MUNICH, 8 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di Intersolar Europe 2025, Huawei Digital Power menganjurkan majlis Pelancaran Strategi & Produk Baharu FusionSolar di bawah tema "PV & ESS Pintar: Memperkasakan Masa Depan Pembentukan Grid" ("Smart PV & ESS: Powering a Grid Forming Future"). Dengan mengalu-alukan sekitar 300 pelanggan dan rakan kongsi global, pelancaran ini mengetengahkan pembentukan grid semua-senario dan pembangunan berkualiti tinggi, memperkenalkan produk dan penyelesaian ESS pembentuk grid generasi seterusnya untuk aplikasi utiliti, mikrogrid, C&I dan kediaman. Pelancaran ini mendorong industri tenaga boleh baharu menuju era pembentukan grid.
Steven Zhou, Presiden Barisan Produk PV & ESS Pintar, Huawei Digital Power, mengumumkan matlamat strategik untuk mengintegrasikan teknologi "4T" (bit, watt, haba dan bateri) bagi membina infrastruktur tenaga untuk sistem kuasa baharu. Beliau turut memperkenalkan tiga saranan nilai utama: pembentukan grid semua-senario, keselamatan sel-ke-grid dan "satu sepadan dengan semua" bagi mempercepat pembangunan sistem kuasa baharu yang dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga boleh baharu.
Huawei FusionSolar berusaha untuk menyampaikan penyelesaian yang berkualiti tinggi dan memupuk ekosistem terbuka. Ia menyediakan penyelesaian yang lebih kompetitif untuk pelanggan dan membawa lebih banyak peluang pembangunan kepada rakan kongsi, lalu memacu pembangunan industri yang berkualiti tinggi.
Steve Zheng, Presiden Perniagaan ESS Pintar, Huawei Digital Power, melancarkan Platform ESS Pembentuk Grid Rentetan Pintar semua-senario generasi seterusnya yang melibatkan utiliti baharu dan ESS Pembentuk Grid Rentetan Pintar C&I. Direka untuk mengatasi cabaran dalam integrasi grid boleh baharu dan keselamatan ESS, Platform ESS Pembentuk Grid Rentetan Pintar Huawei menawarkan pembentukan grid semua-senario, keselamatan sel-ke-grid, keberkesanan kos kitaran hayat penuh dan pendigitalan pautan penuh. Platform ini mentakrifkan standard emas bagi keupayaan pembentukan grid: ESS pembentuk grid boleh mencapai penyesuaian dengan sebarang status SOC BESS, sebarang SCR grid dan pada bila-bila masa dan dalam masa yang sama menyokong evolusi sistem bagi meningkatkan grid kuasa masa depan.
Penyelesaian ini sudahpun diaplikasikan pada projek ESS 1.3 GWj dan PV 400 MW di destinasi Laut Merah, Timur Tengah. Projek ini merupakan mikrogrid PV+ESS yang terbesar di dunia, membekalkan kuasa kepada bandar tersebut dengan 100% tenaga boleh baharu. Mikrogrid berjalan dengan stabil selama lebih daripada 18 bulan, yang mana sepanjang tempoh ini ia menyediakan lebih daripada 1 bilion kWj elektrik hijau. Projek PV 30 MW dan ESS 6 MW/24 MWj di wilayah Ngari, China, menggunakan Penyelesaian PV+ESS Pintar daripada Huawei. Loji janakuasa pembentuk grid sepenuhnya ini terletak pada altitud tinggi (kira-kira 4,600 m) dengan suhu yang sangat rendah dan keadaan grid yang lemah. Output kuasa PVnya boleh ditingkatkan daripada 1.5 MW kepada 12 MW, lalu meningkatkan integrasi PV sebanyak 75%. Menurut statistik loji ini, ESS menyediakan sokongan grid lebih daripada 30 kali dalam tempoh 10 hari. ESS Pembentuk Grid Rentetan Pintar Huawei memperoleh lebih banyak nilai daripada storan tenaga melalui teknologi elektronik kuasa, serta memastikan keselamatan dan kestabilan grid melalui kecerdasan digital. Ia membuka lembaran baharu bagi tenaga boleh baharu pembentuk grid di seluruh dunia.
Di samping itu, Huawei Digital Power mentakrifkan semula keselamatan ESS dengan enam reka bentuk keselamatan sel-ke-grid bagi menaik taraf perlindungan keselamatan daripada peringkat-bekas konvensional kepada peringkat-pek yang lebih terperinci, memastikan perlindungan yang lebih selamat untuk ESS. Digabungkan dengan diagnosis sistem pengurusan bateri (BMS) berbilang dimensi, pautan penuh dan pintar, keupayaan keselamatan proaktif sistem ini benar-benar bertambah baik, melindungi perkembangan industri storan tenaga yang sihat.
SUN POWER, Presiden Perniagaan PV & ESS Kediaman, Huawei Digital Power, melancarkan Penyelesaian Pengurusan Tenaga Rumah 6.0 baharu yang merangkumi penjanaan kuasa hijau dan penggunaan tenaga pintar, menjadi peneraju dalam pengurusan tenaga rumah. Penyelesaian ini termasuk rangkaian penuh produk baharu, seperti ESS LUNA S1-7kWh kediaman. ESS mempunyai waranti 15 tahun yang utama dalam industri, lebih 40% lagi tenaga boleh guna berbanding purata industri dan pengembangan kapasiti atas permintaan sehingga 252 kWj. Ia juga dapat mencapai penyesuaian dengan pelbagai jenis senario C&I kediaman dan bersaiz kecil. Penyelesaian PV+ESS kediaman Huawei, dengan adanya keupayaan teknikalnya yang kukuh, menjadi pilihan untuk 3.9 juta isi rumah dan 30,000 pemasang di seluruh dunia. Bermula daripada rumah sifar karbon di Itali hinggalah bandar PV di Sweden, penyelesaian ini bersifat optimum untuk tujuan kebebasan tenaga rumah dan perkongsian tenaga komuniti.
Huawei FusionSolar komited kepada matlamat strategik untuk membentuk semula standard pembentukan grid semua-senario. Huawei menyediakan pelanggan dan rakan kongsi global dengan penyelesaian pembentukan grid sepenuhnya dan PV+ESS pintar berkualiti tinggi yang melangkaui jangkaan, lantas mempercepat peralihan tenaga global dan pembinaan sistem kuasa baharu.