omniture

ChangAn Buka Pangkalan Pembuatan NEV Antarabangsa Pertama di Thailand, Perluas Model Eksport Industri

ChangAn Automobile
2025-05-20 10:09 88

RAYONG, Thailand, 20 Mei 2025 /PRNewswire/ -- ChangAn Automobile ("ChangAn" atau "Syarikat"), sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon pintar, mempercepat Pelan Lautan Luas (Vast Ocean Plan) bagi tujuan pengembangan global menerusi pelancaran pengeluaran di pangkalan pengeluaran kenderaan tenaga baharu (NEV) antarabangsa pertamanya di Rayong, Thailand. Kemudahan ini menandakan peralihan daripada eksport produk kepada pengeksportan seluruh ekosistem industri. Kilang Rayong menggabungkan sistem pembuatan, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan standard rantaian bekalan, lantas mewujudkan model hijau, pintar dan boleh diulang untuk operasi global yang mampan.

Bertepatan dengan pelancaran kilang Rayong, ChangAn turut meraikan pelancaran kenderaan ke-28.59 jutanya, kenderaan pandu sebelah kanan DEEPAL S05 yang disesuaikan untuk pasaran global. Pencapaian ini menggariskan komitmen ChangAn terhadap Pelan Lautan Luasnya yang bertujuan untuk meningkatkan lima pasaran luar negara utama—Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika, Amerika Tengah dan Selatan, Eropah dan Eurasia—ke tahap strategik yang sama seperti pasaran tempatan di China. Dengan meningkatkan skala di peringkat global menerusi pembuatan pintar dan kolaborasi setempat, ChangAn mempercepat transformasinya bagi menjadi jenama automobil yang bertaraf dunia.

Kilang Rayong menjangkau keluasan kira-kira 245 rai (392,000 meter persegi) dan mempunyai lima bengkel, termasuk kimpalan, pengecatan, pemasangan am, pemasangan enjin dan bateri, berserta fungsi tambahan seperti pemeriksaan luaran. Sebagai kemudahan hijau yang cekap tenaga, ia membawakan operasi yang diperkemas dengan pengoptimuman cahaya siang, sistem fotovolta dan kitar semula air kelabu/air hujan, lalu mengurangkan penggunaan tenaga setiap kenderaan sebanyak sekitar 20%. Proses automatik, sistem hantaran adaptif serta pemasangan dan ujian termaju memastikan kecekapan pengeluaran dan kualiti produk untuk permintaan pasaran yang pelbagai. Pada masa depan, jenama-jenama CHANG-AN, DEEPAL dan AVATR akan dikeluarkan di Kilang Rayong, dengan kapasiti tahunan dijangka meningkat dua kali ganda daripada 100,000 kepada 200,000 unit menjelang tahun 2027.

Pelan Lautan Luas ChangAn mencerminkan trend industri global, dengan Kilang Rayong mengambil satu langkah yang besar dalam operasi antarabangsanya. Sehingga kini, ChangAn telahpun mengadakan pelancaran jenama di Mexico, Arab Saudi dan Jerman. Khususnya, sejak melancarkan inisiatif jenama Asia Tenggaranya di Thailand pada November 2023, syarikat ini memperkenalkan tujuh model baharu ke pasaran Thailand termasuk DEEPAL S07, E07 dan AVATR 11 dengan jualan kumulatif melebihi 14,000 unit dan tersenarai antara empat teratas di pasaran NEV Thailand.

Kilang Rayong ChangAn mencapai kemuncak 41 tahun kepakaran pembuatan automotif. Menggabungkan legasi ini dengan operasi tempatan, kemudahan ini mewujudkan standard sistem global yang memupuk bakat antarabangsa. Ia menyediakan asas untuk mengulangi standard kilang global ChangAn dan berfungsi sebagai model amalan terbaik untuk operasi antarabangsa, dicerminkan dalam empat bidang utama, iaitu aplikasi sistem pembuatan padu CPS ChangAn yang menekankan kepimpinan, produktiviti dan prestasi. Integrasi tujuh sistem operasi dan enam proses teras membentuk teras bagi strategi pengurusan padu Syarikat ini, lantas mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan. Dengan memanfaatkan sistem CAPDS, kilang ini memperkukuh sokongan teknikal dan pembangunan kejuruteraan Asia Tenggara. Ia memfokuskan pada tenaga baharu, sistem pintar, reka bentuk adaptif dan memajukan inovasi produk serantau. Dibina berasaskan rangka kerja CA-PLS, Rayong ialah tapak antarabangsa pertama ChangAn yang menyeragamkan pengurusan pengeluaran yang mengupayakan pelancaran produk yang pantas. Kilang ini menandakan rantaian bekalan dwiedaran yang inovatif dan bingkas yang menghubungkan China dan Thailand.

"Ini merupakan detik yang amat penting untuk ChangAn – satu lonjakan besar daripada pengeksportan kereta kepada pembinaan ekosistem tempatan," kata Zhu Huarong, Pengerusi ChangAn Automobile. "Meskipun menghadapi cabaran besar yang dibawakan oleh antiglobalisasi, ChangAn tetap komited kepada Pelan Lautan Luas. Dengan semangat kerjasama yang saling menguntungkan, kami akan menyumbang lebih banyak lagi kepada pembangunan ekonomi dan sosial Thailand serta memacu industri automobil global ke hadapan."

Source: ChangAn Automobile
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Utilities Corporate Expansion New products/services