omniture

LONGi dan ENGIE Jalin Perkongsian Berkuasa Dorong Inovasi Solar dengan Teknologi BC Hi-MO 9

LONGi
2025-05-07 23:14 16

Kolaborasi Global Mempercepatkan Penggunaan Solar Berskala Utiliti dengan Teknologi Sentuh Belakang Disruptif

PARIS, 7 Mei 2025 /PRNewswire/ -- LONGi, sebuah syarikat teknologi solar yang terkemuka di dunia, telahpun mencapai perjanjian penting dengan ENGIE, kumpulan tenaga global yang terkenal, untuk menggunakan modul Hi-MO 9 termajunya untuk projek-projek solar skala utiliti utama di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Kolaborasi ini menyaksikan detik penting dalam evolusi tenaga solar berskala besar, menonjolkan pengiktirafan industri yang semakin meningkat terhadap teknologi sentuh belakang (BC) sebagai penyelesaian pengubah keadaan untuk pemasangan tenaga boleh baharu yang berprestasi tinggi.

LONGi and ENGIE Forge Powerful Partnership to Drive Solar Innovation
LONGi and ENGIE Forge Powerful Partnership to Drive Solar Innovation

Mengapa Hi-MO 9 Berbeza Sama Sekali

Perkongsian penting antara LONGi dan ENGIE ini menggariskan potensi transformatif modul Hi-MO 9 yang dikuasakan oleh teknologi BC termaju. Modul Hi-MO 9 LONGi dengan kuasa tertinggi 670W, kecekapan besar 24.8% dan kedwimukaan yang unggul sehingga 80%, menonjolkan lonjakan ke hadapan dalam inovasi fotovolta. Dengan menempatkan semula semua elektrod sel pada bahagian belakang modul, reka bentuk revolusioner ini menghapuskan kehilangan teduhan dan memaksimumkan tangkapan cahaya, lalu menghasilkan kecekapan penukaran yang utama dalam industri. Tambahan pula, reka bentuk ini meningkatkan prestasi pekali suhu, memastikan output kuasa yang konsisten biarpun dalam keadaan persekitaran yang mencabar. Digabungkan dengan standard kualiti ketat LONGi, Hi-MO 9 menawarkan pembangun dengan keandalan yang tiada tandingan dan pulangan jangka panjang yang optimum.

Kolaborasi antara LONGi dan ENGIE ini dijangka akan mentakrifkan semula standard kecekapan, ketahanan dan kemampanan dalam sektor solar.

"Pemilihan Hi-MO 9 oleh ENGIE merupakan bukti pengiktirafan sektor tenaga global terhadap teknologi BC sebagai perbatasan terunggul dalam inovasi solar." Menurut Dennis She, Naib Presiden LONGi. "Kolaborasi LONGi dengan ENGIE menetapkan penanda aras baharu untuk penggunaan solar berskala utiliti di seluruh dunia. Perkongsian ini mengesahkan sekali lagi komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian yang mentakrifkan semula kecekapan, ketahanan dan kemampanan."

"Bagi ENGIE, perkongsian dengan LONGi ini mencerminkan komitmen kami untuk menerajui peralihan tenaga global melalui penggunaan penyelesaian termaju, inovatif dan mampan. Perjanjian kolaborasi ini akan menjadi model untuk pembangunan solar berskala besar di Timur Tengah dan Afrika Utara, lalu memacu kemajuan ke arah masa depan neutral-karbon," kata François-Xavier BOUL, Pengarah Urusan ENGIE Renewables & Batteries MENA.

Kolaborasi ini mencerminkan dedikasi LONGi untuk mengharmonikan kemajuan teknologi dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Ketumpatan kuasa tinggi modul Hi-MO 9 mengoptimumkan penggunaan tanah, seterusnya menyumbang kepada amalan pembangunan yang lebih mampan. LONGi dan ENGIE komited untuk mendukung protokol alam sekitar yang ketat sepanjang kitaran hayat projek.

 

Source: LONGi
Related Stocks:
Shanghai:601012 Shanghai:601012.SS
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts