![]() |
Acara akan mempamerkan potensi inovatif AI dan menonjolkan aplikasi mendalam untuk penyelesaian sedia-AI berkuasa Getac merentas pelbagai industri
TAIPEI, 15 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Getac Technology Corporation (Getac), penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian pengkomputeran dan video mudah alih tahan lasak, hari ini mengumumkan bahawa Hari Inovasi Getac 2025 berlangsung di Taipei pada 22 Mei. Menggabungkan acara ini dengan Computex Taipei, Getac mengundang rakan kongsi ICT dan rantaian bekalan global untuk merasai pengalaman potensi inovatif AI dalam pelbagai jenis industri dan set tindakan tahan lasak.
Getac Technology Corporation to Unveil World’s First Rugged Copilot+ PC at Getac Innovation Day 2025 in Taipei
Acara ini akan menampilkan empat kawasan pameran: Siri AI PC Getac, Penyelesaian AI Utiliti, Penyelesaian AI Pembuatan dan Penyelesaian AI Keselamatan Awam. Setiap kawasan pameran akan mempamerkan cara untuk mencapai kecekapan kos, mengoptimumkan aliran kerja dan menambah baik pembuatan keputusan menggunakan penyelesaian AI tahan lasak, seterusnya mewujudkan kemungkinan baharu untuk industri-industri yang menghadapi persekitaran operasi yang mencabar.
Memperkenalkan Getac B360 Plus: Copilot+ PC tahan lasak sepenuhnya pertama di dunia
Sorotan utama acara ini ialah pelancaran Copilot+ PC pertama Getac, sebuah komputer riba yang lasak sepenuhnya: Getac B360 Plus. Mempunyai teknologi Windows AI terkini, peranti baharu yang berkuasa ini – yang dijangka tersedia pada suku ketiga tahun 2025 – akan memperluas barisan B360 dan B360 Pro Getac yang popular, direka untuk golongan profesional yang berkhidmat dalam industri-industri seperti pertahanan, utiliti, keselamatan awam dan pembuatan.
Membawakan Unit Pemprosesan Neural (NPU) yang berupaya memproses sehingga 48 trilion operasi sesaat (TOPS), B360 Plus menawarkan prestasi AI yang luar biasa, lalu membolehkan pengguna mencapai kecemerlangan dalam persekitaran kerja yang melampau dan senario bertekanan tinggi.
Kawasan pameran Siri AI PC juga akan merangkumi komputer riba tahan lasak S510 Getac dan tablet Android tahan lasak sepenuhnya ZX80 yang kedua-duanya menggabungkan keupayaan pemprosesan sedia-AI yang berkuasa dengan reka bentuk yang ringan dan mampan. Dengan memperluas barisan penyelesaian AInya dengan pelancaran B360 Plus, Getac terus memenuhi pelbagai keperluan pelanggan di seluruh dunia, membantu mereka mengatasi cabaran dan mencapai objektif operasi mereka.
Setiap kawasan pameran Penyelesaian AI akan mengetengahkan set tindakan dunia sebenar yang mendemonstrasikan bagaimana AI boleh membantu organisasi-organisasi dalam industri utiliti, keselamatan awam dan pembuatan mencapai matlamat transformasi digital mereka, walaupun dalam persekitaran berisiko tinggi dan dengan permintaan tinggi.
Penyelesaian AI Utiliti: Mengoptimumkan perkhidmatan di tapak dan keselamatan operasi
Peranti sedia-AI tahan lasak yang dilengkapi dengan penyelesaian pengecaman imej membolehkan golongan profesional industri menjalankan pemeriksaan masa nyata, mengesan anomali dan meramalkan kemungkinan kegagalan peralatan di lapangan, menghalang masa henti yang tidak dirancang dan meningkatkan kestabilan perkhidmatan.
Sebagai sebahagian daripada acara ini, Getac juga akan mempamerkan penyelesaian pakar jarak jauh yang tahan lasak sepenuhnya: Getac Assist. Penyelesaian yang inovatif ini membolehkan juruteknik di lapangan berkolaborasi dengan pakar di seluruh dunia pada masa nyata melalui video, berkongsi skrin dan menandakan isu, membantu menyelesaikan masalah penyelenggaraan atau pemeriksaan dengan cepat dan cekap.
Penyelesaian AI Pembuatan: Meningkatkan keselamatan dan pematuhan industri
Organisasi-organisasi pembuatan boleh memantau dari jauh persekitaran kilang mereka pada masa nyata melalui kombinasi antara teknologi pengkomputeran pinggir dan penyelesaian AI pengecaman imej. Dengan berbuat demikian membolehkan mereka mengenal pasti isu keselamatan pekerja, pelanggaran pematuhan dan kebimbangan penyelenggaraan yang mungkin berlaku pada kesempatan terawal, lalu membantu mengurangkan kos penyelenggaraan dan mengurangkan risiko.
Penyelesaian AI Keselamatan Awam: Meningkatkan kecekapan penguatkuasaan undang-undang mudah alih
Organisasi-organisasi keselamatan awam boleh menggunakan peranti sedia-AI Getac, kamera pakai ditubuh, aplikasi penentududukan GIS, analitis AI dan banyak lagi untuk meningkatkan kelajuan tindak balas dan membantu membuat keputusan di bawah tekanan, seterusnya membantu mengurangkan insiden sebelum ia bertambah.
Pelawat ke kawasan pameran Penyelesaian AI Keselamatan Awam juga akan dapat melihat demonstrasi langsung Getac Voice, yang meningkatkan kecekapan operasi dan keselamatan dengan keupayaan suara-ke-teks dan suara-ke-perintah yang dikuasakan oleh Edge AI.
Proposisi Nilai Korporat: Inovasi AI mendorong daya saing masa depan pelanggan kami
"Pembangunan teknologi AI memerlukan kerjasama rentas-industri. Dengan menggabungkan teknologi tahan lasak kami yang berkuasa dengan sumber pelanggan teras, kami dan rakan kongsi kami boleh bersama-sama mencipta penyelesaian yang inovatif demi keperluan industri hari ini. Pada masa depan, kami akan memfokuskan pada pembangunan ekosistem Edge AI, terus melabur dalam aplikasi perisian dan data, meningkatkan kecerdasan dan daya saing masa depan industri secara komprehensif serta mencipta nilai yang lebih cekap dan andal untuk pelanggan," kata James Hwang, Presiden Getac Technology Corporation.
Hari Inovasi Getac ialah sebuah acara yang mendapat jemputan sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian AI Getac, syarikat dan rakan kongsi yang berminat digalakkan untuk mendaftar melalui pautan ini.
Latar Belakang Getac
Getac Technology Corporation ialah peneraju global bagi teknologi mudah alih tahan lasak mampu-AI dan penyelesaian video pintar, termasuk komputer riba, tablet, perisian, kamera pakai ditubuh, sistem video dalam-kereta, pengurusan bukti digital dan penyelesaian analitis video perusahaan. Penyelesaian dan perkhidmatan Getac direka untuk mengupayakan pengalaman luar biasa untuk pekerja barisan hadapan dalam persekitaran yang mencabar. Hari ini, Getac menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 100 negara merangkumi pertahanan, keselamatan awam, ambulans, bomba & penyelamat, utiliti, automotif, sumber asli, pembuatan, pengangkutan dan logistik. Baru-baru ini, Getac diiktiraf sebagai salah satu daripada "Syarikat Paling Dipercayai di Dunia" Newsweek bagi tahun 2024. Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.getac.com. Sertai blog Getac Industry atau ikuti syarikat di LinkedIn dan YouTube.
Logo Getac dan Getac ialah tanda dagangan Getac Holdings Corporation atau sekutunya. Jenama atau tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing. ©2025 Getac Technology Corporation.