kini dalam perdagangan antarabangsa. Ini termasuk 438 aktiviti Koleksi Baharu Pameran Canton, 734 acara pemadanan "Trade Bridge", 19 forum industri dan banyak lagi.

Pameran Canton ke-138 akan diadakan mulai 15 Oktober hingga 4 November 2025 di Guangzhou. 

 

 

 

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news