omniture

SUNMI Pamer Tablet Komersial CPad, Siri FLEX3 dan Inovasi Generasi Ketiga di CHINASHOP

Shanghai Sunmi Technology Co., Ltd.
2025-05-19 22:20 90

SHANGHAI, 19 Mei 2025 /PRNewswire/ -- SUNMI memberi tanggapan yang menarik di CHINASHOP ke-25 yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen World mulai 8-10 Mei 2025. Ini menyaksikan penampilan kelapan berturut-turut olehnya di acara teknologi runcit yang terkenal ini. Di pameran ini, SUNMI mempamerkan tawaran terkininya, termasuk tablet komersial CPad serta siri FLEX 3 dan dalam masa yang sama berinteraksi dengan pemimpin industri untuk meninjau penyelesaian perniagaan yang bertujuan untuk meningkatkan nilai pasaran.

Memfokuskan pada keperluan operasi yang berbeza daripada tablet pengguna dan industri, SUNMI memperkenalkan tablet komersial pintar, SUNMI CPad. Tersedia dalam tiga saiz—8.7", 11" dan 14"—CPad cukup serba boleh untuk pelbagai perniagaan. Reka bentuk "Quick Lock" yang inovatif pada bahagian belakang membolehkan pencantuman dan penanggalan yang mudah sekali gus memastikan kestabilan dan keselamatan. Dilengkapi dengan set aksesori modular, ia amat sesuai untuk persekitaran runcit, ruang makan, hospitaliti dan pembuatan. Dikuasakan oleh platform 8-teras, 8+128G Qualcomm, CPad mengendalikan tugas yang rumit dengan cekap dan termasuk jaminan tiga tahun serta sokongan kitaran hayat lima tahun untuk prestasi yang konsisten dalam aplikasi perniagaan-kritikal.

Siri FLEX 3, skrin yang interaktif turut membuat kemunculan sulungnya di China, menawarkan tiga saiz skrin, pelbagai pilihan lekapan dan modul persisian. Persediaan yang fleksibel ini membawakan pelbagai kemungkinan perniagaan, lalu membolehkan pengguna mengkonfigurasi semula dengan cepat dan meningkatkan ketangkasan operasi dan produktiviti.

Menerusi penaiktarafan yang komprehensif kepada barisan mudah alih dan atas mejanya, SUNMI memperkenalkan peranti pegang L3 yang direka untuk mengoptimumkan kecekapan merentas rantaian nilai perniagaan. L3 menawarkan kebolehskalaan yang menambah baik proses bermula daripada pembuatan hinggalah perkhidmatan bahagian depan, seterusnya meningkatkan daya pemprosesan keseluruhan. SUNMI M3, khusus untuk restoran, membawakan paparan HD 6.75" dan pelbagai aksesori gred profesional yang menggalakkan operasi bebas tangan, lalu meningkatkan kecekapan dalam persekitaran ruang makan yang sibuk.

Bagi menggabungkan AI dan IoT selanjutnya, SUNMI mengintegrasikan enam modul AI—perintah suara, pengecaman wajah, kawalan gerak isyarat, analisis visual, diagnosis kendiri dan pencegahan kehilangan pintar bagi meningkatkan produktiviti dan interaksi pengguna. Zon Pengalaman AI SUNMI mempamerkan demonstrasi yang imersif, menonjolkan faedah-faedah dunia sebenar daripada teknologi runcit pintar.

Menarik minat yang ketara, SUPER Solution dwi-OS membolehkan tukar ganti yang lancar antara Windows dan Android dengan satu klik, disokong oleh siri SUNMI K2, rangkaian T3 PRO, siri FLEX 3 dan CPad. Di samping itu, SUNMI Hyper Wi-Fi, direka untuk persekitaran perniagaan dengan permintaan yang tinggi, menawarkan penyelesaian rangkaian yang teguh dengan sepuluh kali ganda julat dan penembusan Wi-Fi tradisional.

Berkolaborasi dengan lebih 20 rakan kongsi ekosistem, SUNMI membangunkan penyelesaian tersuai untuk pengalaman menjamu selera perkhidmatan-penuh, restoran perkhidmatan pantas, rangkaian teh dan kopi, barangan runcit dan kemudahan, jualan runcit kecantikan, industri menegak dan farmasi pintar. Pameran yang imersif ini menonjolkan transformasi digital yang komprehensif merentas pelbagai sektor. SUNMAX bekerjasama dengan lebih sepuluh vendor perisian untuk mencipta platform pembangunan dan pengedaran aplikasi bersatu yang menawarkan penyelesaian pintar dan sedia digunakan untuk pasaran kasual pantas, barangan runcit, bayi dan kehamilan, kesejahteraan serta penjagaan kesihatan dan dalam masa yang sama menyokong penggunaan global yang lancar untuk vendor perisian.

Semasa siri penceramah SUNMI selama dua hari, lebih 20 rakan kongsi berkongsi pandangan dan strategi penggunaan, termasuk perbincangan mengenai platform pembangunan aplikasi dan penggunaan global. Sesi-sesi ini menawarkan idea yang boleh diambil tindakan, seterusnya memberikan pandangan yang komprehensif kepada hadirin berhubung penyelesaian perniagaan yang sedia mendepani masa depan.

Source: Shanghai Sunmi Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Retail New products/services Trade show news Artificial Intelligence