![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 15 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets dengan bangganya mengakhiri penampilan yang berjaya di Abu Dhabi Money Expo 2025 yang diadakan pada 23–24 April, sejajar dengan komitmennya terhadap kepimpinan pemikiran global, pendidikan pasaran dan memaparkan fokusnya terhadap inovasi dan pandangan perdagangan berbilang aset.
Pada hari pertama acara ini, Nibal Abu Assaly, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Vantage Markets, mengetuai sesi ucaptama yang amat dinanti-nantikan bertajuk "Mengemudi Ketaktentuan: Memahami Ketakpastian Pasaran". Sesi ini memberikan pandangan umum kepada para hadirin tentang pemacu utama ketaktentuan pasaran dan membincangkan strategi luas yang berkaitan untuk mengemudi keadaan pasaran yang tidak menentu.
Dengan pasaran global yang semakin dipengaruhi oleh anjakan geopolitik, data makroekonomi dan langkah-langkah dasar yang tidak dijangka, ucaptama ini mencetuskan perbincangan yang menarik dan diterima baik lantaran ideanya yang relevan dan boleh diambil tindakan. Ia mengesahkan sekali lagi peranan Vantage yang bukan sahaja sebagai penyedia platform tetapi juga sebagai peserta dalam dialog pasaran global.
Semasa hari penutup ekspo ini, Vantage Markets diberi penghormatan dengan anugerah "Broker Berbilang-Aset Terbaik" – satu pengiktirafan terhadap usaha berterusan syarikat ini dalam menyokong industri perkhidmatan kewangan melalui teknologi dan penawaran berbilang aset.
Anugerah ini menggambarkan usaha berterusan Vantage untuk membangunkan dan mengekalkan pelbagai jenis tawaran CFD dalam tukaran mata wang asing (forex), komoditi, indeks, saham, ETF dan bon, kesemuanya sambil mengekalkan teknologi, ketelusan dan sokongan pelanggan yang utama dalam industri ini.
"Penyertaan kami di Abu Dhabi Money Expo 2025 membolehkan kami berhubung secara bermakna dengan para hadirin dan rakan industri," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif di Vantage Markets. "Bermula daripada kepimpinan pemikiran kepada inovasi produk, kami berbangga dapat menyumbang kepada komuniti kewangan global dengan alatan, pandangan dan perkhidmatan yang menyokong perdagangan termaklum."
Tatkala Vantage terus berkembang, syarikat ini terus memfokuskan untuk membangunkan penyelesaian inovatif, menawarkan peluang perdagangan yang pelbagai dan memperdalam penglibatan dengan komuniti globalnya.
Kunjungi Vantage Markets untuk mendapatkan lebih banyak perkembangan terkini tentang acara dan inisiatif Vantage.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memberikan pelanggan akses kepada peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.