omniture

Shanghai Electric Menerangi Intersolar Europe 2025, Dorong Transformasi Tenaga Global dengan Rangkaian Penuh Penyelesaian Tenaga Baharu Inovatif

Shanghai Electric
2025-05-11 00:52 15

Syarikat memperkenalkan hasil tenaga fotovolta dan hidrogen yang berinovasi secara kolaboratif berserta penyelesaian storan tenaga di Munich, mempercepat langkah Eropah ke arah keneutralan karbon

MUNICH, 11 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) sekali lagi membuatkan pengunjung berasa kagum di Intersolar Europe tahun ini, pameran yang terkemuka di dunia untuk industri solar yang diadakan di Munich mulai 7-9 Mei. Syarikat ini mempamerkan penyelesaian dalam pelbagai bidang, termasuk tenaga solar dan hidrogen serta storan tenaga. Dengan menggunakan penyelesaiannya yang bersesuaian dan bersetempat dengan teknologi canggih, ia menunjukkan laluan yang cekap bagi mencapai transformasi tenaga hijau Eropah dan berkolaborasi dengan peneraju industri global bagi mewujudkan rangka tindakan demi masa depan karbon sifar.

Keneutralan karbon ialah matlamat strategik yang utama dan misi yang akan mengambil tindakan bersepadu dari seluruh dunia. Shanghai Electric komited untuk menghubungkan dunia dengan teknologi inovatif, menggalakkan aplikasi tenaga hijau berskala besar dan menjadikan kepakaran Cina sebagai kuasa utama untuk mencapai pembangunan mampan global.

Menyaksikan kemajuan besar dalam teknologi hidrogen hijau, Shanghai Bright-H Technology, subsidiari Shanghai Electric, melancarkan alat elektrolisis siri Bristack® generasi baharunya. Diperakui oleh TÜV Rheinland, barisan produk ini termasuk model beralkali 100-3000Nm³/j dan model PEM 10-400Nm³/j. Menampilkan teknologi transmisi gas-cecair yang cekap, alat elektrolisis ini menawarkan ketumpatan arus yang tinggi, penggunaan tenaga yang rendah, peraturan beban yang luas dan tindak balas pantas, lalu mencapai kecekapan pengeluaran hidrogen yang utama dalam industri. Dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 1 gigawatt untuk alat elektrolisis beralkali dan 200 megawatt untuk alat elektrolisis PEM, penggunaan hidrogen hijau berskala besar kini lebih mampu dilaksanakan.

Tawaran fotovolta yang terkini daripada Shanghai Electric termasuk modul heterosimpang siri Creator 210R yang memberikan kuasa 640W dengan kedwimukaan 90%. Modul berkesan kos TOPCon dan modul fotovolta bersepadu bangunan berwarna (BIPV) Syarikat ini memenuhi pelbagai permintaan pasaran. Penyelesaian tapak pembinaan mampan modularnya meningkatkan bekalan tenaga rendah karbon, meningkatkan kecekapan pemasangan sebanyak 50% dan sesuai dengan senario pusingan balik yang pantas. Terdiri daripada lima modul, termasuk pendakap tunggal dan bumbung BIPV, sistem ini cepat dipasang dengan bolt atau skru swaulir dan membolehkan pengembangan yang fleksibel.

Di Intersolar Europe 2025, Shanghai Electric menonjolkan kemajuannya dalam inovasi kolaboratif dalam fotovolta, hidrogen dan storan tenaga, seiring dengan integrasi peralatan canggih dengan tenaga pintar. Sistem berbilang tenaga Syarikat ini yang menggabungkan penyelesaian storan solar dan hidrogen, direka untuk mengoptimumkan pelaburan dan kos pengendalian. Sistem pendakap dan penjejakan Shanghai Electric yang fleksibel juga memberikan nilai kepada tanah terbiar, manakala perkhidmatan kitaran hayat penuhnya membantu memastikan manfaat projek dalam tempoh jangka panjang dan kecekapan tenaga yang dipertingkat.

Dengan memanfaatkan kepakaran dan penyesuaiannya dengan keadaan tempatan, Shanghai Electric membuktikan keupayaannya untuk mendorong peralihan tenaga hijau Eropah ke arah emisi sifar bersih menjelang tahun 2050. Di United Kingdom, Syarikat ini membangunkan, membina dan mengendalikan sendiri lapan projek fotovolta yang membawakan storan tenaga 220MWj, dengan 100MWj sudahpun beroperasi. Usaha ini dijangka akan dapat mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak kira-kira 112,000 tan setiap tahun.

Di tempat lain, projek fotovolta di Romania, yang dibina dan dikendalikan dengan penyertaan daripada Shanghai Electric, mampu membekalkan elektrik hijau kepada lebih 120,000 isi rumah setelah siap. Loji Janakuasa Terma Pancevo di Serbia, direka dengan mematuhi sepenuhnya piawaian Eropah dan dibangunkan oleh Shanghai Electric, telah menjana jumlah kumulatif melebihi 950 juta kilowatt-jam elektrik sejak penjayaannya, seterusnya mengurangkan kekangan bekalan kuasa tempatan dengan berkesan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shanghai Electric, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 Shanghai:601727 Shanghai:601727.SS
Keywords: Alternative Energies Broadcast Technology Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news