omniture

Hikvision keluarkan laporan ESG 2024, realisasikan BERKEMBANG MAJU demi masa depan lebih baik

Hikvision Digital Technology
2025-05-12 19:34 7

HANGZHOU, China, 12 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Hikvision menerbitkan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2024 yang menandakan tujuh tahun berturut-turut berkongsi komitmen dan amalan ESGnya. Falsafah kelestarian BERKEMBANG MAJU (THRIVE) khususnya diperkenalkan buat julung kalinya. Berpandukan "Tech for Good", Hikvision menggariskan lima bidang tumpuan — Keharmonian, Keandalan, Integriti, Rantaian Nilai dan Alam Sekitar.

Hikvision releases 2024 ESG report, delivering THRIVE for a better future
Hikvision releases 2024 ESG report, delivering THRIVE for a better future

Dengan mengkaji semula dasar global, kriteria penarafan ESG dan perspektif pihak berkepentingan dengan teliti, Hikvision mengenal pasti 3 topik penting: 'Inovasi Teknologi', 'Keselamatan Siber dan Perlindungan Data' dan 'Tindak Balas terhadap Perubahan Iklim'.

Memacu kemajuan sosial melalui inovasi

Hikvision telah lama meninjau pendekatan inovatif untuk mengatasi cabaran sosial. Dalam tadbir urus bandar, Hikvision menyediakan penyelesaian pengurusan lalu lintas merentas lebih 300 bandar, mengoptimumkan aliran lalu lintas di lebih 53,000 persimpangan. Dalam pendigitalan industri, Hikvision bekerjasama dengan CHN Energy untuk membangunkan teknologi analisis kualiti arang batu pesat dwispektrum berskala besar, masa nyata dan tidak memusnah, bagi mengatasi batasan dalam kaedah-kaedah tradisional.

Menerusi STAR Program for Social Good, Hikvision memanfaatkan teknologinya untuk memelihara hidupan liar, alam sekitar dan budaya. Menjelang tahun 2024, Hikvision bekerjasama dengan lebih 30 NGO. Usaha yang ketara termasuk meningkatkan pencegahan kebakaran di Jambatan Lanxi, sebuah jambatan kayu purba yang dibina pada tahun1574 dan menaik taraf sistem pemerhatian di Kariega Game Reserve Afrika Selatan.

Meningkatkan keandalan keselamatan siber dan perlindungan data

Hikvision tekal mengutamakan keselamatan siber dan perlindungan data, komitmen yang telahpun diiktiraf oleh pensijilan yang berprestij, termasuk ISO 27017, ISO 27018, DCMM dan IEC 62443-4-1, antara lain.

Di samping itu, Hikvision memberi penekanan yang kuat terhadap kemahiran dan latihan. Pada tahun 2024, Hikvision melancarkan 26 kursus bertemakan keselamatan siber dan menjalankan 171 sesi latihan, seterusnya mencapai penglibatan pekerja sebanyak 100%. Hikvision turut memupuk generasi bakat akan datang dengan menyokong Hackathon sulung di ISE 2025 di Barcelona.

Mengatasi perubahan iklim dengan strategi rendah karbon

Hikvision mengintegrasikan strategi penyahkarbonan ke dalam dasar korporatnya, mewujudkan rangka tindakan perniagaan neutral karbon yang memfokuskan pada produk rendah karbon, pembuatan pintar, operasi hijau dan transformasi digital.

Pencapaian penting termasuk Pengesahan Jejak Karbon Hikvision untuk 103 model dan pensijilan pertama di dunia untuk Jejak Karbon Proses Produk daripada Bureau Veritas. 16 paparan LED Hikvision menerima pensijilan Tanda Produk Hijau yang dikeluarkan oleh TÜV Rheinland, menjadikannya yang pertama dalam industri paparan LED yang mencapai penghormatan ini.

Hikvision tetap komited kepada kelestarian, meletakkan asas kukuh untuk operasi yang stabil dan nilai bersama. Dengan inisiatif yang berterusan, kami BERKEMBANG MAJU demi masa depan yang lebih baik.

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics High Tech Security Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Survey, Polls & Research Cision Influencer List - ESG