SYDNEY, 8 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Ikon-ikon televisyen Nick Offerman dan Megan Mullally akan muncul di atas pentas bersama-sama buat julung kalinya di Australia sempena Vivid Sydney 2025, festival kesenian dan kebudayaan yang terbesar di Hemisfera Selatan.
Pasangan komedi suami isteri ini akan mempersembahkan Unscripted & Unfiltered with Nick Offerman & Megan Mullally di International Convention Centre Sydney pada hari Sabtu, 14 Jun, mengakhiri sambutan 23 hari festival kreativiti dan inovasi ini.
Dikenali di peringkat global atas peranan ikonik mereka masing-masing sebagai Ron Swanson dalam Parks and Recreation dan Karen Walker dalam Will & Grace, Offerman dan Mullally akan terlibat dalam perbualan terbuka yang dimoderasikan oleh siarawan Australia Zan Rowe. Pasangan ini akan membincangkan tentang kerjaya individu, perkongsian dan tugas aktivisme mereka dalam isu alam sekitar.
Berhubung lawatan pasangan ini ke Harbour City, Nick Offerman berkata "Saya dan Megan berasa sangat gembira dapat kembali ke bandar ini sempena Vivid Sydney bahkan juga untuk mengulangi sesi intim kami di atas Jambatan Pelabuhan Sydney. Setelah dapat mengungkap dan mengulang semula tenaga daripada sesi itu, kami teruja untuk memindahkan tenaga yang tidak terurus ini kepada audiens Vivid Sydney. Datanglah untuk anekdot dan nafsu berahi berunsurkan burlesk dalam setiap untaian kata kami, kemudian regangkan tubuh anda sebelum pulang ke rumah kerana akan ada aksi bercumbu-cumbuan dan bermesra-mesraan".
Pengarah Festival Vivid Sydney, Gill Minervini berkata, "Kami tidak boleh membiarkan Vivid Sydney berlangsung pada tahun ini tanpa menyajikan pengunjung dengan segmen khas dalam komedi. Nick dan Megan ialah salah satu pasangan yang paling lucu di dunia ini dan perbualan ini dirancang untuk mempunyai bahagian yang tidak dapat diramalkan dan menggelikan hati. Mengukuhkan barisan Vivid Sydney 2025 bersama-sama ikon gaya hidup Martha Stewart dan Nigella Lawson yang mengagumkan, festival ini sememangnya menyajikan sesuatu untuk semua orang."
Setiap episod dalam siri ikonik Will & Grace serta Parks and Recreation tersedia untuk distrim melalui Stan, perkhidmatan penstriman terkemuka Australia dan Rakan Sokongan Vivid Sydney 2025.
Tiket mula dijual pada hari Jumaat, 9 Mei jam 9:00 pagi AEST di vividsydney.com.
Latar Belakang Vivid Sydney
Vivid Sydney, festival pelbagai bentuk seni yang terkemuka di Hemisfera Selatan, mentransformasikan Sydney menjadi sebuah hab kreativiti, inovasi dan hubungan komuniti yang meriah. Sepanjang 23 malam, pemasangan cahaya, muzik, idea dan makanan memberi inspirasi kepada khalayak global dan mendorong pertukaran budaya. Tema tahun 2025, 'Mimpi' ('Dream') mencetuskan imaginasi dan penglibatan, menarik minat pengunjung dan memacu pertumbuhan ekonomi. Dimiliki dengan bangganya oleh Destination NSW, Vivid Sydney memaparkan kerancakan budaya NSW dan memberi kedudukan kepadanya sebagai peneraju global dalam inovasi artistik.