omniture

Vantage Lancar Perdagangan Salinan pada Laman Web Portal Pelanggan dengan Bonus Deposit untuk Pengguna*

Vantage
2025-05-13 17:10 84

PORT VILA, Vanuatu, 13 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets, broker CFD yang terkemuka bagi penyelesaian perdagangan berbilang aset, dengan gembiranya mengumumkan pelancaran rasmi Perdagangan Salinan melalui laman web Portal Pelanggan Vantage, bagi meluaskan lagi akses kepada salah satu cirinya yang paling popular dalam bidang kuasa di tempat Vantage beroperasi. Pelancaran ini menyaksikan satu pencapaian baharu dalam komitmen Vantage untuk menyediakan pengalaman perdagangan yang lebih bijak, lebih ringkas dan lebih mudah diakses untuk penggunanya.

Vantage Launches Copy Trading on Client Portal Website with Deposit Bonus for Users*
Vantage Launches Copy Trading on Client Portal Website with Deposit Bonus for Users*

Tersedia sebelum ini melalui Aplikasi Vantage, ciri Perdagangan Salinan kini disepadukan sepenuhnya ke dalam Portal Pelanggan di laman web Vantage yang membolehkan pengguna baharu dan juga pengguna sedia ada mengakses alatan yang berkuasa ini dengan lancar. Sama ada anda masih baru dalam dunia perdagangan atau ingin mempelbagaikan strategi pelaburan anda, Perdagangan Salinan menjadikannya jelas dan mudah untuk mengikuti serta meniru pedagang yang berprestasi tinggi pada masa nyata – terus daripada penyemak imbas anda.

Sama seperti pendaftaran Perdagangan Salinan melalui aplikasi, pengguna yang layak yang membuka akaun Perdagangan Salinan melalui Portal Pelanggan mungkin layak untuk mendapatkan promosi bonus deposit kami sehingga 50% bonus kredit*. Promosi eksklusif ini direka untuk membantu pengguna bermula dengan modal tambahan bagi meninjau strategi baharu dan belajar daripada Pembekal Isyarat yang berpengalaman.

Penyelesaian Perdagangan Salinan Vantage direka bagi tujuan kemudahan, kefleksibelan dan prestasi. Inilah yang boleh dinikmati oleh pengguna:

  • Komisen Sifar** ke atas Saham AS – Perdagangkan ekuiti A.S. yang popular melalui CFD tanpa sebarang bayaran komisen** yang mungkin dapat mengurangkan kos dagangan.
  • 16 Penunjuk Teknikal Dikuasakan oleh TradingView – Akses alat carta termaju bagi menyokong pembuatan keputusan termaklum dan cerapan pasaran yang lebih mendalam.
  • Akses Percuma kepada 220+ Analisis Produk Harian – Terus mendahului dengan cerapan, ramalan dan penyelidikan yang dipilih susun merentas pasaran global.
  • Pengaktifan Perdagangan Salinan Pantas – Sediakan akaun Perdagangan Salinan anda dan mula meniru pedagang terkemuka serta-merta.

Perdagangan Salinan menjadi titik masuk yang popular untuk pedagang bercita-cita yang ingin mendapatkan pendedahan kepada pasaran kewangan dengan halangan kemasukan yang lebih rendah. Dengan meniru strategi pedagang yang lebih berpengalaman secara automatik, pengguna boleh memerhatikan pembuatan keputusan pada masa nyata dan memahami dinamik pasaran dengan lebih baik – kesemuanya dalam persekitaran yang mudah didekati dan didorong oleh komuniti.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets, mengulas mengenai pelancaran ini: "Di Vantage, kami terus berusaha untuk mendemokrasikan akses kepada pasaran kewangan. Dengan membawakan Perdagangan Salinan ke Portal Pelanggan kami, kami menyediakan kefleksibelan dan kemudahan yang lebih besar untuk pengguna kami. Pengembangan ini mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan membantu pedagang – baharu dan juga berpengalaman – untuk membuat keputusan perdagangan yang lebih termaklum, dengan alatan dan sokongan yang mereka perlukan."

Bersedia untuk berdagang? Log masuk ke Portal Pelanggan Vantage anda hari ini untuk membuka akaun Perdagangan Salinan, tuntut bonus deposit anda* dan mula terokai kemungkinannya.

*Tertakluk pada Terma & Syarat.
**Bayaran lain mungkin dikenakan.

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

AMARAN RISIKO : CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services Financial Technology