![]() |
Pelaburan Sehingga $1 Bilion Sepanjang 10 tahun oleh Qatar dalam Teknologi Kuantum dan Pembangunan Tenaga Kerja Terkini yang Akan Disediakan oleh Usaha Sama kepada Rakan Kongsi Akademik dan Perindustrian
DOHA, Qatar, 15 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Quantinuum, peneraju dunia dalam pengkomputeran kuantum, menubuhkan Usaha Sama yang diperbadankan oleh Qatar dengan Al Rabban Capital, bahagian di Al Rabban Holding Company, satu daripada syarikat Qatar yang paling terkemuka. Usaha Sama ini akan mempercepat penerimagunaan pengkomputeran kuantum di Qatar dan rantau ini, secara strategik meletakkan Amerika Syarikat dan Qatar sebagai peneraju global dalam revolusi kuantum. Perkongsian teknologi kuantum pertama seumpamanya ini diketengahkan oleh Presiden Amerika Syarikat semasa lawatan negara bersejarah beliau ke Qatar.
Usaha Sama ini mempunyai tiga objektif teras: membolehkan akses kepada teknologi kuantum Quantinuum terkemuka dunia di rantau ini; membangunkan bersama aplikasi pengkomputeran kuantum yang disesuaikan mengikut keperluan serantau dalam bidang seperti Tenaga Baharu, Penemuan Bahan, Perubatan Perincian, Genomik dan Perkhidmatan Kewangan, dengan peluang baharu muncul dalam era AI Kuantum Generatif (GenQAI); dan, melatih pembangun generasi akan datang di Qatar dan rantau ini.
Quantinuum terus mengembangkan kehadiran global syarikat bagi memenuhi permintaan antarabangsa yang semakin meningkat untuk teknologi dan aplikasinya. Pengembangan syarikat ke rantau Teluk, bermula dengan Qatar, susulan daripada kejayaan pertumbuhan di seluruh Amerika Syarikat, U.K., Eropah dan Indo-Pasifik. Usaha Sama ini mencerminkan komitmen bersama oleh Amerika Syarikat dan Qatar untuk mengukuhkan hubungan strategik, mendorong pelaburan dua hala dalam industri penentu masa depan dan memupuk kepimpinan teknologi dan kemakmuran bersama.
Usaha Sama Quantinuum dengan Al Rabban Capital dibina berdasarkan perkongsian yang diumumkan tahun lepas dengan Universiti Hamad Bin Khalifa dan Pusat Pengkomputeran Kuantum Qatar (QC2), hab penyelidikan kuantum utama Qatar.
"Ini ialah detik penentu dalam cita-cita Qatar untuk menjadi hab serantau bagi teknologi canggih seperti pengkomputeran kuantum," kata Abdulaziz Khalid Al Rabban, Pengerusi, Al Rabban Capital. "Kami bekerjasama dengan Quantinuum untuk menyampaikan penyelesaian kuantum bertaraf dunia, memacu pertumbuhan ekonomi di Qatar dan rantau ini."
"Usaha Sama ini menunjukkan visi bersama kami untuk menerajui dalam teknologi transformatif," kata Dr. Rajeeb Hazra, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Quantinuum. "Bersama-sama dengan Al Rabban Capital, kami sedang mempercepat penerimagunaan pengkomputeran kuantum secara komersial di Qatar dan rantau ini sambil memberikan perkhidmatan untuk kepentingan strategik Amerika Syarikat dan Qatar."
Maklumat Tentang Quantinuum
Quantinuum ialah peneraju dunia dalam pengkomputeran kuantum. Sistem kuantum syarikat menyampaikan prestasi tertinggi merentasi penanda aras utama industri. Lebih 550 pekerja Quantinuum, termasuk 370+ saintis dan jurutera, di seluruh Amerika Syarikat, UK, Jerman dan Jepun, memacu revolusi pengkomputeran kuantum.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://www.quantinuum.com
Maklumat Tentang Al Rabban Capital
Al Rabban Capital (ARC) ialah firma pelaburan dan penasihat Qatar yang memacu pertumbuhan perniagaan di seluruh Qatar dan GCC. ARC membolehkan kemasukan dan pengembangan pasaran melalui usaha sama, perkongsian strategik dan wawasan tempatan yang mendalam. ARC menyokong inisiatif sektor awam dan swasta dengan penyelesaian menyeluruh yang disesuaikan. Selain modal, ARC menyediakan panduan strategik, tadbir urus dan akses kepada rangkaian serantau yang teguh. Tumpuan ARC merangkumi AI, teknologi kuantum, penjagaan kesihatan dan kelestarian, dengan komitmen terhadap pertumbuhan yang berimpak.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://www.alrabbancapital.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2655950/5319249/Quantinuum_Logo.jpg?p=medium600