YIBIN, China, 8 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Kaiyi Auto telahpun berjaya mengadakan Persidangan Perniagaan Globalnya pada 28 April. Bertemakan "BERLAYAR DEMI MASA DEPAN" ("SAIL FOR FUTURE") yang diadakan secara besar-besaran di Yibin, China dan menghimpunkan hampir 200 pengedar dari lebih 50 negara dan wilayah. Pada kesempatan ini, Kaiyi Auto mengumumkan strategi baharunya untuk pasaran global.
Semasa persidangan ini, Jia Yaquan, Pengerusi Kaiyi Auto, memberi sambutan penuh mesra kepada para hadirin dan menggariskan strategi pengantarabangsaan lima tahun syarikat ini dalam ucapannya.
Hu Jun–Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Kaiyi Auto, membuat susunan yang lebih terperinci dalam ucapan berikut: "Demi merealisasikan matlamat untuk meningkatkan volum pengeluaran dan jualan tahunan daripada 60,000 kepada 500,000, Kaiyi Auto harus berpegang pada pelan '55511'nya, memfokuskan pada perniagaan terasnya, mengukuhkan imej jenama dan komited kepada pembangunan jangka panjang." Pelan '55511' merujuk kepada 5 sasaran Kaiyi Auto menjelang tahun 2030: mencapai volum pengeluaran dan jualan tahunan sebanyak 500,000 kenderaan; nilai keluaran sebanyak 50 Bilion CNY; keuntungan dan cukai sebanyak 5 Bilion CNY secara serentak; kenderaan tenaga baharu menyumbang separuh daripada jumlah jualan; dan lebih separuh daripada jualan datangnya daripada eksport.
Timbalan Pengurus Besar Kaiyi Auto, Jiang Sheng berkata Kaiyi Auto akan melancarkan lima model baharu dalam tempoh lima tahun akan datang serta mengemas kini model-model semasa.
En. Jiang turut menekankan bahawa bagi pengeluaran dan jualan, Kaiyi Auto merancang untuk mewujudkan struktur pengeluaran 6 CKD + 13 SKD menjelang tahun 2030, dengan kapasiti pengeluaran tahunan melebihi 300,000 unit. Dengan berkembang ke lebih 80 negara dan wilayah yang disokong oleh lebih 1,000 cawangan jualan dan perkhidmatan, Kaiyi Auto bermatlamat untuk membina sistem rangkaian saluran untuk sasaran jualan tahunan pada 300,000 unit, seterusnya berusaha untuk menduduki kedudukan antara 10 jenama kereta China teratas dalam eksport.
"Lima tahun yang akan datang akan menjadi tempoh pengembangan yang pesat, inovasi dan kejayaan bersama," kata Han Ren, timbalan pengurus besar Kaiyi Auto dan Pengurus Besar Syarikat Perdagangan Antarabangsa Kaiyi Auto.
Persidangan ini merupakan satu peristiwa penting dalam pengantarabangsaan Kaiyi Auto. Melangkah ke hadapan, Kaiyi Auto akan berganding bahu dengan rakan kongsi global bagi membawa lebih banyak inovasi teknikal dan kerjasama perniagaan, mengundang lebih ramai pengguna antarabangsa untuk menghargai daya tarikan pembuatan dan produk pintar China.