![]() |
![]() |
LIMASSOL, Cyprus, 26 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Exness, satu daripada broker runcit terbesar di dunia, telah melancarkan kempen jenama global terkini, memperluas impak "Born to Trade" ("Dilahirkan untuk Berdagang") tahun lepas. Kempen baharu ini menyelami pemikiran pedagang moden—merakamkan pendorong, tumpuan, serta naik dan turun emosi yang muncul dengan setiap sesi dagangan.
Teras kempen ini ialah konsep pengeluaran yang tinggi dan menarik secara visual, serta berupaya menghidupkan perkara sebenar yang dirasakan semasa berdagang—daripada jangkaan sebelum memasuki kedudukan dagangan sehingga tiba masa rasa teruja untuk membuat keputusan yang betul. Ini merupakan pengalaman segar dan berimpak tinggi yang mendorong pedagang dan membuatkan mereka kembali beraksi.
Alfonso Cardalda, Ketua Pegawai Pemasaran Exness, mengulas, "Pedagang bukan sekadar memberikan respons kepada pasaran, mereka menghidupkannya. Kami faham bahawa, bagi mereka, dagangan lebih daripada sekadar profesion; ini ialah aktiviti atau tugas terpenting seseorang. Kempen ini dibina untuk bercakap secara langsung kepada emosi dan psikologi pedagang yang mempengaruhi keputusan dagangan. Kempen ini berjaya merakamkan lonjakan adrenalin, dorongan dan pemikiran yang menentukan pedagang sebenar sambil memperkukuh perkara yang membezakan kami: prestasi yang andal, produk unggul dan pemahaman dunia pedagang yang mendalam. Di Exness, kami tahu dengan tepat perkara yang pedagang rasakan, fikirkan dan perlukan, serta dengan kempen ini, kami berhubung dengan pedagang kami pada tahap yang lebih mendalam. Disebabkan itu, kami terus menjadi broker pilihan untuk lebih sejuta pedagang aktif di seluruh dunia. "
Didorong oleh pandangan yang setiap pedagang melihat diri mereka sendiri sebagai sebahagian daripada baka istimewa—bercita-cita tinggi, berani, bebas—kempen ini memperkukuh peranan Exness sebagai broker bagi mereka yang Dilahirkan untuk Berdagang. Ini menyerlahkan dua tonggak asas jenama tersebut:
Daripada visual yang tajam sehingga penceritaan terendam, kesemuanya direka bentuk untuk menghubungkan pedagang pada tahap yang lebih mendalam. Ini merupakan penghormatan sinematik kepada setiap perjalanan pedagang–dari detik yang meragukan sehingga tindakan tegas dilaksanakan.
Bersama pelancaran global merentasi pelbagai saluran dan platform, kempen ini berjaya mengukuhkan kedudukan Exness sebagai broker yang dipercayai, serta benar-benar memahami pedagang dan memberikan mereka kelebihan yang dicari.
Ditubuhkan pada tahun 2008, Exness ialah broker pelbagai aset global dalam misi untuk membentuk semula industri dagangan dalam talian. Sejak penubuhannya, syarikat itu telah memberikan tumpuan kepada mewujudkan pengalaman dagangan terunggul melalui pelaburan berskala besar dalam teknologi dan infrastruktur. Pendekatan segar Exness menarik perhatian pedagang di seluruh dunia, mengembangkan syarikat menjadi satu daripada broker runcit yang paling terkemuka dalam sektor ini.
* "Sebaran terbaik" bermaksud sebaran paling ketat dan stabil. "Paling stabil" merujuk kepada sebaran maksimum terendah dan "paling ketat" merujuk kepada sebaran purata paling ketat – ditawarkan kepada akaun Exness Pro – untuk instrumen tertentu. Ini dibandingkan dengan sebaran merentasi akaun tanpa komisen broker terkemuka lain sepanjang tempoh yang ditetapkan.
Butiran Hubungan:
Eleonora Oikonomidou
eleonora.oikonomidou@exness.com
+35725030959