SHANGHAI, 17 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Haier Group dengan bangganya mengumumkan bahawa ia disenaraikan di kedudukan ke-54 dalam Kantar BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands 2025 (100 Teratas Jenama Global Paling Bernilai Kantar BrandZ 2025), dengan nilai jenama mencecah USD 47.6 bilion, menyaksikan peningkatan 47.1% tahun ke tahun yang mengagumkan. Pencapaian ini bukan sahaja menonjolkan momentum jenama Haier yang berterusan bahkan turut memperkukuh kepimpinannya sebagai satu-satunya jenama ekosistem Internet Pelbagai Benda (IoT) yang disenaraikan dalam pemeringkatan global ini selama tujuh tahun berturut-turut.
Haier Consolidates Its Position as One of the Most Valuable Global Brands and the Only IoT Ecosystem Brand in the World
Diiktiraf sebagai salah satu pemeringkatan penilaian jenama yang paling berwibawa di dunia, Kantar BrandZ menggabungkan analisis kewangan yang rapi dengan pandangan pengguna yang mendalam merentas 54 pasaran. Nilai jenama keseluruhan bagi Global Top 100 tahun ini mencapai USD 10.7 trilion mencatat rekod, mencerminkan pertumbuhan tahunan sebanyak 29%. Antara yang tersenarai, kenaikan berterusan Haier mencerminkan strategi dipacu ekosistem dan inovasi berpusatkan pengguna di pasaran global.
Dalam pemeringkatan 2025, Apple mengekalkan kedudukan No.1nya untuk tahun keempat berturut-turut dengan nilai jenama mencecah USD 1.3 trilion. Google, Microsoft, Amazon dan NVIDIA menyusulinya dalam kedudukan lima teratas. Mencerminkan trajektori pertumbuhan jangka panjang, jenama-jenama Cina menggandakan nilai mereka sejak 20 tahun yang lalu, kini menyumbang sebanyak 6% daripada nilai jenama keseluruhan dalam Global Top 100.
Kenaikan berterusan Haier dalam Kantar BrandZ Global Top 100 mencerminkan kekuatan dan kebolehsesuaian strategi jenama ekosistemnya yang semakin bertambah, yang dibina berdasarkan tiga tonggak: Ekosistem Kehidupan Pintar, Ekosistem Industri Kesihatan Komprehensif dan Ekosistem Industri Ekonomi Digital. Dalam era IoT, Haier telah mara melangkaui pembuatan produk tradisional bagi mencipta ekosistem saling berhubung yang dibentuk oleh penciptaan bersama pengguna dan integrasi pintar.
Bagi Kehidupan Pintar, Haier Smart telah maju daripada peralatan tradisional kepada pengalaman hidup yang pintar dan terhubung, bertujuan untuk menjadi jenama ekosistem rumah yang paling bernilai di dunia. Dalam Kesihatan Komprehensif, Haier membentuk ekosistem kesihatan spektrum penuh yang mencakupi sains hayat, perubatan klinikal dan bioteknologi. Dengan pengembangan yang pesat sejak lima tahun yang lalu, perniagaan penjagaan kesihatannya menjadi peneraju industri negara. Selain itu, Ekosistem Ekonomi Digital Haier yang dikuasakan oleh platform internet industri COSMOPlat, memanfaatkan enjin produktiviti baharu dan mengupayakan transformasi mampan merentas industri-industri.
"Kami telah dapat menyaksikan jatuh bangun jenama-jenama sejak 20 tahun yang lalu. Haier benar-benar berkembang daripada jenama di Qingdao, kepada jenama di China, kemudiannya kepada jenama bertaraf global dan kini kepada jenama ekosistem. Pada masa ini, ia benar-benar memantapkan kedudukannya sebagai jenama bertaraf dunia tempatan yang cemerlang," kata Doreen Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Kantar Greater China dan Kursi Global Kantar BrandZ.
Kehadiran tujuh tahun Haier dalam BrandZ Global Top 100 bukan sahaja mencerminkan kekuatan jenamanya yang lama bertahan, tetapi juga bukti peranan China yang semakin meningkat dalam membentuk masa depan penciptaan nilai global.
Tatkala AI terus membentuk semula industri-industri global, Haier mengumumkan tahun 2025 sebagai tahun sulung bagi aplikasi AI berskala penuhnya. Dengan membenamkan AI dalam setiap aspek operasinya, Haier membina enjin produktiviti dan inovasi berkuasa yang mendorong selanjutnya kemajuan ekosistem tiga tonggaknya.
Dengan berpegang teguh pada visi berpusatkan penggunanya, Haier berusaha untuk memaksimumkan nilai manusia dalam era AI. Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif Haier Group Zhou Yunjie, keperluan pengguna semakin berkembang daripada penerimaan pasif kepada penciptaan bersama yang aktif; hal ini mendorong Haier untuk membayangkan semula interaksi pengguna secara radikal. Bagi mencapai transformasi ini, Haier mentakrifkan semula interaksi pengguna dengan berani melalui kolaborasi pintar. "Sama ada berkembang bersama-sama AI atau dibiarkan ketinggalan," tegas Zhou. Berpandukan kepercayaan ini, Haier membenamkan AI dalam kesemua senario untuk memperkasakan orang ramai bagi membina masa depan di mana teknologi beradaptasi dengan manusia.
Dalam Ekosistem Kehidupan Pintar, Haier membangunkan UhomeGPT, model asas hak miliknya yang dilengkapi dengan tiga keupayaan teras: pemahaman, persepsi dan kevitalan. Dengan mencipta penyelesaian dapur tersambung AI yang mengintegrasikan peralatan seperti peti sejuk dan ketuhar, Haier mentakrifkan semula kehidupan seharian. Dalam Ekosistem Ekonomi Digital, COSMOPlat membangunkan sendiri model besar industri ringan—CosmoGPT yang menyokong fungsi-fungsi seperti Soal Jawab pintar, penjanaan kod dan pembuatan keputusan.
Kenaikan Haier yang berterusan dalam Kantar BrandZ Top 100 bukan sahaja mencerminkan kekuatan jenamanya tetapi juga pengaruh jenama-jenama Cina yang semakin berkembang di persada global. Melalui strategi jenama ekosistem dan transformasi AI yang berterusan, Haier menetapkan penanda aras baharu untuk inovasi dalam era ketersambungan pintar.