OSAKA, Jepun, 9 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Dari 8 hingga 10 Mei, Minggu Beijing di Pavilion China sempena Ekspo 2025 Osaka telah berlangsung di Taman Ekspo. Bertemakan "Beautiful Beijing Shining at the Expo" ("Beijing Indah Bersinar di Ekspo") acara ini menyerlahkan kekayaan elemen budaya China serta keunikan bandar raya tersebut sebagai ibu negara.
Di upacara pembukaan, persembahan tarian yang meriah berlangsung di hadapan pintu masuk utama Pavilion China, diikuti dengan dendangan kolektif Welcome to Beijing yang dinyanyikan secara beramai-ramai di seluruh lokasi acara. Artis-artis berbangsa China dan Jepun mengadakan persembahan bersama-sama di atas pentas, lantas mewujudkan suasana yang rancak dan meriah. Satu siri acara utama turut diketengahkan - termasuk Promosi Budaya dan Pelancongan "Hello, Beijing" ("Hai, Beijing"), Acara Promosi Khas "Invest in Beijing, Win the Future" ("Melabur di Beijing, Menangi Masa Depan") di Osaka dan Forum Tenaga Baharu Bandar 2025 - menonjolkan sumber Beijing yang sangat banyak, dasar mesra perniagaan dan persekitaran pelaburan yang menarik, seterusnya menawarkan begitu banyak peluang kerjasama. Di acara "Invest in Beijing, Win the Future" ("Melabur di Beijing, Menangi Masa Depan") , tiga industri yang utama iaitu bio-perubatan dan kesihatan, tenaga maju serta pembuatan canggih, dipromosikan bersama-sama dengan pembangunan Bandar Sains Masa Depan yang terletak di Daerah Changping Beijing, seterusnya memupuk kerjasama dan pertukaran antara perusahaan China dan Jepun.
Di acara "Brushing Together - Chinese and Japanese Calligraphers Ink Up" ("Menggunakan Berus Kaligrafi Bersama-sama - Ahli Kaligrafi China dan Jepun Bersedia Menulis Kaligrafi"), ahli-ahli kaligrafi dari kedua-dua negara berkongsi pentas, menggunakan berus dan dakwat bagi meraikan persahabatan yang terjalin lama antara rakyat kedua-dua negara antara orang China dan Jepun. Pameran Paksi Pusat Beijing menawarkan pengunjung dengan pengalaman imersif landskap budaya panoramik terhadap tapak Warisan Dunia UNESCO ini. Pameran Fotografi "Hello, Beijing" ("Hai, Beijing") mengabadikan kisah-kisah ibu kota tersebut melalui lensa, memaparkan kekayaan sumber budaya dan pelancongan bandar berkenaan. Para pengunjung turut berpeluang mengalami secara interaktif warisan budaya tidak ketara tradisional China, termasuk pemodelan doh, Has' Kite dan pembuatan berus tradisional oleh Yubi Fang (Imperial Brush Workshop), serta persembahan berskala kecil seperti Kunqu Opera Legend of the White Snake: Touring the West Lake ("Legenda Ular Putih: Menjelajah Tasik Barat"). Tempat-tempat foto bertema yang menampilkan watak-watak seperti LABUBU membawa tetamu selanjutnya untuk meneroka dan berinteraksi dengan daya tarikan ibu kota China.
Memandang ke hadapan, Pavilion China akan terus menganjurkan puluhan persembahan bertema yang menarik tentang wilayah, wilayah autonomi dan bandar-bandar di China, di samping pelbagai acara pertukaran budaya serta Hari Bertema Perusahaan yang akan berlangsung dalam minggu-minggu mendatang.