GOTHENBURG, Sweden, 23 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Edisi ketujuh pertandingan ini memfokuskan pada kemahiran yang membawa perbezaan sebenar untuk produktiviti dan kelestarian dalam perniagaan pengangkutan moden. Dua juara utama ialah En. Fatorrahman dari Indonesia [Kategori Luar-Jalan] dan En. Euihwan Choi dari Korea [Kategori Atas-Jalan].
Matlamat Driver Challenge adalah untuk menarik perhatian terhadap tugas penting yang dilakukan oleh pemandu trak. Ia juga merupakan satu cara untuk menarik minat golongan muda bagi melaksanakan tugas ini yang menawarkan peluang kerjaya yang bagus. Industri pengangkutan sentiasa berkembang dan kini terdapat kekurangan pemandu terlatih di serata dunia. Bagi membantu pelanggan kami merekrut dan mengekalkan pemandu mahir, kami memberi tumpuan selama bertahun-tahun pada reka bentuk persekitaran pemandu dan kebolehmanduan trak kami. Konsep "Anda menang, kita semua menang" ("You win, we all win") menjadikan pemandu trak sebagai tumpuan, menonjolkan peranan penting yang mereka mainkan dalam memastikan semua orang menang. Ia mengingatkan pelanggan bahawa sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan dalam hal kemahiran memandu - dan ia berbaloi dengan usaha yang dilakukan.
Volvo Trucks Driver Challenge mengumpulkan semua cabaran berbeza yang dihadapi oleh pemandu trak saban hari. Kemahiran mereka sering kali menjadi faktor penentu dalam produktiviti dan keberuntungan pelanggan kami. Pemandu juga memberi sumbangan besar kepada keselamatan jalan raya. Pertandingan peringkat akhir memberi kami peluang untuk melihat pemandu yang luar biasa mahir melaksanakan tugas yang mengagumkan dalam mengendalikan trak mereka.
Cik Anna Engblom, Pengarah Urusan untuk Asia Tenggara & Jepun di Volvo Trucks berkata, "Driver Challenge ialah cara kami membawa kepakaran mendalam Volvo dalam ekonomi bahan api kepada pelanggan kami, menyampaikan manfaat ini dalam seluruh jangka hayat dan operasi trak mereka. Pertandingan ini memperkasakan pemandu untuk meningkatkan kemahiran memandu mereka, meningkatkan kecekapan bahan api dan mengutamakan aspek keselamatan. Penggunaan bahan api yang kurang sedikit bukan sahaja bermanfaat untuk pelanggan kami tetapi juga untuk alam sekitar." Beliau menyambung dengan berkata, "Skor Volvo Connect mengukur prestasi pemandu, menyediakan Skor Kecekapan Bahan Api berdasarkan penyesuaian kelajuan, penggunaan enjin dan gear, jangkaan dan pembrekan serta keadaan pegun. Berusaha untuk mendapatkan skor tinggi dapat mengurangkan kos, emisi CO2 dan meningkatkan keselamatan serta kelanjutan usia kenderaan – aspek-aspek utama Drivers' Challenge ini."
Volvo Trucks Driver Challenge telahpun dijalankan di peringkat global sejak tahun 2009 dan pertandingan tahun ini menarik minat 13 pasaran di Timur Tengah, Asia, Oceania dan Australia. Dalam segmen subkategori, para pemenang bagi setiap kategori ialah [Atas-Jalan & Luar-Jalan]