omniture

Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2025: Shanghai Electric Tonjol Usaha Global dalam Perlindungan Biodiversiti, Promosikan Keharmonian dengan Alam Semula Jadi

Shanghai Electric
2025-05-23 10:44 12

Teknologi inovatif dan pengurusan Syarikat menyokong dunia di mana alam semula jadi berkembang maju dan keharmonian berkekalan.

SHANGHAI, 23 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) menyambut Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2025 pada 22 Mei yang bertemakan Keharmonian Dengan Alam Semula Jadi dan Pembangunan Lestari, dengan berkongsi amalannya untuk mengintegrasikan perlindungan ekologi dalam seluruh kitaran kejuruteraan. Bermula dari padang pasir Dubai hinggalah ke hutan Romania dan dari pantai Selangor Malaysia ke daerah Yumurtalik, Turkiye, Syarikat ini menyumbang kepakarannya kepada pemuliharaan biodiversiti global melalui kolaborasi komuniti, inovasi teknologi dan kerjasama antarabangsa. Projek-projek ini menggariskan kepimpinan Syarikat dalam amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang mana laporan 2024 telahpun dikeluarkan pada April lalu.

Shanghai Electric, sebagai pengilang peralatan tenaga dan penyedia kejuruteraan hijau yang terkemuka, menggabungkan perlindungan biodiversiti ke dalam reka bentuk peringkat tertinggi bagi projek-projek globalnya. Syarikat ini menilai spesies sensitif tempatan dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengurangkan impak alam sekitar dalam projek-projek. Ia menggalakkan keseimbangan ekologi dan perlindungan biodiversiti di kawasan kendalian dan projek serta menilai keberkesanan usaha ini secara kerap.

Shanghai Electric mempromosikan perlindungan biodiversiti di padang pasir Dubai dan hutan Romania

Projek Terma Solar Dubai Shanghai Electric mewujudkan sistem perlindungan biodiversiti sebelum pembinaan, mengenal pasti habitat spesies sensitif dan mengehadkan operasi dengan pagar dan laluan. Usaha pembersihan meningkatkan kesedaran pekerja terhadap ekosistem tempatan, mencapai kemuncaknya menerusi pembersihan padang pasir bersama pada tahun 2024 dengan para pegawai perbandaran. Di Romania, projek fotovolta Skurtu direka untuk melindungi hutan tempatan dengan menghalakan kabel yang menghubungkan blok utara dan selatan di sekitar hutan kecil dan menggali jalan untuk mengelakkan tanah ladang. Terletak di Daerah Teleorman, projek 56.03MWp akan membekalkan kuasa hijau kepada kira-kira 48,000 buah rumah dan mengurangkan emisi karbon tahunan sebanyak 4,150 tan, seterusnya menunjukkan komitmen Shanghai Electric terhadap perlindungan alam sekitar dalam pelbagai projek global.

Teknologi inovatif memperkasakan pemulihan ekologi

Loji Janakuasa Terma Hunutlu yang dibina oleh Shanghai Electric di Turkiye terletak di kawasan khas biodiversiti, habitat kepada reptilia dan invertebrat yang disenaraikan dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. Loji janakuasa ini menggunakan teknologi emisi ultra-rendah yang mengurangkan habuk, sulfur dan nitrogen serta memastikan pelepasan sifar air sisa penyahsulfuran, lantas melindungi perairan pantai Laut Hitam. Sistem canggihnya merawat dan mengitar semula air sisa untuk kegunaan seperti pengairan pertanian. Semasa pembinaan, Shanghai Electric dan rakan kongsi projek melaksanakan langkah-langkah perlindungan penyu, termasuk membentuk sebuah pasukan sukarelawan untuk membersihkan puing pantai dan membuang halangan untuk penyu bersarang. Bagi melindungi selanjutnya penyu laut, loji ini mengehadkan bunyi pembinaan dan membatasi pencahayaan waktu malam ke arah laut, lalu meminimumkan gangguan alam sekitar dan menonjolkan komitmen yang kukuh terhadap biodiversiti dan tanggungjawab ekologi.

Kolaborasi komuniti di Malaysia meningkatkan kesedaran perlindungan biodiversiti

Pada Oktober 2024, Jabatan Projek Stesen Janakuasa Tenaga Terjana Semula Selangor Malaysia Shanghai Electric menyertai kerja-kerja pembersihan pantai yang diketuai oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia bagi meningkatkan kesedaran terhadap perlindungan alam sekitar dan mengurangkan pencemaran pantai. Inisiatif ini bertujuan untuk melindungi biodiversiti marin di sekitar Selangor. Selain daripada mengambil bahagian dalam usaha pembersihan, pasukan ini mempromosikan dasar kesihatan alam sekitar dan cara kerja Shanghai Electric yang menekankan tenaga hijau, pintar dan kelestarian ekologi. Jabatan projek ini turut mengetengahkan usaha untuk mengurus risiko keselamatan alam sekitar. Sumbangan daripadanya melayakkannya memperoleh pelbagai sijil perlindungan alam sekitar daripada Selangor, dengan pihak berkuasa tempatan mengiktiraf komitmennya terhadap kelestarian dan pembangunan yang bertanggungjawab di wilayah ini.

Shanghai Electric terus mempromosikan biodiversiti pada tahun 2025 setelah melancarkan beberapa kempen yang berjaya pada tahun 2024, menekankan keharmonian antara pembangunan industri dan perlindungan ekologi. Syarikat ini merancang untuk memanfaatkan kekuatannya dalam teknologi bersih dan pembuatan hijau bagi memajukan "Keharmonian dengan alam semula jadi dan pembangunan lestari."

Untuk maklumat lanjut mengenai amalan ESG Shanghai Electric, sila kunjungi laman web rasmi atau lihat laporan ESG 2024.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 Shanghai:601727 Shanghai:601727.SS
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Environmental Issues Cision Influencer List - ESG