DUBAI, UAE, 16 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 13 Mei 2025, Sidang Kemuncak Kemudahan Pusat Data Global 2025 bertemakan "Perkasakan Era Digital ke Hadapan" ("Power the Digital Era Forward") telahpun diadakan di Dubai. Sidang kemuncak ini menghimpunkan lebih daripada 500 pemimpin industri pengkomputeran pintar, pakar teknikal dan rakan kongsi untuk membincangkan tentang peluang pertumbuhan baharu dan laluan pembangunan untuk industri pusat data dalam era AI serta melancarkan penyelesaian AI DC, lalu menggiatkan industri ini menuju era baharu pengkomputeran pintar.
Charles Yang, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Pemasaran Global, Jualan dan Perkhidmatan, Huawei Digital Power, berkata dalam ucapan pembukaannya bahawa era keemasan infrastruktur pengkomputeran telahpun tiba, memandangkan model-model AI memberi manfaat kepada pelbagai industri. Dianggarkan bahawa kapasiti AI DC global akan melebihi 100 GW menjelang tahun 2028, menghasilkan bahagian pasaran sebanyak lebih AS$600 bilion dalam sektor infrastruktur tenaga sahaja.

Charles Yang, Senior Vice President of Huawei and President of Global Marketing, Sales and Services, Huawei Digital Power
Menurut Charles, keandalan yang lebih tinggi, pelancaran yang lebih pantas dan permintaan tenaga yang lebih besar menjadi tiga cabaran utama untuk pembangunan AI DC. Huawei percaya bahawa terdapat tiga trend pembangunan penting bagi AI DC pada masa depan:
Di sidang kemuncak ini, Bob He, Naib Presiden Huawei Digital Power dan Presiden Kemudahan Pusat Data & Barisan Produk Kuasa Kritikal, Huawei Digital Power, menyampaikan ucapan bertajuk "Membina Asas Teguh untuk Era Pengkomputeran Pintar."
Seperti yang dinyatakan oleh Bob, walaupun pusat pengkomputeran pintar mengalami lonjakan dalam pembinaan, ia juga menghadapi cabaran seperti penghantaran pantas, penggunaan anjal dan TCO yang rendah. Sebagai respons, Huawei memberi cadangan awal RASTM, prinsip teras untuk pembinaan AI DC.
Menerusi produk yang andal, perkhidmatan kitaran hayat penuh dan keupayaan perundingan dan reka bentuk profesional, Huawei bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membina penyelesaian AI DC, membantu membina pusat pengkomputeran pintar yang menampilkan penghantaran pantas, keandalan semua domain, TCO optimum dan kefleksibelan yang teguh, serta memperkasakan era digital ke hadapan.
Semasa berlangsungnya sidang kemuncak ini, Huawei dan International Telecommunication Union (ITU), dengan sokongan Alibaba Cloud, China Mobile Group Design Institute, China Telecom dan China Unicom, bersama-sama mengeluarkan White Paper on the Safety of Lithium-ion Battery Applications in Data Centres (Kertas Putih mengenai Keselamatan Aplikasi Bateri Litium-ion di Pusat Data) yang menggariskan secara sistematik tujuh dimensi utama untuk meningkatkan keselamatan aplikasi bateri litium-ion dalam DC yang bertujuan untuk menyuntik momentum yang kukuh ke dalam pembangunan industri DC yang berkeandalan tinggi dan berkualiti tinggi.
Dengan berpegang teguh kepada inovasi, Huawei Digital Power akan menyelami dengan lebih mendalam industri DC bagi menerobos sempadan teknologi dan menyediakan produk dan penyelesaian yang utama bagi menerajui pembangunan industri yang berkualiti tinggi, agar dapat membina asas yang teguh untuk dunia pintar dan memperkasakan era digital ke hadapan.