omniture

Yili Lancar Rumusan Bayi Pro-Kido di Hong Kong Di Tengah-tengah Usaha Pengembangan Global

Yili Group
2025-05-21 21:51 9

HONG KONG, 21 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 20 Mei, Yili Group mengadakan satu acara pelancaran produk di Hong Kong bagi menandakan kemasukan jenama rumusan bayinya, Pro-Kido ke pasaran tempatan. Data menunjukkan Yili kekal menjadi jenama susu tepung paling laris terjual di China, dengan Pro-Kido mendahului portfolio rumusan bayinya. Kini, syarikat ini mempercepat usaha pengembangan global yang melambangkan fasa baharu dalam pengantarabangsaan industri tenusu China.

The launch event of Pro-Kido in Hong Kong
The launch event of Pro-Kido in Hong Kong

Di acara ini, Yili mengumumkan satu perkongsian strategik bersama Mannings, peruncit kesihatan dan kecantikan terbesar Hong Kong. Perkongsian ini merupakan sebahagian daripada usaha Yili untuk mengukuhkan kehadiran dan jangkauannya di pasaran tempatan.

Zhang Yipeng, Naib Presiden Yili Group, menyatakan bahawa "Yili melihat Hong Kong sebagai pintu keluar antarabangsa dan berharap dapat bekerjasama dengan rakan kongsi global untuk merebut peluang baru muncul dan menyampaikan produk berkualiti tinggi, berkhasiat dan lazat kepada pengguna di seluruh dunia."

Penemuan penyelidikan susu ibu

Dr. Ignatius Szeto, Penolong Presiden Yili Group dan Ketua Pusat Penyelidikan Pemakanan Ibu dan Bayi Global Yili, membentangkan strategi pemakanan komprehensif "Empat-dalam-Satu" syarikat ini dan penemuan terkini daripada ekosistem inovasi HMOs+. Kertas putih yang bertajuk Key Achievements in Breast Milk Research yang dibangunkan bersama pakar-pakar akademik, turut dikeluarkan. Ia menggariskan 13 penemuan penting, termasuk pemprofilan tepat yang pertama bagi komposisi asid amino dalam susu ibu Cina dan penemuan mengenai perkaitan antara HMO dan mikrobiota usus bayi.

Dr. Ignatius Szeto speaking at the launch event
Dr. Ignatius Szeto speaking at the launch event

Profesor Paul Moughan, Felow Royal Society of Chemistry New Zealand, berkata: "Pasukan saya bekerjasama erat dengan Yili sepanjang dekad yang lalu. Saya berasa sangat kagum dengan ketelitian dan pematuhan ketat oleh syarikat ini terhadap sains." Beliau mengakui bahawa pelaburan Yili dalam pemakanan dan kesihatan menyumbang kepada landskap penyelidikan global bagi kesihatan ibu dan bayi.

Usaha global bersama demi kualiti

Produk baharu Pro-Kido, Aronurish Infant Formula dibuat di Modern Intelligence Health Valley Yili di Hohhot, Mongolia Dalam. Menurut Yili, kemudahan tercanggih ini mengintegrasikan peralatan dan teknologi dari lebih sepuluh negara, menerajui industri dari segi skala, inovasi dan kecerdasan digital. Yili membina rangkaian bekalan global bersama lebih 2,000 rakan kongsi, lantas menetapkan penanda aras untuk standard kualiti.

Barry Cole, Pengarah Global Pengurusan Aplikasi untuk Rumusan Pemakanan di GEA Group, berkata kedua-dua syarikat saling bekerjasama selama 25 tahun lamanya untuk membina kilang-kilang yang menjadi penanda aras industri dan perkongsian mereka sentiasa memberi tumpuan untuk menjamin kualiti produk melalui standard teknologi yang tertinggi.

Aronurish Infant Formula telahpun menjalani lebih 300 ujian kualiti dan keselamatan, dengan kesemua keputusan memenuhi piawaian antarabangsa, kata Wu Zhijun, Presiden Eurofins Scientific Group (China).

Pengembangan berterusan ke pasaran global

Dengan memanfaatkan rangkaian industri antarabangsanya yang kukuh, Yili terus menyampaikan produk dan penyelesaian yang sihat kepada semua pengguna. Sebagai sebahagian daripada perkongsian baharu, Aronurish Infant Formula Pro-Kido akan dibekalkan di seluruh outlet Mannings di Hong Kong. Margaret Lau, Ketua Penjagaan Bayi, Konfeksioneri dan GMS di Mannings HK, menyatakan bahawa Pro-Kido ialah jenama rumusan bayi buatan China yang pertama memasuki Mannings dan menyatakan kesediaan Mannings untuk menyediakan rangkaian penyelesaian kesihatan berkualiti yang lebih luas.

Sebagai jenama tenusu terkemuka Asia, Yili mempercepat jangkauan global dan pengembangan perniagaannya, beralih daripada pengikut kepada pendahulu global. Syarikat ini mencatatkan jumlah hasil sebanyak RMB 115.78 bilion pada TF2024. Ini termasuk RMB 29.675 bilion daripada produk susu tepung dan produk tenusu berkaitan yang mencatatkan peningkatan 7.53% tahun ke tahun. Tatkala mengekalkan kedudukan utamanya dari segi jualan domestik produk susu tepung, syarikat ini juga melaporkan pertumbuhan 68% dalam jualan rumusan bayi luar negara.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887 Shanghai:600887.SS
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Retail Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services