omniture

Intalight™ Menerima Tanda CE untuk Pengimejan DREAM OCT™ Swept Source

Intalight Inc.
2025-05-15 20:00 89

SAN JOSE, Calif. dan SHANGHAI, 15 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Intalight, sebuah syarikat yang membangunkan teknologi oftalmik canggih dan peneraju dalam Optical Coherence Tomography (OCT) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima tanda CE untuk platformnya,   DREAM OCT

Tanda CE berfungsi sebagai kelulusan daripada Kesatuan Eropah (EU) untuk mengkomersialkan DREAM OCT, versi terkini OCT. DREAM bermaksud: Deep imaging depth (Pengimejan mendalam), Rapid sweeping speed (Sapuan pantas), Extensive scan range (Julat imbasan yang luas), Accurate results (Keputusan tepat), dan Multimodal imaging capabilities (Keupayaan pengimejan pelbagai mod). Platform pengimejan menghasilkan imej OCT berkualiti tinggi yang kini berada di pasaran.

"Intalight sangat berbangga kerana menerima kelulusan tanda CE di Eropah untuk DREAM OCT kami," kata pengerusi dan Pengasas Intalight, Shawn Peng. "Pencapaian ini membolehkan kami menyediakan teknologi terkini bagi pakar mata di Eropah yang memberikan hasil yang lebih baik untuk pesakit mereka." 

DREAM OCT mampu melakukan imbasan tunggal medan ultra-lebar yang menghasilkan imej 130° OCTA. Pengimbasan DREAM OCT swept-source 12 mm yang mendalam membolehkan pengimejan unggul koroid dan retina, dan sebahagian besar ruang vitreous dilakukan. Keupayaan pengimbasan anterior yang mendalam mencapai 16.2 mm (dalam udara), membolehkan segmen anterior lengkap dari kornea ke bahagian anterior vitreous diimbas hanya dalam satu imbasan. Gelombang yang lebih panjang membolehkan penembusan unggul melalui kelegapan sama ada dalam lensa atau vitreous.

"Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, kami mendengar daripada ahli profesional penjagaan mata bahawa mereka memerlukan penyelesaian yang menghasilkan pengimejan terunggul dengan kelajuan, ketepatan, dan kedalaman," kata Bing Li, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Intalight. "DREAM OCT menawarkan modaliti pengimejan serba lengkap untuk aplikasi paling sukar dalam klinikal dan penyelidikan untuk retina, dengan prestasi yang mengatasi semua sistem lain yang diketahui oleh HCP."

Menggunakan teknologi swept-source ultra-lebar, DREAM OCT dibangunkan untuk memenuhi keperluan pakar retina, pakar mata komprehensif dan pesakit mereka dengan keupayaan pengimejan yang sangat terperinci untuk penjagaan dan hasil yang lebih baik. Pada masa ini, lebih daripada 160 kertas semakan rakan sebaya telah menggunakan penemuan daripada peranti DREAM OCT.

"Ini merupakan berita yang sungguh menggembirakan untuk Intalight kerana tiada lagi penantian di Eropah, dan kami tidak sabar untuk menyediakan penyelesaian inovatif ini di AS," ujar Ketua Pegawai Komersial Intalight, Joe Garibaldi. "Kami berharap untuk terus mengembangkan rangkaian institusi global dan pakar mata kami yang berprestij dengan kelulusan CE baru-baru ini dan akhirnya kelulusan FDA kami."

Sebagai peneraju bidang ultra-lebar OCTA yang disahkan daripada segi klinikal, Intalight kini bekerjasama dengan institusi akademik retina teratas dan klinik persendirian retina di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

Maklumat Tentang Intalight

Intalight Inc. diasaskan oleh sekumpulan saintis dan veteran industri Silicon Valley dengan misi teras untuk membangunkan teknologi mata yang paling maju. Kini ada tiga tapak di Silicon Valley, Shanghai, dan Luoyang. Peranti Tomografi Koheren Optikal Swept-Source (OCT) Intalight menggabungkan Pengimejan mendalam (Deep), Sapuan pantas (Rapid), Julat pengimbasan yang luas (Extensive), Pengesanan lesi yang tepat (Accurate) dan Keupayaan pengimejan pelbagai mod (Multimodal), dengan singkatan DREAM OCT. Peranti pengimejan berprestasi tinggi ini telah menjadi alat yang amat berguna bagi para pakar oftalmologi, baik untuk aplikasi klinikal rutin mahupun dalam penerokaan batasan baharu penyelidikan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Intalight dan DREAM OCT, sila lawati laman web kami di https://www.intalight.com dan ikuti kami di LinkedIn dan Facebook.

Single shot 130-degree OCTA image using DREAM OCT
Single shot 130-degree OCTA image using DREAM OCT

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2686161/Intalight_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2686647/Single_shot_130_degrees_OCTA_ID_9c4466f50527___1.jpg?p=medium600

 

Source: Intalight Inc.
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals