omniture

Huawei: Memastikan Bandar Bergerak, Mengamplifikasi Kecerdasan Kereta Api Bandar

HUAWEI
2025-05-10 01:53 17

HONG KONG, 10 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Kereta Api Bandar Pintar Huawei yang bertemakan "Maju ke Hadapan Dengan Penumpuan Awan-Rangkaian dan Pengupayaan Data & AI untuk Kereta Api Bandar Pintar" ("Steaming Ahead with Cloud-Network Convergence and Data & AI Enablement for Smart Urban Rail") telahpun diadakan di Hong Kong, China.

Thomas Xu, Naib Presiden Unit Perniagaan (BU) Pengangkutan Pintar Huawei dan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Jualan Rakan Kongsi BU menekankan kepentingan dalam mengenal pasti maklumat, digital dan teknologi pintar yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan perkhidmatan tertentu.

Dr. Tony Lee Kar-yun, Pengarah Operasi dan Inovasi di MTR, percaya bahawa integrasi sumber digital dan aplikasi AI yang inovatif dapat meningkatkan kecekapan operasi dan pengalaman penumpang, serta menegaskan bahawa integrasi ini akan menjadi asas untuk pengangkutan bandar yang lebih cekap dan kehidupan masyarakat yang lebih selesa.

En. Xi Xiaodong, Ketua Jurutera Shanghai Rail Transit Maintenance Support Co., Ltd., menekankan keperluan untuk pengendali metro mengintegrasikan sumber luar dan meningkatkan keupayaan teras dalaman sekiranya mereka ingin mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi.

Nelson Huang, Pengarah Perniagaan Kereta Api bagi BU Pengangkutan Pintar Huawei, menyatakan bahawa Huawei mengintegrasikan ICT yang inovatif seperti awan, data raya, 5G, AI dan IoT berdasarkan asas digital dan pintar untuk kereta api bandar.

En. Xiong Xinbin, Ketua Pegawai Eksekutif Bergilir dan Naib Presiden Kanan Beijing Railway Institute of Mechanical & Electrical Engineering (BRI) menyatakan bahawa mereka menggunakan model Pangu untuk memperkasakan pengangkutan kereta api, memanfaatkan Ascend dan Kunpeng bagi meletakkan asas data yang kukuh serta mengintegrasikan AI untuk membangunkan platform O&M pintar yang komprehensif.

Semasa salon perbincangan meja bulat susulan, En. Ji Kun, Pengarah Penyelesaian Kereta Api Luar Negara BU Pengangkutan Pintar Huawei; Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman, Pengerusi Malaysian Rail Industry Corporation (MARIC); Chan Hing-keung, Ketua Perkhidmatan & Inovasi Kejuruteraan Operasi di MTR; En. Xi Xiaodong, Ketua Jurutera Shanghai Metro Maintenance and Support; En. Xiong Xinbin, Ketua Pegawai Eksekutif Bergilir dan Naib Presiden Kanan BRI; dan David Xu, Naib Presiden BU Pengangkutan Pintar Huawei dan Pengarah Jabatan I&V Pembangunan Penyelesaian BU — menyelami senario pengupayaan teknologi, masalah utama transformasi, perlombongan nilai data dan penaiktarafan pengalaman pengguna.

Huawei memenuhi keperluan lebih daripada 300 landasan kereta api bandar di lebih 70 bandar di seluruh dunia. Melangkah ke hadapan, Huawei akan mempererat kerjasama bersama rakan kongsi industri dengan berpegang teguh secara konsisten kepada prinsip "keterbukaan, kerjasama dan kejayaan bersama". Syarikat ini berazam untuk merealisasikan perjalanan yang mudah dan logistik yang lancar, di samping pengangkutan digital dan pintar.

 

 

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Transportation Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things