omniture

Pulau Yas Meraikan Pengumuman Taman Tema Disney dengan Pertunjukan Drone Rekod, Penerangan Mercu Tanda, Persembahan Langsung dan Pertunjukan Kembang Api yang Mengagumkan

Yas Island
2025-05-09 14:52 89
  • Lebih daripada 9,000 dron menyinari langit Pulau Yas sebagai perayaan pengumuman bersejarah mengenai destinasi resort taman tema Disney pertama di Timur Tengah.
  • Selebriti Global - Tyrese Gibson, Naomi Campbell, Nancy Ajram, Chiara Ferragni dan Ed Westwick menyertai sambutan pada hari Rabu 7 Mei di Pulau Yas
  • Para tetamu dihiburkan dengan persembahan langsung yang menampilkan pemain piano terkenal dunia, Lang Lang, bersama ikon Emirati yang disayangi, Rashed Alnuaimi, Kerry Ellis dan Sonya Balsara.
  • Mercu tanda ikonik UAE termasuk Burj Khalifa dan Aldar HQ diterangi dengan visual yang memukau

Muat turun video persembahan sambutan di sini 
Muat turun imej yang beresolusi tinggi di sini 

ABU DHABI, UAE, 9 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Sejarah tercipta malam tadi apabila Miral dan The Walt Disney Company merayakan pengumuman rasmi destinasi resort taman tema Disney pertama di Timur Tengah dan Afrika dengan pertunjukan dron yang mencatatkan rekod sebanyak 9,000 drone dan pertunjukan bunga api yang mengagumkan. Pertunjukan yang berlangsung di Yas Links itu juga menampilkan persembahan langsung oleh pemain piano terkenal dunia, Lang Lang, bersama penyanyi ikonik Emirati, Rashed Alnuaimi, ratu West End, Kerry Ellis dan sensasi klasik, Sonya Balsara.

Yas Island Celebrates Disney Theme Park Resort Show
Yas Island Celebrates Disney Theme Park Resort Show

Sambutan yang bergemerlapan ini turut menarik selebriti global termasuk Tyrese Gibson, Naomi Campbell, Nancy Ajram, Chiara Ferragni dan Ed Westwick, bersama para pembesar, pemimpin industri hiburan, serta rakan media terkemuka, yang semuanya berhimpun untuk menyaksikan pelancaran apa yang dijanjikan sebagai satu babak yang akan mengubah landskap legasi Disney dan dalam evolusi Pulau Yas sebagai destinasi hiburan global.

Dengan latar belakang pemandangan menakjubkan di pesisir Pulau Yas, langit menjadi hidup dengan pertunjukan cahaya dron terbesar yang pernah diadakan di rantau ini, melambangkan semangat imaginasi yang mendefinisikan kedua-dua jenama tersebut. Projek destinasi baharu ini akan menjadi resort taman tema ketujuh Disney di seluruh dunia dan yang pertama di Timur Tengah, menghubungkan pengembara dari Timur Tengah ke Afrika, India, Asia, Eropah dan seterusnya.

Meraikan pengumuman tersebut, mercu tanda di seluruh UAE, termasuk Burj Khalifa dan Aldar HQ, disinari dengan pertunjukan cahaya yang mengagumkan, diilhamkan oleh keajaiban Disney. Di Abu Dhabi, bangunan ikonik turut diterangi dengan cahaya biru, menandakan permulaan babak luar biasa dalam hiburan dan pelancongan.

Resort yang akan datang ini menjanjikan gabungan sempurna antara penceritaan legenda Disney dan tarikan-tarikannya dengan budaya dinamik Abu Dhabi, garis pantai yang memukau dan seni bina ikonik. Resort baharu ini akan dibangunkan dan dibina sepenuhnya oleh Miral. Disney dan Imagineers lagendanya akan memimpin reka bentuk kreatif dan pemantauan operasi untuk memberikan pengalaman bertaraf dunia.

Pengumuman sambutan ini bukan sahaja menandakan satu pencapaian besar untuk Miral dan Disney, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Pulau Yas sebagai pusat hiburan, pelancongan, dan rekreasi global.

Butiran tentang resort baharu ini akan diumumkan seiring dengan perkembangan projek tersebut.

Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2682619/Yas_Island_Disney_Park_Show.jpg?p=medium600
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2682620/Yas_Island_Disney_Park_Show_2.jpg?p=medium600
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2682621/Yas_Island_Disney_Park_Show_3.jpg?p=medium600

Yas Island Celebrates Disney Theme Park Resort Show
Yas Island Celebrates Disney Theme Park Resort Show

 

Yas Island Celebrates Disney Theme Park Resort Show
Yas Island Celebrates Disney Theme Park Resort Show

 

Source: Yas Island
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Hotels and Resorts Travel New products/services