omniture

The Moonhouse (Rumah Bulan): Rumah Pertama di Bulan - Kotej Merah Sweden Bakal Mendarat pada 5 Jun

The Moonhouse AB
2025-05-22 14:00 84

STOCKHOLM, 22 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Sejarah bakal tercipta. Pada 5 Jun pukul 09:24 PM CET, sebuah rumah merah kecil — kotej tradisional Sweden — bakal menjadi rumah pertama yang akan mendarat di Bulan.

Selepas mengembara melalui ruang angkasa selama lebih daripada empat bulan di atas RESILIENCE kapal angkasa lepas Jepun ke bulan, karya seni yang dikenali sebagai The Moonhouse (Rumah Bulan) kini memasuki fasa paling kritikal: pendaratan lunak di Mare Frigoris — Laut Sejuk.

The Moonhouse and the Pale Blue Dot. Illustration from photo, Astronautcenter Cologne.
The Moonhouse and the Pale Blue Dot. Illustration from photo, Astronautcenter Cologne.

Gabungan seni dan teknologi yang unik ini bermula dengan idea berani. Pada tahun 1999, artis Sweden iaitu Mikael Genberg terbayang menempatkan sebuah rumah merah sederhana di Bulan.

"Bukan sebagai stesen saintifik atau simbol politik," kata Genberg, "tetapi sebagai peringatan senyap kemanusiaan, imaginasi dan rumah. Bikon harapan — dan mata yang memandang ke arah Bumi, titik biru pucat."

Sejak itu, idea tersebut telah dikongsi dalam kalangan jurutera, mereka yang mempunyai impian dan penyokong yang, bersama-sama dengan Genberg, telah membawa idea itu ke hadapan merentasi dekad, benua dan kini ruang angkasa jauh.

Mendarat di Bulan kekal sebagai satu pencapaian yang paling sukar dalam penerbangan angkasa lepas. Percubaan pertama ispace pada tahun 2023 gagal mendarat dan misi kedua ini menggesa kejituan tanpa cacat cela. Tetapi walaupun dengan pendaratan yang berjaya, detik paling sukar dalam misi itu masih belum tiba.

Rumah itu dipasang di bahagian depan perayau bulan, iaitu TENACIOUS. Sebaik sahaja kapal angkasa mendarat, perayau akan dikerahkan meninjau permukaan Bulan untuk mencari tapak yang paling sesuai.

"Bahagian paling sukar bermula sekarang. The Moonhouse (Rumah Bulan) mesti mencari tempat di Bulan — dan kemudian membuat lompatan terakhir, hanya 8 sentimeter, cuma dikuasakan oleh graviti. Kami akan menahan nafas sehingga kami melihat imej-imej itu," kata ketua teknikal The Moonhouse (Rumah Bulan), Emil Vinterhav.

"Ini ialah pergerakan yang cukup sensitif, dilakukan dengan alat kawalan jauh dari jarak 400,000 km," kata Antoine Bocquier, Juruterbang Perayau (Rover) dan Jurutera Sistem Angkasa Kanan di ispace. "Saya akan mengendalikan perayau untuk mengenal pasti lokasi yang stabil dan amat bermakna secara simbolik."

Hanya selepas itu — apabila rumah itu berdiri sendiri di Bulan — The Moonhouse (Rumah Bulan) akan direalisasikan sepenuhnya.

"Ini lebih daripada sekadar karya seni. Ini ialah perjalanan selama 26 tahun yang penuh dengan kegigihan, kerjasama dan kepercayaan — kotej merah yang berani bermimpi berada di Bulan, selama-lamanya."
Hans Elis Johansson, Pengarah Komunikasi

Ikuti pendaratan: https://ispace-inc.com/landing 
Maklumat lanjut dan individu untuk hubungi: www.themoonhouse.se

Butiran Hubungan:

Hans Elis Johansson
hans.elis@themoonhouse.se
+46 70 5136035

Mikael Genberg
info@mikaelgenberg.com
+46707755393

Emil Vinterhav
emil.vinterhav@themoonhouse.se
+46705551869

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2692216/The_Moonhouse.jpg?p=medium600
Video: https://mma.prnasia.com/media2/2692416/The_Moonhouse.mp4
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2692217/The_Moonhouse_and_TENACIOUS.jpg?p=medium600

 
The Artist Mikael Genberg on the Moonlanding June 5

 

The Moonhouse and TENACIOUS, Astronautcenter Cologne.
The Moonhouse and TENACIOUS, Astronautcenter Cologne.
Source: The Moonhouse AB
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Travel STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events