MUNICH, 14 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di Intersolar Europe 2025, Astronergy mengesahkan sekali lagi kepimpinannya dalam inovasi solar dan kolaborasi antarabangsa dengan memperkenalkan buat julung kalinya modul-modul termaju yang membawakan teknologi sel solar jenis-n dan produk solar busbar sifar (ZBB) yang baru dinaik taraf, berserta perkongsian strategik yang memperkukuh jejak Eropahnya.
Modul-modul ASTRO N7 dan N7s unggulan daripada syarikat ini menjadi tumpuan utama, direka untuk prestasi peringkat seterusnya merentas pelbagai senario aplikasi. Dengan teknologi TOPCon 5.0 generasi terkini Astronergy, modul-modul ini memberikan kecekapan yang lebih tinggi, pekali suhu yang lebih baik dan prestasi LCOE yang dioptimumkan.
Barisan modul ASTRO N7 dan N7s menggabungkan teknologi sel ZBB proprietari Astronergy yang menggantikan busbar sisi depan tradisional dengan struktur sentuhan tak jelas termaju, seterusnya memaksimumkan penyerapan cahaya, mengurangkan kehilangan teduhan dan meningkatkan estetika serta keandalan modul keseluruhan.
Sebagai salah satu teknologi yang paling berpandangan jauh dalam industri ini, ZBB menonjolkan kemajuan utama dalam seni bina sel solar, menyokong pelogaman yang lebih nipis, pengumpulan arus yang lebih baik dan risiko mikroretak yang lebih rendah. Dengan menggabungkan ZBB dan TOPCon 5.0, Astronergy memberikan penyelesaian generasi seterusnya yang dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kecekapan tinggi dan ketahanan jangka panjang, terutamanya dalam keadaan di lapangan yang mencabar.
Produk ASTRO N7s khususnya menonjol atas prestasi elektriknya, selain ketahanan mekanikalnya yang luar biasa. Baru-baru ini, produk ini telahpun lulus ujian beban mekanikal tinggi TÜV NORD yang ketat dan ujian impak hujan batu TÜV Rheinland HW4, lantas mengesahkan keandalannya dalam persekitaran cuaca ekstrem — satu kelebihan utama untuk pasaran di seluruh Eropah dan wilayah-wilayah latitud tinggi.
A photo captures the ASTRO N7 product at the Intersolar Europe. The Head of Global Product Technical Management explains the core techs of ASTRO N7 to visitors.
"Intersolar Europe menjadi pentas untuk kami mendemonstrasikan bagaimana teknologi kami diterjemahkan kepada kebingkasan dan nilai pelanggan dunia sebenar," kata Isabella Ni, Pengurus Besar Pemasaran Global di Astronergy. "Dengan TOPCon 5.0 dan reka bentuk ZBB termaju, kami dapat menyampaikan penyelesaian pintar, cekap dan tahan lama bagi mempercepat penyahkarbonan global."
Satu lagi peristiwa penting semasa berlangsungnya acara ini ialah perjanjian rangka kerja Astronergy dengan rakan kongsi penting di Eropah, menyaksikan jejak perniagaannya yang diperluas di pasaran Nordic yang lebih besar dan kawasan-kawasan Eropah yang lain. Perkongsian ini menandakan komitmen berterusan Astronergy untuk menyesuaikan penyelesaian demi keperluan serantau dan membina perkongsian yang berkekalan di seluruh benua.
Reruai Astronergy yang menarik secara visual menggamit perhatian ribuan pengunjung, dengan pameran produk secara langsung dan taklimat diketuai pakar mendapat pujian daripada golongan profesional industri dan juga rakan media. Dengan kehadirannya di pasaran solar dan penyertaan dalam inisiatif Eropah seperti SolarPower Europe dan SSI, Astronergy terus memantapkan kedudukannya sebagai rakan kongsi pilihan global yang menawarkan teknologi PV sedia masa depan yang disokong oleh keandalan terbukti.