TAIPEI, 19 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Other World Computing (OWC®), peneraju yang dipercayai bagi storan, ingatan, ketersambungan, perisian dan aksesori berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan pelancaran dan ketersediaan prapesanan bagi the OWC Thunderbolt 5 Dock. Dibina khas untuk ahli profesional kreatif, pengguna kuasa dan sesiapa sahaja yang memerlukan penyelesaian pertambahan peranti atas meja generasi seterusnya, dok sedia masa depan ini memberikan kelajuan yang luar biasa, keserbagunaan yang tiada tandingan dan keserasian peranti yang luas dalam satu hab diperkemas.
OWC Thunderbolt 5 Dock memperkasakan pengguna untuk melakukan lebih banyak lagi—bermula daripada penyuntingan video beresolusi tinggi kepada aliran kerja banyak data hinggalah menukar tablet USB-C menjadi stesen kerja penuh. Dengan lebar jalur peringkat seterusnya dan penghantaran kuasa, ia direka untuk memaksimumkan produktiviti di mana-mana sahaja tempat bekerja.
Ciri-ciri Utama:
Kesemua Port yang Anda Perlukan… dan Juga:
Dengan sejumlah11 port, pengguna boleh menyambungkan semua yang mereka perlukan, termasuk tiga port Thunderbolt 5 (USB-C), dua USB-A 10Gb/s, satu USB-A 5Gb/s, 2.5GbE Eternet (sedia MDM), slot SD dan mikroSD UHS-II, audio kombo 3.5mm dan banyak lagi.
Transformasikan Tablet Anda, Kuasakan Projek Anda:
OWC Thunderbolt 5 Dock mengubah iPad Pro dan tablet USB-C lain menjadi stesen kerja atas meja sebenar—amat sesuai untuk pencipta kandungan mudah alih yang memerlukan akses berkelajuan tinggi kepada paparan, pemacu dan peranti persisian melalui satu kabel.
Setiap unit diperakui Thunderbolt dan diuji keandalannya dan disertakan teknologi, seperti OWC Dock Ejector yang memastikan data dan peranti anda mendapat perlindungan tambahan yang tidak dapat diberikan oleh produk-produk lain di pasaran. Keserasian Apple SuperDrive untuk akses CD/DVD turut disertakan.
Berharga $329.99, dok ini termasuk kabel Thunderbolt 5 yang diperakui, bekalan kuasa luaran dan sokongan pelanggan OWC yang memenangi anugerah. Prapesanan kini dibuka, dengan penghantaran dijangkakan pada awal Julai. Kunjungi owc.com/solutions/thunderbolt-5-dock untuk butiran lanjut.
OWC Thunderbolt 5 Dock akan dipamerkan di COMPUTEX TAIPEI, 20–23 Mei 2025, di Reruai #J0527a.
Latar Belakang Other World Computing (OWC)
Ditubuhkan pada tahun 1988, OWC ialah peneraju yang dipercayai bagi penyelesaian storan, dok dan kad ingatan berprestasi tinggi yang memperkasakan ahli profesional dalam bidang penghasilan video dan audio, fotografi dan perniagaan dengan alatan untuk memaksimumkan prestasi dan keandalan aliran kerja mereka dengan lancar.