BEIJING, 13 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Langjiu, jenama Baijiu Cina yang terkemuka bagi aroma sos, diumumkan pada malam Sabtu sebagai salah satu jenama Cina paling digemari yang diundi oleh orang asing dalam aktiviti "Give a Like for My Favorite China's Brands (2024-2025)" (Berikan Tanda Suka untuk Jenama-jenama China Kegemaran Saya (2024-2025)). Ia memperoleh undian terbanyak oleh orang asing dalam kategori baijiu, menonjolkan daya tarikannya yang kukuh dalam pasaran luar negara dan pengguna global.
Anjuran bersama Brand Work Office of Xinhua News Agency dan China Economic Information Service (CEIS), kempen undian dalam talian global untuk "Give a Like for My Favorite China's Brands (2024-2025)" telahpun diadakan dengan jayanya selama empat tahun berturut-turut. Aktiviti tahunan ini bertujuan untuk mempamerkan daya saing dan pengaruh global jenama-jenama Cina, sekali gus meningkatkan lagi pengiktirafan dan populariti dalam kalangan orang asing.
Langjiu dihasilkan di Bandar Erlang, Daerah Gulin, Wilayah Sichuan di barat daya China yang terletak di tebing kiri Sungai Chishui, salah satu daripada sepuluh wilayah pengeluar minuman keras terbaik di dunia. Syarikat ini membina Ladang Langjiu di kawasan ini yang merangkumi enam zon pembiran ekologi, menjangkau 49km sepanjang tebing sungai. Dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 72,000 tan baijiu aroma-sos premium dan volum simpanan 265,000 tan, ladang ini menarik lebih 200,000 peminat baijiu dari seluruh dunia setiap tahun.
Menurut laporan World Brand Summit 2024 mengenai 500 Jenama Paling Bernilai China, Langjiu menduduki tempat ke-56 dengan nilai jenama 151.876 bilion yuan (sekitar 20.98 bilion dolar A.S.), memperoleh kedudukan tiga teratas dalam industri baijiu Cina selama 16 tahun berturut-turut.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Langjiu memperluas jejak perniagaan antarabangsanya ke lebih 20 negara dan wilayah merentas benua Amerika, Eropah, Asia Tenggara dan Afrika Timur. Melalui pelancaran produk dan acara promosi, Langjiu menembusi pasaran baharu secara berperingkat-peringkat seperti Sepanyol, Perancis, Thailand dan Kemboja.
Usaha untuk membawa Baijiu Cina ke peringkat global berpokok pada pemupukan pengiktirafan budaya, kata Wang Junlin, pengerusi Langjiu. Syarikat ini sudah lama memberi tumpuan pada kualiti dan budaya, meningkatkan identiti jenamanya secara berterusan.
Tahun 2025 merupakan ulang tahun kesembilan bagi Hari Jenama China. Jenama-jenama China semakin mendapat pengiktirafan di pasaran antarabangsa. Langjiu, sebagai jenama perniagaan yang bersinar bagi jenama-jenama Baijiu Cina, akan maju ke hadapan dengan usaha yang berterusan untuk menggalakkan pengembangan budaya Cina ke peringkat global dan memupuk identiti budaya pada skop yang besar.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/345552.html