omniture

EES Europe 2025: Sunwoda Energy Perkenal Penyelesaian Storan Tenaga Inovatif demi Masa Depan Lestari

Sunwoda Energy
2025-05-14 17:25 94

MUNICH, 11 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Sunwoda Energy memberi impak yang ketara di EES Europe 2025, pameran terbesar Eropah dan paling bertaraf antarabangsa untuk bateri dan sistem storan tenaga, dengan memperkenalkan beberapa inovasi rintis. Ini termasuk pelancaran sistem storan tenaga pendinginan cecair 6.528MWj yang dikuasakan oleh sel bateri berkapasiti tinggi 625Ah termaju Sunwoda dan ESS C&I 179kWj. Syarikat ini turut memaparkan penyelesaian storan tenaga bersepadu sepenuhnya yang meliputi seluruh rantaian nilai—bermula daripada sel dan pek bateri kepada sistem bersepadu, lantas memperkukuh komitmennya untuk memajukan teknologi bateri berkapasiti tinggi demi masa depan yang lestari.

Inovasi ESS RintisSunwoda Energy

Tumpuan utama pelancaran baharu ini ialah ESS Pendinginan Cecair 6.528MWj NoahX 3.0 Sunwoda Energy, dilengkapi dengan sel bateri LFP 625Ah berprestasi tinggi yang menyampaikan lebih 15,000 kitaran dan tempoh guna selama 25 tahun. Sistem ini mengintegrasikan pengimbangan aktif yang didayakan AI untuk mengoptimumkan kekonsistenan cas/nyahcas dan kecekapan keseluruhan. Dengan perlindungan kebakaran berbilang lapisan, ketumpatan tenaga yang tinggi (430+Wh/L) dan keupayaan beroperasi dalam persekitaran melampau dari -30°C hingga 55°C, NoahX 3.0 direka untuk memenuhi keperluan storan tenaga skala-utiliti generasi seterusnya.

Sunwoda NoahX 3.0 6.528MWh Liquid-Cooling ESS Launched
Sunwoda NoahX 3.0 6.528MWh Liquid-Cooling ESS Launched

Di samping itu, Sunwoda Energy mempamerkan ESS C&I 179kWj A180 OASIS yang menawarkan reka bentuk kompak, penggunaan yang fleksibel dan keupayaan pengurusan tenaga pintar untuk aplikasi C&I di Eropah.

Syarikat ini turut mempamerkan rangkaian komprehensif penyelesaian storan tenaga bersepadu, termasuk sel bateri (280Ah, 314Ah, 625Ah), ESS skala-utiliti (5MWj), ESS C&I (215kWj) dan ESS kediaman (5-120kWj), menggariskan keupayaan pengeluaran penuh hujung-ke-hujungnya.

Sunwoda Energy: Dipercayai oleh Rakan Kongsi, Ditakrifkan oleh Kualiti

Di pameran ini, Sunwoda Energy memperkukuh kepimpinan Eropahnya melalui perkongsian dengan pemimpin industri seperti SMA, Krannich Solar, Solarmarkt, Energy3000 Solar, Wagner Solar dan lain-lain. Kolaborasi ini menunjukkan keupayaan syarikat dalam menyampaikan penyelesaian storan tenaga berprestasi tinggi dan boleh skala yang ditonjolkan melalui kejayaan penggunaan di seluruh Eropah, memastikan keandalan dalam aplikasi utama.

Dengan memanfaatkan kepakaran pembuatan Sunwoda Group selama hampir 30 tahun lamanya, keupayaan hujung-ke-hujung syarikat—bermula daripada sel bateri hingga sistem bersepadu—merangkumkan komitmennya untuk "Menghasilkan setiap bateri dengan berhati-hati" dan memastikan "Jaminan Kualiti untuk Semua." Kekuatan ini membolehkan Sunwoda Energy mengekalkan kawalan kualiti yang ketat sekali gus menyampaikan penyelesaian tersuai yang dapat memenuhi permintaan global dan mendukung standard keselamatan tertinggi.

Menjelang akhir tahun 2024, kapasiti terpasang kumulatif global Sunwoda Energy mencapai lebih 19GWj. Dengan pengiktirafan sebagai Pengeluar Tahap 1 BloombergNEF, syarikat ini terus memacu peralihan tenaga hijau Eropah dan memantapkan kedudukannya sebagai salah satu peneraju global dalam pembangunan tenaga mampan.

Latar Belakang Sunwoda Energy 
Sunwoda Energy, memanfaatkan pengalaman pembuatan bateri selama hampir 30 tahun daripada syarikat induknya, Sunwoda Electronic Co., Ltd. (Kod Saham: SZ300207), ialah penyedia penyelesaian storan tenaga rantaian-industri-penuh yang mengkhusus dalam integrasi storan bateri litium dan teknologi aplikasi. Dengan kepakaran dalam sel, PACK, BMS, EMS dan integrasi sistem, syarikat ini menyampaikan penyelesaian storan tenaga bersepadu untuk aplikasi skala-utiliti, komersial & perindustrian serta kediaman, selain tenaga rangkaian dan tenaga pintar bagi memacu inovasi ke arah masa depan tenaga yang lebih lestari. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.sunwodaenergy.com.

HUBUNGI: Zeng Edward, zengqinghua@sunwoda.com 

Source: Sunwoda Energy
Related Stocks:
Shenzhen:300207 Shenzhen:300207.SZ
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news General Manufacturing